Ahmad Nubhan Ahamad
Quick Facts
Biography
Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan (lahir pada 2 April 1986) adalah merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut.Berasal dari daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan,Jejaka ini merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik dan mempunyai ketinggian 182cm.
Mempunyai suara yang gemersik, Nubhan mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam muziknya.Album sulungnya Langkah Nubhan telah dilancarkan pada bulan Disember 2010 dengan beberapa lagu hit seperti Oh Juwita, Seadanya Aku, Aku Atau Dia dan Mata Hati serta sebuah lagu mandarin "Ai Mei Chuo"
Penglibatan dalam Akademi Fantasia
Nubhan adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.
Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bersama Stacy, Riz, Toi, dan Nadia. Pada 24 Mei 2008,Nubhan telah dinobatkan selaku tempat ketiga Akademi Fantasia Musim 6.
Lagu-lagu di Akademi Fantasia
Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Akademi Fantasia:
- Konsert Pertama : "Ruang Rindu" nyanyian Kumpulan Letto
- Konsert Kedua : "Tak Bisa Memilihmu" nyanyian 6ixth Sense
- Konsert Ketiga : "Summer Of '69" nyanyian Bryan Adams
- Konsert Keempat : "Cinta Hampa" nyanyian Kumpulan D'lloyd
- Konsert Kelima : "Generasiku" nyanyian Kumpulan OAG
- Konsert Keenam : "Senyum Kembali" nyanyian Izwan Pilus
- Konsert Ketujuh : "Dealova" nyanyian Once
- Konsert Kelapan : "Hanya Kau Yang Mampu" nyanyian Aizat
- Konsert Kesembilan : "Tapi Bukan Aku" nyanyian Kerispatih dan "Ada Cinta" nyanyian Acha Septriasa & Irwansyah (Duet bersama Stacy)
- Konsert Akhir : "Bukan Di Sini" nyanyian Kumpulan Sofazr dan "Ada Untukmu" (Lagu Baru)
Diskografi
Album
Langkah Nubhan - Dilancarkan pada 1 Disember 2010 di Borneo Baruk Club Kuala Lumpur
- Trek 1 : Oh Juwita
- Trek 2 : Mata Hati
- Trek 3 : Beri Rasa
- Trek 4 : Di Redup Matamu
- Trek 5 : Aku Atau Dia
- Trek 6 : Seadanya Aku
- Trek 7 : Ai Mei Chuo
Singles
Tahun | Tajuk | Album |
---|---|---|
2008 | Ada Untukmu | Single |
2008 | Indera (Duet bersama Stacy) | Single |
2008 | Segaris Bulan Sabit | Album Istimewa Hari Raya AF6 |
2009 | Seadanya Aku | Langkah Nubhan |
2010 | Oh Juwita | Langkah Nubhan |
2010 | Aku Atau Dia | Langkah Nubhan |
2011 | Beri Rasa | Langkah Nubhan |
2011 | Mata Hati | Langkah Nubhan |
2011 | Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi | Single Raya |
2012 | Picisan | Single |
2013 | Cinta Kasih ( Duet Bersama Mila (penyanyi)) | Soundtrack Drama rantaian "Cinta Qaseh". Slot Lestary TV3 |
2014 | Kisah Kasih | Single |
Muzik Video
- Ada Untukmu
- Indera
- Oh Juwita
- Picisan
- Cinta Kasih
Bidang lakonan
Telefilem / Drama
- 2008 | Ada Cinta di Hari Raya (drama khas Hari Raya di Astro Ria) Sebagai Nubhan
- 2008 | Corat Coret Raya AF6 (drama khas Hari Raya AF6 di Astro Ria)
- 2009 | Cinta Lelong : Cameo
- 2010 | Ibu Mee Segera :Cameo
- 2010 | Satu Hari Di Hari Raya (Drama Khas Hari raya di TV9) : Sebagai Dani
- 2012 | Raya Yang Paling Raya : Sebagai Adi
- 2013 | Aku : Slot Aksi TV3. Setiap Rabu mulai 9 Oktober 2013 : Sebagai Acid
Filem
- Lagenda Budak Setan (filem), [3 Jun 2010] : Sebagai Sapi
Bidang pengacaraan
Rancangan In-Trend - RTM TV2 : 3.30 petang
- Episod : "Gila Gadjet"
- Episod : "Saya Anak Malaysia"
- Episod : "Ikut Rentakku"
- Episod : "Langkawi"
- Episod : "Cuti - Cuti Malaysia"
- Episod : "Kerjaya Seorang DJ"
- Episod : "Dua Roda"
- Episod : "Demam Korea"
- Episod : "Wachaaa"
- Episod : "Drift"
18 Jun 2011 - Penampilan Khas, episod : Istimewa Nubhan
Iklan / pengendorsan
- Iklan Hari Raya IKEA
- Louis Vuitton Men Fall Collection
Pencapaian
Award / Acara | Tahun | Kategori / peringkat | Lagu | Keputusan / Pencapaian |
---|---|---|---|---|
Akademi Fantasia Musim Ke 6 | 2008 | Peringkat Akhir | Ada Untukmu /Bukan Disini | Tempat Ketiga |
Muzik Muzik 23 | Separuh Akhir | Ada Untukmu | Top 30 | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008/ ABPBH | Artis Lelaki Baru Popular | - | Top 5 | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008/ ABPBH | Penyanyi Lelaki Popular | - | Top 5 | |
Anugerah Planet Muzik (APM 2009) | 2009 | Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki) | Ada Untukmu | Top 5 |
Muzik Muzik 24 | Separuh Akhir | Seadanya Aku | Top 15 | |
Muzik Muzik 25 | 2010 | Separuh Akhir | Oh Juwita | Top 30 |
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan | 2011 | Anugerah Rambut Menawan ( Lelaki) | - | Top 5 |
Muzik Muzik 26 | Separuh Akhir | Mata Hati | Top 15 | |
Muzik Muzik 26 | Separuh Akhir | Pokok | Top 30 | |
Muzik Muzik 28 | 2013 | Separuh Akhir | Cinta Kasih | Top 30 |
- Dilantik sebagai Ikon Belia Remaja Perdana 2011
- Ikon Belia Trofi Rakan Seni Budaya, Rakan Muda 2011