peoplepill id: anne-ngasri
AN
Malaysia
5 views today
5 views this week
Anne Ngasri
Malaysian actress

Anne Ngasri

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actress
Places
Gender
Female
Religion(s):
Birth
Place of birth
Kuala Lumpur, Malaysia
Age
40 years
The details (from wikipedia)

Biography

Datin Hajah Naszriah Ngasri (lahir 18 Disember 1984) atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri merupakan seorang ahli politik dan pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelakon kanak-kanak, dan dikenali sebagai seorang pelakon drama dan filem, serta seorang ahli politik di Malaysia dari parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan aktif dalam Puteri UMNO.

Kehidupan awal

Anne Ngasri dilahirkan pada 18 Disember 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada pasangan personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ngasri Sain (lahir 1949) dan Habibah Jaafar (lahir 1954). Beliau merupakan adik kepada Nasliza Ngasri (lahir 1972); Naszeli "Boy" Ngasri (1974); Nasrizal "Bell" Ngasri (1980), Nasreen "Darling" Ngasri (1982), dan kakak kepada Nassuhada Ngasri (lahir 1996).

Kerjaya lakonan

Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, beliau berkecimpung dalam bidang lakonan sejak usia 3 tahun. Bemula dengan iklan TV dan akhbar kemudian beralih ke medium TV. Antara iklan yang popular di zaman kanak-kanaknya ialah Grandy's, Colgate, Nespray, Dutch Lady dan banyak lagi. Apabila meningkat dewasa, beliau turut terlibat dalam iklan jenama tudung Siti Khadijah, Bawal Exclusive, dan portal Mudah.my. Drama-drama penglibatannya ialah Cili Padi, Anak Angkat, dan lebih 200 tajuk drama.

Kerjaya politik

Anne Ngasri mula aktif dalam politik khususnya dalam parti UMNO sejak tahun 2013. Beliau diberikan tanggungjawab sebagai Ketua Puteri UMNO Cawangan Dataran Merdeka pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang sejak 2013 hingga 2018. Dalam Pemilihan UMNO 2018, beliau telah terpilih menjadi EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2019, beliau diberi ruang menyampaikan perbahasan mewakili Puteri UMNO dalam sesi Ucapan Perbahasan Perwakilan.

Kerjaya perniagaan

Anne Ngasri mula menjalankan perniagaan tudung dengan jenama Anne Ngasri Exclusive (AN Exclusive). Perniagaannya berjalan di atas talian menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram. Anne Ngasri menerusi jenamanya AN Exclusive juga terpilih menjadi Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrities Squad) yang berpeluang memasarkan perniagaannya di laman pasaraya atas talian (marketplace), Shopee.

Kehidupan peribadi

Anne Ngasri pernah mendirikan rumahtangga bersama Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan berpisah pada 25 Jun 2010. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits (Lahir pada 2006) , Abdul Wafri (Lahir 2008) dan Nazharah Afrozah (Lahir 2010).

Anne Ngasri kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan ahli politik Dato’ Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sufi Harraz (Lahir 2013) dan Nefa Naura (Lahir pada 28 November 2018).

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1993Perempuan, Isteri & .....?Ijah
1995Sama Tak SerupaAyu
1997GemerlapanAdik Mimi
1998Penyair MalamAdik Perempuan Azira
2008Dunia Baru The MovieMadihah
2014Love, SupermoonTiha

Drama/Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1993Cili PadiLiliTV3
1994Anak AngkatDicalonkan sebagai Aktres Pembantu Terbaik, Anugerah Skrin 1994
1996Selamat Harijadi SuSurayaTV3
Darling SayangDarling
1997Kompromi
Salah SiapaTV3
2000Intan
Masam Manis
2002DemiRina/TinaTV3
2003Semarak NagaRina
Ampunkan DosakuZahana
Bukan Ku PintaHayatiTV3
Orang Gaji 41TV3
2006Dunia BaruMadihah Abdul GhaniTV3
2008Jangan Main BelakangJuliaAstro Ria
2009Chef JoAzlynnTV3
Gadis CuciMonaAstro Ria
Selumbar Di Hati MamaTV2
2010Mayang MenguraiMayang InderaTV3
Sari Maya 2SaidahTV9
Dunia Baru ReunionMadihahPortal gua.com.myDrama portal atas talian (web series)
Lagenda Budak SetanSuzanaAstro Ria
2011Kali KeduaRinaTV9
2012Antara KitaAinTVi
Cinta VlogSaraTV9
2013SepaiMellTV1
OpahSiti
2014Nota Untuk Sang AwanMiraTV2
Kantin Cinta
2022Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI RayaLinaTV3

Teater

TahunTajuk
2011“Primadona… Perahu Mimpi”

Televisyen

TahunTajukSaluran TVCatatan
2007Sehati BerdansaAstro RiaNaib Juara Musim Pertama, bersama bekas suami Abdul Wafi
2008Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007TV3Penyampai trofi
2012Betul ke Bohong?Astro WarnaArtis jemputan Episod Ke-12, Musim Kedua
2013Betul ke Bohong?Astro WarnaArtis jemputan Episod Ke-7, Musim Ketiga
PrimadonaAstro Prima / Astro Mustika HDTetamu jemputan bagi Episod "Kahwin Muda"
2018Di Balik Tawa Musim 2Astro WarnaKemunculan dalam episod Bell Ngasri
Jozan LiveAstro WarnaArtis jemputan Minggu ke-8 bersama Darling Ngasri dan Bell Ngasri

Anugerah dan darjah kebesaran

Anugerah

  • 1994 - Memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 1994 menerusi Telefilem, Anak Angkat, dan merupakan pemenang pertama bagi kategori ini
  • 1995 - Dicalonkan Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang-Bintang Popular 1995, dan merupakan artis termuda yang pernah dicalonkan dalam kategori ini (11 Tahun)
  • 1996 - Dicalonkan Artis Remaja Popular, Anugerah Bintang Popular-Berita Harian 1996
  • 2016 - Dicalonkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia 2016 menerusi Filem Love, Supermoon

Darjah kebesaran

 Malaysia :

  • 2023 - Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)

 Wilayah Persekutuan :

  • 2017 - Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.)

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Anne Ngasri is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Anne Ngasri
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes