peoplepill id: ahmad-nordin-mohd-amin
ANMA
5 views today
5 views this week
Ahmad Nordin Mohd Amin

Ahmad Nordin Mohd Amin

The basics

Quick Facts

Gender
Male
The details (from wikipedia)

Biography

Allahyarham Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin adalah ahli politik veteran UMNO dari Melaka, Malaysia. Beliau adalah tokoh pembangunan sosio ekonomi Melaka.

Ahmad Nordin berkelulusan Barrister-At-Law (Middle Temple) London dan memulakan khidmat undang-undang pada tahun 1977 di Melaka. Kemudian berkhidmat sebagai Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri Melaka selama 3 penggal sehingga tahun 1987. Ahmad Nordin mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam mengendalikan Pembangunan Hartanah, rundingan perniagaan dan perundingan undang-undang.

Kerajaan Negeri Melaka telah melantik beliau sebagai salah seorang daripada hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah Melaka pada tahun 1999. Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi "Lembaga Rayuan Perancang Bandar & Desa Negeri Melaka".

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK)

Selepas mengundurkan diri dari arena politik, beliau merupakan Timbalan Presiden MUBARAK, sebuah wadah yang memperjuangkan nasib dan kepentingan wakil-wakil rakyat di Malaysia. .

Beliau dianugerahkan pingat PSM, DCSM , AMN, PPT dan JP atas jasa-jasa beliau selama ini.

Meninggal Dunia

Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin, meninggal dunia pada tanggal 28 Februari 2015 akibat komplikasi jantung selepas menerima rawatan beberapa hari di Hospital Pakar Putra Melaka. Allahyarham yang juga Presiden Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka ketika hayatnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2:20 petang di sisi beberapa ahli keluarganya di hospital berkenaan.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Kling, pada 6.30 petang hari yang sama. Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Seri Halijah Aji dan lapan orang anak iaitu tujuh perempuan dan seorang lelaki.

Rujukan

1. Biografi MUBARAK Melaka :Tan Sri Ahmad Nordin Bin Mohd. Amin ; Hanipah Hussin; 2008; Penerbit Universiti UTEM

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Ahmad Nordin Mohd Amin is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Ahmad Nordin Mohd Amin
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes