Ahmad Ali
Quick Facts
Biography
Tuan Guru Haji Ahmad bin Ali (Jawi: احمد بن عليcode: ms is deprecated ) ialah seorang ulama di Malaysia. Beliau merupakan pakar dalam usul fiqah. Dalam bidang politik, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis di kawasan Guar Sanji, bertanding atas tiket PAS pada tahun 1999 hingga 2004.
Kerjaya
Haji Ahmad pernah menjadi pensyarah di Universiti Malaya pada tahun 1980-an, sebelum berpindah menjadi pensyarah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei pada 1989 hingga 1999. Beliau kemudiannya pulang ke Malaysia dan menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum pulang ke Perlis.
Beliau kemudiannya menjadi calon dalam pilihan raya umum Malaysia 1999 mewakili PAS di DUN Guar Sanji, dan menang.
Pada tahun 1950-an, beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Agama Alawiyah, Arau. Antara anak murid beliau ialah mantan Penasihat Agama Istana Negara, Almarhum Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Keputusan pilihan raya
Pilihan raya negeri Perlis 1999: Guar Sanji | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
DUN | Bil. | Calon | Parti | Undian | Peratus | Status | Majoriti |
Guar Sanji | 1 | Ahmad Ali | PAS | 3,318 | 55.00 | Menang | 603 |
2 | Azib Saad | BN | 2,715 | 45.00 | Tewas | ||
Jumlah pemilih berdaftar: 7,302 | |||||||
Jumlah undian sah: 6,033 | |||||||
Jumlah undian ditolak: 123 | |||||||
Pilihan raya negeri Perlis 2004: Guar Sanji | |||||||
DUN | Bil. | Calon | Parti | Undian | Peratus | Status | Majoriti |
Guar Sanji | 1 | Ahmad Ali | PAS | 3,233 | 48.90 | Tewas | |
2 | Jafperi Othman | BN | 3,378 | 51.10 | Menang | 145 | |
Jumlah pemilih berdaftar: 6,611 | |||||||
Jumlah undian sah: 6,611 | |||||||
Jumlah undian ditolak: 97 | |||||||
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. |
Rujukan
{{Reflist}