peoplepill id: adibah-yunus
AY
Malaysia
5 views today
6 views this week
Adibah Yunus
Acteur

Adibah Yunus

The basics

Quick Facts

Intro
Acteur
Places
Gender
Female
Religion(s):
Place of birth
Seremban, Malaysia
Age
35 years
The details (from wikipedia)

Biography

Siti Adibah binti Yunus (Jawi : اديبا يونس; lahir 5 Oktober 1988) merupakan pelakon wanita Malaysia.Bakat beliau dicungkil oleh syarikat Metrowealth Pictures milik David Teo dan banyak membintangi filem-filem terbitan syarikat itu termasuk Taikun, Wawa Semput dan Sniper.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 5 Oktober 1988 di Seremban, Negeri Sembilan.

Kerjaya

Adibah Yunus memulakan kerjaya awalnya sebagai perunding kecantikan, seterusnya menjadi peragawati. Bakat beliau dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo, yang yakin Adibah mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan, beliau merupakan antara bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama dengan Wawa Zainal dan Shima Anuar. Beliau dipetik sebagai berkata:

"Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pelakon sejak dari kecil lagi. Dan kepercayaan yang diberikan pihak MIG ini sebenarnya membuka peluang untuk saya berjinak-jinak dengan dunia lakonan,"

Adiba pertama kali muncul dalam telefilem bertajuk Impian Raya Emelyn yang bersiaran di TV9. Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada 2012 menerusi filem aksi komedi arahan Ismail Bob Hasim, Taikun yang dibintangi oleh Angah Raja Lawak dan Along Cham. Adiba kemudiannya berlakon di samping Yana Samsudin dalam filem Wawa Semput, terbitan turunan dari filem Adnan Sempit lakonan Shaheizy Sam.

Beliau juga muncul bersama Atikah Suhaime, Shima Anuar, Niezam Zaidi dan Mikail Andre dalam filem dokumentari seram Highland Tower arahan Pierre Andre yang berdasarkan dari tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993. Beliau kembali bekerja di bawah arahan Pierre menerusi filem Sniper yang ditayangkan pada 29 April 2014, lakonan Mikail dan Fadlan Hazim.

Adibah juga pernah muncul dalam siri drama online 13 episod, Si Montel yang disiarkan di Hypp TV.

Beliau mempunyai peranan utama sebagai Sarah dalam filem seram Badi arahan Eyra Rahman. Adiba menjayakan watak utama bersama Iqram Dinzly dan Azwan Kombos dalam siri drama seram Dendam Semalam yang disiarkan di Slot Azalea TV3.

Kehidupan peribadi

Pada 24 November 2017, jam 5.30 petang, beliau selamat diijabkabulkan dengan Hazwan As'ari yang juga adik kepada pelakon Johan As'ari. Perkahwinan tersebut berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan.

Pada 5 Oktober 2017, sempena ulang tahun kelahirannya ke-29, Adiba membuat keputusan untuk memakai tudung. Dalam temuramah bersama Media Hiburan pada 3 November 2015, Adibah mengakui terlalu ‘bersih’ dari kontroversi membuatkan dirinya kurang dikenali berbanding pelakon lain.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2012TaikunCintaIsmail Bob HashimFilem pertama
AjiboyNisa
2013Pada Suatu Cinta DahuluHashim Rejab
Wawa SemputAyuniIsmail Bob Hashim
Dua KalimahEyra Rahman
Paku PontianakSurayaIsmail Bob Hashim
Highland TowerAdibaPierre Andre
2014SniperSuraya
2015BadiSarah
Nasi Tangas
Banglo BerkunciBoy

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVNota
2014Jika Itu TakdirkuSarahTV3
Tanah Kubur Musim 11: "Harta Haram"Astro Oasis
2015Dendam SemalamAtiqahTV3
Hello, Mr. Perfect!Emilia
Si MontelHypp Sensasi
2016BodyguardAlissaTV3
Lip Lap RayaDamiraHypp Sensasi
2017Sumpah IbuIntanTV9
Mr Stalker Saya Cintakan AwaklahHypp Sensasi
Andainya TakdirLizaTV3
Bahagia KasihmuAzah
Lelaki Itu Pemilik HatikuLiza HR
2018Dia Anak JeneralShidaTV2
Andainya Takdir 2LizaTV3
Petua NenekQaseh Arina
2019Semua SalahkuMurni

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVNota
2011Impian Raya EmelynTV3
2016Cik Siti
2018Demi Hati Arjuna

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusanNota
2015Festival Filem Malaysia ke-27Pelakon Harapan WanitaDicalonkan

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Menu Adibah Yunus

Basics

Introduction

Kehidupan awal

Kerjaya

Kehidupan peribadi

Filemografi

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar

Lists

Also Viewed

Lists
Adibah Yunus is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Adibah Yunus
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes