Quantcast
ZA
97 views this week
Zain Azman

Zain Azman

The basics
Quick Facts
The details
Biography

Abdul Aziz Majid atau lebih dikenali sebagai Zain Azman adalah seorang penyanyi muzik jazz yang begitu terkenal di Malaysia dan rantau Nusantara pada era 60an dan 70an. Zain dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, kemudian pulang ke tanah air pada tahun 1960 dan bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Biro Getah Asli. Zain Azman pernah mendedahkan dari mana lahirnya nama Zain Azman dan tidak menggunakan nama asalnya Abdul Aziz Majid. Kata beliau , nama itu cantuman nama dua rakan karibnya, Allahyarham Tan Sri Zain Azrai dan Tan Sri Azman Hashim.

Penglibatan

Sejak zaman mudanya, beliau satu-satunya penyanyi jazz yang mampu menyanyikan lagu Frank Sinatra dengan baik. Itulah Zain Azman penyanyi jazz yang tidak pernah merasa songsang sekalipun berada dalam arus perdana muzik pop. Ketika mula menyanyi pada era 50an, lagu jazz dianggap terlalu elit, terasing dan tidak ada khalayak di negara ini. Tetapi beliau yang pernah merakamkan lagu di England percaya, jazz muzik warisan kulit hitam itu mempunyai peminat tersendiri.

Nama Zain Azman cukup sinonim dengan lagu-lagu jazz malah tidak banyak penyanyi lelaki boleh menyanyikan lagu-lagu jazz terutamanya yang dipopularkan oleh Frank Sinatra dengan baik. Zain menjadi anak Melayu pertama yang diberi peluang merakamkan suara di England semasa belajar di Brighton Technical College tahun 1956. Kemenangannya dalam satu pertandingan yang dianjurkan semasa di England telah menarik pihak syarikat rakaman untuk menerbitkan albumnya. Allahyarham yang menyumbangkan tenaga pada seni selama 45 tahun sempat menghasilkan album dalam bentuk EP berjudul New In The Ways of Love dan Belle From Barcelona.

Sekembalinya ke tanah air, Zain mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian secara aktif dan berpeluang muncul membuat persembahan di TV. Kemunculan awalnya menerusi rancangan Dengarlah Laguku pada tahun 1963 dan kemudian diberi peluang oleh RTM untuk menjadi hos The Zain Azman Show.

Penyanyi jazz Julie Sudiro merupakan penyanyi yang kerap bergandingan dengannya di pentas-pentas. Walaupun selalu muncul berduet di dalam program TV dan persembahan pentas, Zain Azman dan Julie tidak pernah merakam lagu duet dalam album. Julie mengimbas kembali pada tahun 1999 mereka dicadangkan menghasilkan album duet oleh seorang komposer namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

Meninggal Dunia

Zain Azman atau nama sebenarnya Abdul Aziz Majid, 2001, pada usia 66 tahun beliau menghembuskan nafas terakhir kerana sakit barah otak. Allahyarham yang menghidap sakit jantung itu dikesan mendapat barah otak apabila dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) setelah mengadu sakit. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas sembahyang Jumaat. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Junaidah Abdullah, 55 dan dua anak.

Legasi

Di majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1998, penglibatannya dalam bidang seni diberi pengiktirafan dan beliau adalah Penerima Anugerah Sri Wirama Anugerah Industri Muzik pada tahun 1997, bersama Julie.

Penyanyi Malaysia

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
comments so far.
Comments
Penglibatan Meninggal Dunia Legasi
arrow-left arrow-right arrow-up arrow-down instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube stumbleupon comments comments pandora gplay iheart tunein pandora gplay iheart tunein itunes