peoplepill id: abdullah-tahir-bin-haji-ahmad
ATBHA
2 views today
2 views this week
Abdullah Tahir bin Haji Ahmad

Abdullah Tahir bin Haji Ahmad

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

’’’Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad’’’ atau lebih dikenali ‘’ Haji Abdullah Tahir Bunut Payong’’ sebagai merupakan salah seorang ulama besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh. Haji Abdullah Tahir dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897 , bapanya Hj. Ahmad Mohd Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai Imam Tua di Masjid Langgar , Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920).

Haji Abdullah Tahir merupakan pengasas Pondok Bunut Payong yang terkenal ke seluruh Semenanjung itu. Haji Abdullah Tahir merupakan ulamat seangkatan dengan Haji Ali Pulau Pisang, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Saad Kangkong, Haji Ahmad Batu Tiga Repek, Haji Saleh Pedada dll.

Haji Abdullah Tahir pernah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, sebelum belayar ke tanah suci Makkah mendalami pengajiannya . Antara lain, beliau mengikuti kuliah Tuan Mukhtar Bogor, Syeikh Said al-Yamanil, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.

Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.Bagaimanapun , khidmatnya tidak lama kerana pada 1931 , beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiridi Bunut Payong yang diberi nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok Semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang barpretasi tinggi di Kelantan.

Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang keras lagi tegas. Kerana kegigihannya yang sedemikian maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Husian Rahimi , Hj. Nik Man Sungai Budor ,Hj. Abdul Aziz Pasir Tumboh, Hj. Ismail Padang Lepai , Hj. Abdullah Kok Lanas, Hj. Omar Bemban, Hj. Abdul Rahman Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulai Chondong, HJ. Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiong, Hj. Yahya Joned Gurun , Hj. Ibrahim Bongek , Hj. Abdul Wahid Sungai Udang ,Hj. Husain Umbai , Hj. Ahmad Relai , Hj. Hasanuddin Berhala Gentang , Hj. Ismail Phuket , Hj. Ghazali Mundok.

Kerana ketokohannya juga beliau di lantik menggotai Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932). Kematian fuqaha ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah ialaminya.

Rujukan

  • Rencana asal oleh Ismail Che Daud

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Abdullah Tahir bin Haji Ahmad is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Abdullah Tahir bin Haji Ahmad
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes