Azman Mokhtar
Quick Facts
Biography
Dato' Azman bin Hj. Mokhtar ialah Pengarah Urusan Khazanah Nasional yang dilantik pada bulan Jun 2004.
Biografi ringkas
Azman Mokhtar memiliki Diploma Siswazah dalam Kajian Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, dan menyertai kursus Sarjana Falsafah dalam Kajian Pembangunan di Kolej Darwin, Universiti Cambridge, United Kingdom sebagai seorang pemegang biasiswa Chevening. Selain itu, beliau juga merupakan Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), United Kingdom, serta ahli profesional Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA).
Antara tahun-tahun 1994 dan 1998, Azman merupakan Pengarah dan Ketua Penyelidikan untuk Union Bank of Switzerland di Malaysia sebelum menjadi Ketua Penyelidikan di Salomon Smith Barney yang berpusat di Malaysia antara tahun 1998 hingga tahun 2002. Beliau kemudian menjadi Pengarah Urusan BinaFikir Sdn. Bhd. sehingga Mei 2004 sebelum menyertai Khazanah Nasional.