peoplepill id: umie-aida
UA
Malaysia
1 views today
2 views this week
Umie Aida
Malaysian actress and singer

Umie Aida

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actress and singer
Gender
Female
Religion(s):
Age
51 years
Instruments:
The details (from wikipedia)

Biography

Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida (lahir 18 Januari 1973) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan Malaysia. Kerjaya lakonan beliau bermula ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.

Sering digandingkan dengan hero filem Melayu Rosyam Nor, beliau pernah empat (4) kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin manakala di layar perak, Umie pernah dua (2) kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi menerusi filem "Embun" (2002) dan "Dukun" (2018) serta turut memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem "Sembunyi: Amukan Azazil" (2013) di Festival Filem Malaysia. Beliau juga pernah dua kali dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik untuk filem "Embun" dan "Qaisy dan Laila" . Pernah mendapat jolokan Ratu Filem Epik kerana kerap membintangi filem dan drama berlatarkan zaman dahulu kala, Umie juga antara aktres paling mahal bayarannya untuk membintangi sesebuah drama TV.

Kerjaya

Dari peragaan ke Emas Melayu (1989–1999)

Umie mula berjinak dalam bidang seni sebagai model komersial di bawah kelolaan model terkenal Azah Aziz ketika beliau baru berusia 16 tahun pada 1989. Populariti yang ditempa oleh kakaknya, aktres & pengarah Erma Fatima sedikit sebanyak membantu memberi pendedahan kepada Umie pada ketika itu. Namun kerjaya awalnya lebih cemerlang sebagai model baik dalam komersial TV mahupun video muzik. Antara MTV yang pernah menampilkan Umie adalah Nusantara nyanyian Sheqal pada tahun 1990. Bagi mencari wang saku Umie sering mengikuti Erma ke lokasi dan akhirnya berjinak-jinak sebagai pelakon tambahan dengan bayaran minima.

Pada tahun 1990 Umie menggunakan nama komersial Ermy Zura untuk menyertai pertandingan pencarian gadis popular Dewi Remaja 1990/91. Umie berjaya mara ke final bersama gadis lain yang kini popular sebagai aktres Jasmin Hamid, Kuza dan supermodel Irene Santiago di mana acara ini dimenangi model Jasmine Dhillon. Bertitik tolak daripada itu nama Umie mula popular di kalangan penerbit. Drama TV pertama lakonan beliau adalah Maafkan Mama yang ditayangkan di TV3 manakala pada tahun 1991 juga Umie muncul dalam filem debutnya berjudul Memori arahan Datuk Rosnani Jamil. Peluang muncul dalam filem tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Umie untuk menuntut ilmu lakonan daripada barisan pelakon hebat yang turut membintangi filem itu seperti Jins Shamsuddin, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dam penyanyi popular Nash Elias.

Nama Umie sering membintangi drama-drama popular di kaca TV antara yang paling popular adalah drama Hello bersama M. Nasir & Tiara Jacquelina pada tahun 1993. Pada tahun 1994 bakat Umie mula diberi perhatian apabila dicalonkan sebagai Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Sri Angkasa menerusi watak klasik dalam drama Rupawan. Seterusnya Umie memberi persembahan hebat dalam trilogi drama Selamat Hari Jadi Su yang mana beliau dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin menerusi sekual kedua siri tersebut. Pada tahun 1995 Umie kembali ke layar perak menerusi watak Sharifah Hasnah dalam filem muzikal Jimi Asmara arahan Erma. Menerusi watak pembantu dalam filem tersebut Umie dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995. Umie juga menempa nama di Indonesia menerusi drama popular bersama aktor Slamet Rahardjo seperti Jodon & Bukan Itu...Bukan Ini....

Umie terlibat sebagai teraju utama filem Emas Melayu atau judul antarabangsanya Pure Gold arahan pengarah Inggeris Bart Righters namun filem itu tidak ditayangkan biarpun sepatutnya menemui penonton pada tahun 1997. Beberapa buah drama lakonan Umie ketika itu juga tidak dapat ditayangkan ekoran masalah bersama LPF, antaranya drama Hartini & Jangan pada 1997 juga pada tahun 2000 iaitu drama 5 Hari Raya & Ma Rabbuka. Bagi memantapkan lagi skill lakonan Umie aktif dalam pementasan teater pada penghujung 90-an. Antara teater yang mengangkat nama beliau adalah Lantai T. Pinkie, Mencari Salina, Pelayaran Nur Atma & Dejavu Seorang Perempuan.

Umie meraih kemuncak populariti pada lewat tahun 1990an menerusi penampilan hebatnya dalam drama Metafizik bersama aktor Ahmad Yatim dan Surah Terakhir arahan Sidi Oraza. Drama Surah Terakhir menghadiahkan beliau trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999. Pada tahun 1999 juga Umie muncul dalam drama bersiri TV paling popular pada tahun itu iaitu Romeo & Juliet bersama aktor/pengarah Ahmad Idham. Populariti Umie dibantu dengan penghasilan album solo studio pertama Umie mengambil nama sempena drama tersebut yang juga menjalani penggambaran di United Kingdom. Album solo studio pertama Umie menampilkan hits seperti Kepadamu Kekasih dan Redup Kerinduan menambahkan lagi pengaruh beliau sebagai artis serba boleh. Dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99 Umie dijulang sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) menewaskan pelakon-pelakon senior seperti Aida Khalida & Haliza Misbun.

Di puncak populariti dan kemasyhuran (2000–2009)

Pada tahun 2000 Umie muncul sebagai aktres dengan kutipan box-office tertinggi iaitu menerusi dua buah filem lakonannya, Senario Lagi & Leftenan Adnan berjaya mengumpul keseluruhan RM7.6juta menewaskan kutipan box-office filem Erra Fazira yang hanya berjumlah RM 3.6juta pada tahun itu. Namun dari segi populariti individu Erra berjaya menewaskan Umie di ABPBH 2000 untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH). Dalam acara yang sama Umie juga dicalonkan sekali lagi untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular namun tewas kepada aktres Abby Abadi. Karier lakonan Umie banyak dipacu oleh kejayaan seimbang di layar kaca, layar perak, seni suara & pementasan teater. Umie muncul dalam drama bersiri yang masih memegang rekod sebagai drama bersiri termahal di Malaysia iaitu Salam Taj Mahal sebanyak 32 episod. Umie juga menyanyikan lagu tema siri ini dengan judul serupa, lagu tersebut menjadi lagu pertama nyanyian beliau yang menjuarai Carta Era oleh Radio Era.fm serta menjuarai beberapa carta radio lain termasuk Muzik.fm sekitar bulan Ogos hingga September 2000.

Tidak cukup dengan itu lakonan Umie dalam filem-filem box - officenya juga meraih perhatian juri Festival Filem Malaysia apabila Umie dicalonkan dalam kedua-dua kategori lakonan iaitu Pelakon Wanita Terbaik (FFM) menerusi watak Sophia Pakih Muda dalam Lt. Adnan manakala watak penyanyi kelab malam bernama Linda dalam Senario Lagi menerima pencalonan untuk kategori pembantu. Biarpun tewas dalam kedua-dua kategori tersebut, Umie mengubat luka apabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2000/2001 menerusi drama Ayuni. Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut beliau dalam acara yang sama. Populariti dan kredibiliti Umie terus mekar sehingga beliau terpilih melakonkan watak Embun Harun dalam filem emansipasi Embun pada tahun 2002. Menerusi filem inilah lakonan Umie mendapat pujian menyeluruh pengkritik. Umie disifatkan memberi jiwa yang jujur untuk watak gadis Melayu ketika zaman pendudukan Jepun yang berjuang menentang kezaliman penjajah. Umie meraih pencalonan Aktres Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 42 di Seoul, Korea Selatan namun tewas kepada aktres Makiko Esumi dari Jepun menerusi filem Inochi. Biarpun tewas Umie berjaya memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 16 & Anugerah Skrin 2003. Kesinambungan daripada fenomena watak Embun, Umie bergandingan sekali lagu bersama Erma menerbitkan drama bersiri Haryati yang diadaptasi daripada novel tulisan Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk. Drama bersiri 25 episod ini berlatar belakangkan Tanah Melayu & Sumatera pada era 20-an hingga 50-an diterajui Umie yang membawa watak Haryati. Sambutan hebat daripada orang ramai membuahkan sebuah lagi musim iaitu Haryati 2 yang disiarkan 2 tahun selepas itu.

Pada tahun 2002 dan 2003 Umie muncul dalam beberapa buah produksi TV yang popular seperti telefilem Rumah Di Tengah Sawah, Tarantula serta drama bersiri lakonan Umie yang paling panjang siarannya, Dalam Hati Ada Cinta yang bersiaran sebanyak 150 episod dalam 5 musim selama 4 tahun di Astro Ria. Pada tahun 2004 beliau muncul dalam filem Bintang Hati bersama aktres komedi Amy Mastura.Namun pada tahun 2004 populariti Umie turut sama naik dengan populariti drama bersiri Rindu Semakin Jauh yang dilakonkannya bersama Rosyam Nor, Eja & Hairie Othman. Drama yang mengisi slot Samarinda itu menyaksikan lakonan Umie sebagai antagonis menerima reaksi positif. Drama ini juga menyaksikan kerjasama secara profesional beliau bersama bekas teman lelaki (Hairie) setelah kali terakhir digandingkan dalam drama 5 Hari Raya. Umie mengukuhkan kedudukan sebagai aktres yang berpengarauh apabila bergandingan bersama Rosyam Nor dalam filem Gangsster pada tahun 2005 yang meraih kutipan pecah panggung tertinggi pada tahun itu. Pun begitu sebuah lagi filem beliau pada tahun tersebut iaitu Qaisy & Laila meraih kutipan kurang memberangsangkan. Filem mengenai sekumpulan sukarelawan yang berkhidmat di kem pelarian perang Afghanistan itu membawa tema yang berat. Walau bagaimanapun lakonan Umie diiktiraf apabila menerima pencalonan kedua di Festival Filem Asia Pasifik yang berlangsung di Kuala Lumpur. Umie dicalonkan untuk kategori Aktes Pembantu Terbaik dan tewas kepada aktres Indonesia, Rima Melati (Ungu Violet). Seterusnya Umie muncul dalam filem arahan Afdlin Shauki berjudul Buli Balik pada 21 Januari 2006 bergandingan bersama Afdlin, Hans Isaac dan Nasha Aziz. Selepas itu beliau sekali lagi bergandingan bersama Nasha dalam filem seram Puaka Tebing Biru. Ketika memulakan penggambaran filem tersebut Umie diserang penyakit apendiks yang mengakibatkan beliau terpaksa menarik diri daripada filem tersebut. Namun atas kehendak penerbit dan pengarah filem itu sendiri, Osman Ali, produksi filem itu sanggup menangguhkan pengambaran sehingga Umie betul-betul pulih. Umie juga muncul dalam drama bersiri Aku, Dia & Cape Town di slot Samarinda. Drama ini menjalani penggambaran di Afrika Selatan menyaksikan gandingan Umie bersama Eizlan Yusof, Lisdawati dan Sheila Rusly.

Setelah lebih 15 tahun bergelar pelakon, akhirnya Umie bergelar penerbit filem menerusi produksinya Amazon Entertainment Production yang menerbitkan filem Diva Popular arahan Erma Fatima. Biarpun dihimpit kontroversi kononnya Umie ditaja kenamaan untuk menerbitkan filem itu, Umie tampil berterus terang memberitahu dia mendapat bantuan daripada SME Bank. Umie sendiri melakonkan watak utama yang merupakan watak kesinambungan daripada drama Pelakon Popular pada tahun 1994 iaitu Erna Teteye Tuminah Jongkoh, seorang aktres ternama. Filem komedi yang membariskan Afdlin, Sheila, Awie, Ezlynn & Azean Irdawaty menceritakan mengenai persaingan merebut populariti diantara artis realiti TV dan artis lama itu ditayangkan pada Aidilfitri dan meraih kutipan box-office. Sebelum itu Umie juga membawakan sebuah lagi naskhah bertema serupa namun lebih serius berjudul Pesona Bintang yang disiarkan di TV2 sebanyak 26 episod. Kontroversi melanda Umie sekali lagi apabila pengarah A.R Badul mengkritik beliau dan pelawak Saiful Apek yang dikatakan gagal memberi komitmen kepada filem lakonan mereka berjudul Salah Bapak yang ditayangkan lewat 2 minggu daripada Diva Popular. Setelah sekian lama tertangguh akhirnya filem Puaka Tebing Biru menemui penonton pada 18 Februari 2007.

Dari menerjah era ekslusif ke masa kini (2010–kini)

Genap 15 tahun pembabitan beliau dalam industri, pelbagai pihak meletakkan Umie di tahap yang cukup tinggi sebagai aktres. Sejak itu Umie mula menjadi lebih selektif dalam berkarya. Muncul dengan tiga buah filem iaitu epik noir Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid, komedi romantik Cuci (Hans Isaac) dan komedi urban Pisau Cukur (Bernard Chauly), Umie berhasil membuktikan bahawa beliau masih mampu menggugat aktres-aktres muda yang sedang mencipta nama. Di kaca televisyen pula beliau cemerlang dengan beberapa siri TV yang meraih tontonan tertinggi seperti melodrama arahan Shahrul Ezad Mohammedin Kerana Cintaku Saerah bersama Benjy & Noorkhiriah Ahmad Shapie, drama berkisar tentang keagamaan & saudara baru Abadi Sebuah Cinta bersama Faizal Hussein, Janet Khoo & Rosyam Nor, juga drama mengenai persamaan gender arahan Aziz M. Osman berjudul Vice Versa serta drama seram yang mencipta fenomena tersendiri, Kekasihku Seru arahan Kabir Bhatia. Menerusi drama bersiri 26 episod terbitan Filmscape itu, Umie dilaporkan menerima bayaran tertinggi untuk seorang aktres di kaca TV dimana pengarahnya, Kabir Bhatia menyifatkan ia setimpal dengan hasil kerja yang diberikan Umie dalam menghidupkan watak Mas Suri dalam drama tersebut.

Tidak lagi sekadar menjadi wajah penyeri layar perak / kaca TV, Umie kini diberi peranan yang signifikan dalam karier lakonannya. Pada tahun 2009 beliau muncul kembali di pentas teater apabila memegang watak Che Aminah Mohammad, ibu angkat kepada gadis yang mencetuskan revolusi Islam di Nusantara iaitu Natrah (Nadia Bertough) dalam pementasan Natrah arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Meraih pelbagai pujian daripada pengkritik, teater yang turut dilakonkan bintang-bintang besar seperti Maya Karin, Remy Ishak, Samantha Schubert dan Sofia Jane itu disambung ke pementasan kali kedua setahun selepas itu. Teater itu menjadi teater bukan muzikal yang paling lama dipentaskan di Istana Budaya.

Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2010, ruang lingkup pembabitan Umie dalam dunia lakonan juga banyak bertumpu kepada percubaan beliau untuk menghidupkan watak-watak kompleks dan ia diunjurkan dalam persembahan hebat beliau menerusi beberapa drama televisyen seperti Bukan Bidadari (Aziz. M Osman) dimana beliau meraih pujian apabila membawakan watak wanita yang mengalami kekeliruan identiti setelah berpisah dengan suami. Menerusi drama Masyitah yang dicalonkan di Anugerah Skrin 2010 pula, beliau diberi watak seorang ibu yang menguruskan anak yang menghidap autisme. Pada tahun 2010 juga drama Airmata Nur Salina yang disiarkan sempena Aidilfitri di TV3 pula meraih tontonan hingga 3.2 juta penonton apabila Umie bergandingan bersama pelakon muda Remy Ishak untuk menghidupkan watak Salina, isteri yang dihukum gantung setelah disabit kesalahan membunuh suaminya sendiri. Drama tersebut juga dijadikan sekuel berjudul Karma Salina dimana Umie tampil sebagai bintang undangan.

