Quantcast
peoplepill id: zul-zamrin-zamanhuri
ZZZ
5 views today
2 views this week
Zul Zamrin Zamanhuri
Acteur

Zul Zamrin Zamanhuri

Zul Zamrin Zamanhuri
The basics

Quick Facts

Intro Acteur
Is Actor
From Malaysia
Field Film, TV, Stage & Radio
Birth Kuala Lumpur, Malaysia
The details (from wikipedia)

Biography

Zul Zamrin Zamanhuri merupakan seorang bekas pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Din dalam filem Kami (1982).

Kerjaya

Pada usia 11 tahun, Zul Zamrin telah dipilih untuk menjayakan peranan dalam filem Kami di samping penghibur No.1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad arahan sulung oleh Patrick Yeoh. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Zul Zamrin memenangi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 yang diadakan pada 28 November 1982, enam bulan selepas Kami ditayangkan.

Kehidupan peribadi

Dalam satu temuramah di rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini di TV3 pada 22 Februari 2012, bersempena ulang tahun ke-20 pemergian Allahyarham Sudirman ke rahmatullah, Zul Zamrin berkata peluang berlakon disamping Allahyarham merupakan peluang seumur hidup yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini. Beliau juga berkata turut menyimpan keratan akhbar mengenai penglibatannya dalam filem Kami.

Zul Zamrin juga menyatakan bahawa beliau sebenarnya tidak berminat lagi untuk menjadi pelakon dan Kami merupakan filem pertama dan terakhirnya. Beliau berkata: "Saya sebenarnya mengikut kata ibu yang mahukan saya berjaya dalam akademik dan bukannya lakonan."

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1982 Kami Din Dikreditkan sebagai Zul Zamanhuri

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012 Malaysia Hari Ini Dirinya sendiri / tetamu jemputan TV3

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1982 Festival Filem Malaysia ke-3 Pelakon Kanak-kanak Terbaik Menang

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 24 Dec 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
http://www.myartis.com/2012/02/din-masih-teringat-nostalgia-filem-kami.html
http://www.imdb.com/name/nm6153996/
Sections Zul Zamrin Zamanhuri

arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes