Kenchana Dewi

Kenchana Dewi

The basics

Quick Facts

Gender
Female
The details

Biography

Kenchana Dewi Segaran ialah seorang pelakon dan pelawak popular di Malaysia. Beliau berketurunan India dan berkecimpung dalam dunia tarian terlebih dahulu sebelum aktif dalam drama Tamil dan Melayu. Watak Kamala dalam sitkom Puteri yang dipegangnya selama 9 musim sejak 2005 telah mempopularkan beliau hingga 5 kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH).

Pada tahun 2010 beliau muncul dalam program TV Apa-apa Aja bersama pelawak Shamsul Ghau Ghau di saluran TV3 dan mengacarakan program bual santai itu selama 2 musim. Pada tahun 2012, beliau memulakan tugas sebagai penyampai radio untuk slot pagi di saluran Suria FM. Beliau bergandingan dengan penyampai Halim Othman dan pelawak Nabil Ahmad.

Peribadi

Kenchana Dewi dilahirkan sebagai S. Kanjana Devi menamatkan zaman bujangnya ketika berusia 18 tahun apabila berkahwin dengan P. Gunasegaran yang 12 tahun lebih tua daripadanya pada tahun 1992. Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak iaitu G Patkieswaran, Tashvetha Devi, dan Mishalin Devi.

Kerana sikapnya yang periang dan mudah mesra, ramai yang tidak menyangka bahawa Kenchana sudah berusia lewat 30an. Beliau juga sering membawa watak gadis remaja dalam banyak drama.

Filmografi

  1. Soal Hati (2000)
  2. Dunia Baru The Movie (2008)
  3. Adik Manja Returns (2011)
  4. Baik Giler (2013)

TV

  1. Puteri (2005 - 2008)
  2. Seputeh Qaseh Ramadhan (2006)
  3. Cinta Untuk Ain (2008)
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.