peoplepill id: ardell-aryana
AA
Malaysia
4 views today
10 views this week
Ardell Aryana
Malaysian actress

Ardell Aryana

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actress
Places
Gender
Female
Religion(s):
Place of birth
Kuala Selangor District
Age
34 years
The details (from wikipedia)

Biography

Nurul Hidayah binti Mohd Amin (lahir pada 13 April 1990) atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana (Jawi: ارديلل اريان ) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada 2013, beliau terkenal dengan peranan televisyen seperti Baby Ana Milik Siapa? (2014), Asam Pedas Untuk Dia (2015) dan Anakku Diva (2016). Peranan filem beliau termasuk Dorm Melati (2017) dan Surf This Love (2018).

Beliau juga merupakan artis di bawah Prokuya Studios milik pelakon Farid Kamil dan Fadzil Zahari.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Nurul Hidayah binti Mohd Amin pada 13 April 1990 di Kuala Selangor, Selangor. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik, dan anak perempuan tunggal; Ibu bapanya bercerai ketika Ardell masih kecil. Ardell merupakan lulusan dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Cambridge.

Kerjaya

Penglibatan Ardell dalam bidang seni bermula secara tidak sengaja. Ketika itu, beliau membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, Ardell mula mendapat panggilan daripada sebuah produksi yang berminat untuk menawarkan beliau berlakon. Sepanjang tahun 2013, beliau aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri. Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studios Sdn Bhd milik adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari iaitu suami kepada aktres jelita, Yana Samsudin, pada tahun 2015. Beliau juga kembali aktif pada tahun yang sama berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat beliau malah, hubungan mereka yang rapat seperti satu keluarga.

Nama Ardell mula mencuri tumpuan peminat drama selepas membintangi drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3 pada tahun 2015. Beliau memegang watak sebagai Farhana, adik bongsu kepada Ahmad Ziyad lakonan Shukri Yahaya.

Selain berlakon, Ardell mempunyai bakat dalam penulisan skrip apabila diberi kepercayaan dalam penulisan skrip untuk drama berjudul Penipuan Seorang Ibu. Di samping itu, beliau juga telah berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan televisyen dan mengacara sebuah program travelog, bertajuk Extreme Road Trip bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad pada tahun 2016. Program arahan pengarah Nizam Zakaria menemui penonton pada 1 Oktober 2016 di saluran Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) setiap hari Sabtu, 7 malam manakala bagi siaran ulangan di Astro Maya HD.

Filem pertama yang dibintangi oleh Ardell ialah sebuah filem seram bertajuk CCTV. Beliau memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Marianaa yang bekerja di sebuah hospital yang penuh misteri dan beliau juga bergandingan bersama Aeril Zafrel dalam filem tersebut. Pada tahun 2017, Ardell muncul dalam drama bersiri Cinta Hati Batu yang bersiaran di TV3.

Ardell muncul dalam sebuah filem drama sukan bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018. Beliau muncul dalam filem XX-Ray 3 arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 24 Januari 2019.

Kehidupan peribadi

Pada pertengahan tahun 2017, Ardell secara rasminya memakai hijab sepenuhnya. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang normal, bukan sebagai pengkid.

Pada lewat Jun 2018, Ardell disahkan menghidap kanser tahap 3. Pada Disember 2018, Ardell dalam status terbaharu di akaun Instagram miliknya mendakwa dua kereta termasuk keretanya telah dipecah pada bahagian cermin semasa mengunjungi taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Taiping, Perak.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2015CCTVMarianaaDaven R.Filem pertama
2017Dorm MelatiRaihanaEyra Rahman
Kolestrol vs Cinta
2018Surf This Love: Gelora JuaraLiaWaan Hafiz
2019XX-Ray 3AdelAziz M. Osman

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2013Jodoh Musim 1BalqisAstro Ria
AKUJuliana
Ku Kejar Bintang
Duri Di HatiTV3Slot Azalea
2014Baby Ana Milik Siapa?Qaisara
Jiwa
Kifarah: "Seri Muka"Misya
2015Asam Pedas Untuk DiaFarhana
Jangan Lafazkan JanjiJuliaTV1
Dia... Isteri Luar BiasaNoraTV3Slot Akasia
WadiWidyaSlot Zehra
2016Anakku DivaAmandaSlot Dahlia
Aku Bukan BimboAstro Ria
2017Namaku BedahUstazah UmairahTV9
2018Cinta Hati BatuTV3
Tak Ada Cinta SepertimuIntanAstro Ria
Klik! Pengantin Musim SaljuLaylaAstro Ria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2016Dodol Dodol CintaNurul AinTV2
2017Titik TerakhirDillaAstro Prima & Astro Maya HD
2019Jodoh WassapTV3

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2015LariPesertaTV9
2016Extreme Road TripPengacaraAstro Bella, Astro Mustika HD & Astro Maya HDBeliau mengacara bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad
2019Naura SharesTetamu jemputanNauraBeliau menceritakan pengalaman ketika terlantar sakit

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Menu Ardell Aryana

Basics

Introduction

Kehidupan awal

Kerjaya

Kehidupan peribadi

Filemografi

Rujukan

Pautan luar

Lists

Also Viewed

Lists
Ardell Aryana is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Ardell Aryana
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes