peoplepill id: akramshah-muammar-ubaidah-sanusi
AMUS
3 views today
3 views this week
Akramshah Muammar Ubaidah Sanusi

Akramshah Muammar Ubaidah Sanusi

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography


Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi merupakan anak Sanusi Junid, bekas Menteri Besar Kedah , Naib Cancelor UIAM dan Setiausaha Agung UMNO di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Akramshah dipilih oleh kumpulannya sebagai Presiden MAYC tetapi dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia.

Ambil alih MAYC

MAYC dianggotai 311 kelab gabungan itu dipimpin oleh Syed Hamid Albar sejak 1999 selepas Tan Sri Sanusi Junid yang menerajuinya selama 28 tahun.MAYC boleh dibubarkan jika selepas lima tahun gagal untuk mengadakan AGM dan mengalami krisis dalaman yang membabitkan masalah kepimpinan. Jadi AGM ini mematuhi Fasal 15 Perlembagaan MAYC serta Seksyen 2 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 iaitu pemimpinnya tidak melebihi 40 tahun.

Pada 23 September 2011, Akramshah dan sekumpulan belia mengambil alih pentadbiran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) di Kuala Lumpur daripada bekas menteri Tan Sri Syed Hamid Albar. Pejabat MAYC terletak di Wisma Belia, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

MAYC berpecah dua apabila mengadakan dua mesyuarat agung tahunan (AGM).Kumpulan Syed Hamid memilih Mustaffa Mat Arop sebagai presiden manakala sebuah lagi kumpulan memilih Akramshah.Pendaftar Pertubuhan Belia membatalkan kedua-dua AGM itu dan kes itu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diadukan kepada Perdana Menteri.

Pada 8 April 2011 mereka telah menghantar memorandum sembilan muka surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pegawai khasnya, Ahmad Azmir Abdul Rahman dan Menteri Belia dan Sukan tetapi kemelut MAYC gagal diselesaikan.

Pilihan raya

PartiCalonUndian%∆%
PASSabri Azit22,31233.94
BNJamil Khir Baharom21,77333.12
PHAkhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi21,65132.94
Jumlah undian65,736100.00
Undi ditolak1,012
Undi tak dipulangkan172
Jumlah keluar mengundi66,92083.68
Pengundi berdaftar79,976
Majoriti5390.82

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Akramshah Muammar Ubaidah Sanusi is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Akramshah Muammar Ubaidah Sanusi
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes