peoplepill id: ani-arope
AA
4 views today
4 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Tan Sri Ani Arope (17 Mei 1932 – 20 Disember 2014) adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (1990-1996) dan syarikat multinasional Guthrie.

CEO TNB

Pada 1996, Tan Sri Ani Arope mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) demi menjaga kepentingan TNB . Namun akhirnya beliau sendiri membuka mulut dengan mengatakan ianya adalah disebabkan ketidakpuasan hatinya berhubung dengan perjanjian berat sebelah TNB dan pengeluar bebas kuasa elektrik (IPP). Ekoran itu wujudlah kini generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad. Beliau menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ , Jabatan Perdana Menteri, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.

Semakan semula perlu kerana ianya banyak melibatkan pembaziran wang ke atas rizab kuasa yang Malaysia tidak perlukan buat masa sekarang.Rakyat Malaysia terpaksa menanggung bayaran kepada IPP sebanyak RM 19 bilion setiap tahun. Pelbagai alasan digunakan untuk mewajarkan tindakan tersebut seperti 'pelarasan harga'. Selaku bekas CEO TNB, beliau kecewa dengan TNB yang tiada kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Ani Arope is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Ani Arope
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes