peoplepill id: ahmad-tarmimi-siregar-bin-mohd-kamal
ATSBMK
3 views today
5 views this week
Ahmad Tarmimi Siregar bin Mohd Kamal
Pelakon veteran lelaki Malaysia

Ahmad Tarmimi Siregar bin Mohd Kamal

The basics

Quick Facts

Intro
Pelakon veteran lelaki Malaysia
Gender
Male
Birth
Place of birth
Malaya
Age
75 years
The details (from wikipedia)

Biography

Dato' Ahmad Tamimi Siregar bin Mohd Kamal (lahir 1950) ialah seorang pelakon veteran Malaysia yang terkenal dalam bidang lakonan wayang gambar dan televisyen.Antara pengalaman beliau dalam filem termasuk memegang watak utama dalam filem Abang dan Pemburu pada 1980-an. Selain itu, beliau juga terkenal sebgai pengarah pementasan teater Rubiah, dan juga merupakan seorang pelakon suara latar animasi yang terlibat dalam rakaman animasi tempatan dan bahan-bahan asing yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, seperti dalam Muhammad Utusan Terakhir.

Ahmad Tamimi Siregar dilahirkan pada tahun 1950. Ahmad Tamimi Siregar merupakan seorang budayawan yang aktif pelbagai bidang kesenian yang turut merangkumi bidang tarian, muzik dan lakonan. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula sejak zaman persekolahan. Bakat dan kewibawaan Ahmad Tamimi Siregar mula menonjol apabila beliau diberi kepercayaan untuk menerbit dan mengarahkan satu teater besar yang diasaskan daripada kesenian Randai sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Ke-10 (Negeri Sembilan) berjudul Kaba Kasih Menanti.

Ahmad Tamimi Siregar kemudiannya terbabit dalam bidang penerbitan genre drama tv dan filem seperti Permintaan Terakhir di samping aktres utama- Uji Rashid (Merdeka Film Productions arahan Jamil Sulung-1975), Abang (Fleet Communication arahan Rahim Razali -1979), Drama TV Kabus (RTM-1991), Telemovie Ana Aishah (RTM-1992), dan Telemovie Sinar (RTM-1993).

Selain itu beliau turut terbabit dengan drama pentas seperti Wild Duck (1995) dan Muzika Rubiah (1999 & 2005).

Pencapaian

Dengan kecemerlangannya dalam bidang seni, beliau mendapat pelbagai anugerah, seperti Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970), Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979), Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987), Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992), Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995), Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996), Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996) dan Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).


  • Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970),
  • Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), * Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979),
  • Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987),
  • Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992),
  • Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995),
  • Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996),
  • Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996)
  • Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).
  • darjah Paduka Mahkota Perak (dPMP) 1966
  • darjah Setia Negeri (NS) (DNS) 2007
  • darjah DBBS (NS)2011 gelaran DATO'
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Tak Serupa Tapi Sama

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1975Permintaan TerakhirPelakon sampingan
1981Tsu Feh Sofiah
AbangFarid Din
1982Pemburu
1983MekanikEncik Razali
1984Matinya Seorang PatriotKetua Editor kepada watak 'Yohanis'
1987Puteri
1989Anak Sarawak
1990Rentak Desa
1998Penyair MalamPelakon tambahan
2001Seri Dewi MalamBapa Seri
2002EmbunJeneral Kurugawa
2003Muhammad: Utusan TerakhirSuara
2005Tak Ori Tapi OkPelakon tambahan
2007Anak HalalDatuk Farid
2010Niyang RapikBomoh
BelukarEncik Farid
2011Misteri Jalan LamaTuan Iskandar
2012Adnan Sempit 2Dato' Ithnin
Aku Terima NikahnyaMansur
2013Adnan Sempit 3Datuk Ithnin
KL ZombiDato' FaroukPelakon sampingan
2015KapsulDato' NajmiPenampilan khas
2016Perjanjian Syaitan
2017Malay RegimentMejar Jeneral Abu Bakar
2020Ratu Kala Jengking: Puteri KerandaTok Imam

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1977Ayah KuTV1
Tamu Bukit Kenny
2002InsurgensiBrigadier Jeneral Dato' Esa Ahmad, Panglima Briged ke-2 Infantri MalaysiaTV1Episod 1 - 26
2005Aku, Dia & Cape TownDatuk EmanTV3
2007Dinasti BilutTV1
Sesuci Cinta SoffiyaTV3
2011Tanah Kubur (Musim 1)Astro OasisEpisod: "Bahana Riak Diri"
Tahajjud CintaMohd AzimTV3
KarmaTan Sri Fahrul SaniTV9
2013Tanah Kubur (Musim 7)Tuan RafiuddinAstro OasisEpisod: "Kasih Ibu Tiri"
2013Istidraj CintaDato' YatimTV3
2014Masihkah Ada CintaDato' Taha
2016Diari Cinta KitaDato' AliTV9
Sesal Separuh NyawaHypp Sensasi
2017MandatoriTuan JohariAstro First Eksklusif
2018Dia Anak JeneralJeneral Dato' HambaliTV2
Wira KasihTok Pa
Mencari QiblatTuan AbuTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1978Bila Mendong BerlaluTV1
2002Cinta SMS
2004Tanah KuburDatuk FadzliAstro Ria
2007WaliMadam Zaza @ Hamzah
2008Tak Serupa Tapi SamaTajuddinTV3
2014Hantu LangsirJuga sebagai pengarah
2015Cahaya RejabTV2Pengarah
2017Nora Bam BoomPak Ali
Kasih Seorang AyahTuan Haji HattaTV3Pengarah

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
1995TekariaPengacaraRTM

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Ahmad Tarmimi Siregar bin Mohd Kamal is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Ahmad Tarmimi Siregar bin Mohd Kamal
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes