Abdul Rahman Ismail , Timbalan Menteri Besar Pahang
Quick Facts
Biography
Dato' Abdul Rahman Bin Ismail atau yang lebih dikenali dengan nama "Pak Rahman" lahir pada 20hb Oktober 1920 di Raub, Pahang. Anak pertama dalam keluarga 8 beradik. Beliau melalui jalan hidup yang sukar ketika penjajahan Jepun. Bersekolah hingga darjah 5. Bekerja sebagai peon (budak pejabat) diKuala Lipis sambil belajar usaha sendiri dan berjaya hingga lulus Diploma in Agriculture dari College of Agriculture, Serdang. Ketika penjajahan British beliau meyertai FORCE 136 berpangkat Captain bersama En. Razak Hussein (Tun Razak). Beliau berkhidmat sebagai Junior Agriculture Assistant dan melanjutkan pelajaran di College of Agriculture Serdang sewaktu dengan Tan Sri Rasdan Baba dan Tan Sri Arshad Ayub. Dalam tahun 1955 hingga 1963 beliau berkhidmat di Jabatan Pertanian Pekan sebagai Penolong Pertanian. Dalam tahun 1964 beliau bertukar ke Kuantan sebagai Pegawai Pelajaran Pertanian Pahang. Beliau aktif dalam UMNO dan dalam tahun 1976 memenangi Dewan Negeri Batu Talam, Raub. Beliau telah dilantik sebagai EXCO dan setahun kemudian sebagai Timbalan Menteri Besar, Pahang. Kesihatan beliau terganggu kerana sinus yang cancerous dan meninggal dunia dalam tahun 1979.