Pada tahun 2011 Umie muncul membawakan watak Lang, ibu kepada pengasas kerajaan Melayu Langkasuka dalam filem epik terunggul arahan Yusry Abdul Halim berjudul Hikayat Merong Mahawangsa. Biarpun muncul dalam babak imbasan semula, lakonan Umie disifatkan sebagai antara faktor penarik kepada filem tersebut yang mengutip RM 6.8 juta ketika ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini kemudiannya ditayang serta diedarkan di 13 buah negara di seluruh dunia. Seterusnya beliau kembali bekerjasama dengan Kabir Bhatia sebagai teraju utama filem epik zaman pendudukan Jepun berjudul Azazil bersama Diana Danielle dan Remy Ishak. Sememangnya filem tersebut dinanti-nanti oleh peminat Umie lebih-lebih lagi genre epik sangat sinonim dengan Umie. Beliau juga kembali ke Istana Budaya apabila diberi peranan sekali lagi sebagai ibu kepada Aaron, kali ini menerusi teater adaptasi daripada novel karya Khadijah Hashim pada tahun 1968 berjudul Badai Semalam. Menariknya, beliau bergandingan bersama rakan baiknya sendiri Erra Fazira sebagai menantu dan mentua dan mereka berdua menerusi Frensis Production bergabung bersama penerbit Ziela Jalil sebagai penerbit bersama. Terdahulu sebelum teater tersebut, Umie dan Erra bergandingan dalam drama TV bergenre komedi Mak OK Jer! arahan Micheal Ang untuk siaran Aidilfitri 2011.

Anugerah Skrin 2011 menyaksikan Umie mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) menerusi drama Airmata Nur Salina menewaskan lakonan hebat Erra dalam drama Sanggul Beracun. Ini merupakan kemenangan kategori yang sama buat kali ketiga di ASK. Menyusul di tahun 2012, Umie memperlahankan radar seninya apabila hanya memberi fokus kepada drama bersiri Waris yang merupakan kesinambungan kepada drama Kekasihku Seru yang telah ditayangkan pada 2008. Ini bermakna sekali lagi Umie menjelmakan watak Mas Suri ke layar kaca. Pada tahun 2011, Umie bersama rakan artis seperti Ziela Jalil dan Erra Fazira menubuhkan syarikat produksi teater Frensis Sdn Bhd di mana mereka menerbitkan teater berskala besar seperti Badai Semalam (2011) dan Bahayanya Wanita (2012). Disamping itu beliau tetap tidak lupa untuk muncul dalam beberapa drama TV seperti Sepatu Merah (2012), Aku Bukan Malaikat (2013), Hajar dan Sarah (2013) dan drama bersiri Mana Hilangnya Juwita (2012) & Ummi (2013). Menerusi drama Sepatu Merah dan Aku Bukan Malaikat (kedua-duanya arahan Erma Fatima), beliau mendapat nominasi Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 2012 dan 2013. Umie juga menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Malaysia 2013 dan Festival Filem Malaysia menerusi watak Ibu Yani, pengamal paranormal di era 40an dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil.

Untuk rekod, gelaran untuk Umie Aida ialah Datin Umie Aida dan bukan Datin Paduka Umie Aida sebagaimana pihak media sering laporkan. Gelaran Datin Paduka ialah darjah kebesaran kurniaan DYMM Sultan Selangor untuk wanita (cth: Datin Paduka Shuhaimi Baba) sementara Datuk Paduka ialah untuk indivdiu lelaki. Disebabkan Umie meminjam gelaran suaminya iaitu Datuk Paduka, gelaran untuk Umie tidak boleh disebut Datin Paduka sebaliknya ialah Datin sahaja melainkan Umie menerima darjah kebesaran daripada Sultan Selangor yang membawa gelaran Datin Paduka.

Kehidupan peribadi

Umie Aida ialah adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima serta adik ipar kepada pengarah Badaruddin Azmi. Seorang lagi adiknya, Betty Rahmad juga pernah menceburi bidang lakonan tetapi tidak sepenuh masa. Betty banyak menguruskan kerjaya seni Umie disamping membuka perniagaan bersama. Ketika berusia 20 tahun, Umie mengambil anak angkat lelaki bernama mohd Daniel Firdaus (lahir 1993) & Mohd Dzulhelmy (lahir 1994) setahun kemudian. Umie juga merupakan rakan rapat kepada Primadona Filem Melayu Alaf Baru, Erra Fazira yang juga rakan persekolahannya serta aktres Nasha Aziz, Effa Ismail, Nor Aliah Lee dan Zahida Rafik.

Sejak mula menceburkan diri dalam bidang perfileman, nama Umie tidak lekang daripada gossip percintaan. Pada era 90an, Umie dikaitkan dengan penyampai TV dengan aktor berkarektor Sidi Oraza dan penerbit Mohd Nor Kadir yang banyak menggilap bakatnya ketika Umie aktif berlakon untuk drama-drama terbitan Kuasatek. Paling meraih perhatian media dan peminat adalah ketika Umie menjalinkan hubungan dengan aktor popular Hairie Othman ketika berada di kemuncak populariti sekitar akhir 90an, dan kemudian bersama aktor muda Aqasha. Kisah putus cinta Umie dan Hairie pernah menggemparkan media massa ketika itu dimana Aqasha dikaitkan sebagai punca.

Akhirnya pada 29 September 2009 Umie mengambil keputusan untuk mengingat tali pertunangan dengan usahawan terkemuka Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua darinya dan seterusnya berkahwin pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah. Pernikahan dan perkahwinan ini mendapat liputan meluas media termasuk majlis resepsinya yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama. Majlis tersebut turut dihadiri pembesar negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri serta ramai artis-artis nama besar tanah air. Khairuddin yang pada mulanya hanya rakan perniagaan Erma Fatima, sebelum diperkenalkan dengan Umie. Beliau juga merupakan sepupu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pihak nyata tidak berpuas hati dengan pemilihan busana pengantin Umie yang dicipta khas oleh pereka Jovian Mandagie. Gaun pengantin yang mendedahkan bahagian bahu dan dada itu dikritik hangat kerana tidak bersesuaian dengan status Umie yang baru saja melangsungkan majlis pernikahan di Mekah. Setelah mendirikan rumahtangga, Umie menjadi lebih selektif dalam kerjayanya kerana mahu memberi fokus kepada rumahtangganya bersama Khairuddin dan anak-anaknya Daniel dan Dzul serta dua orang anak tiri (hasil perkahwinan Khairuddin terdahulu). Pada bulan Jun 2019, Umie dan Khairuddin mengambil keputusan untuk memelihara seorang lagi anak angkat iaitu seorang bayi perempuan yang dinamakan Nur Aisha .

Pada penghujung tahun 2013, Umie membayangkan hasrat untuk bersara dari bidang lakonan setelah diasak dengan kontroversi pergolakan rumahtangganya. Namun menjelang bulan Ramadan tahun 2014, beliau dan suami dilihat kembali bersama. Umie juga mula mengenakan tudung secara sepenuh masa.

Cabang lain

Selain daripada berlakon dan menyanyi, Umie juga menceburi bidang perniagaan. Sejak muda Umie mengumpul sejumlah aset berupa rumah, pangsapuri dan deretan kedai sebagai pelaburan hartanahnya. Pada tahun 2001, Umie membuka UK Kickboxing di Taman Malawati yang menyediakan tempat latihan tinju. Manakala pada tahun 2004 Umie menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Amazon Entertainment Production yang menerbitkan naskhah seperti filem Diva Popular (2006) dan drama Takdir Terindah (2007). Pada tahun 2008 Umie bersama adiknya Betty menubuhkan butik kafe Beelicious yang mula beroperasi di One Utama dan kini di Ampang.

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananPengarahCatatan
1991MemoryInaDatin Hajah Rosnani Jamil
1994FeminaAzuraAziz M. Osman
1995Jimi AsmaraSharifahErma Fatima
1997Emas Melayu/ Pure GoldTashaBart RightersTidak ditayangkan
2000Senario LagiLindaAziz M. Osman
Leftenan AdnanSophia Pakih Muda
2002EmbunEmbun HarunErma Fatima
Mr. CinderellaMelorAhmad Idham
2003Mr. Cinderella 2Din C.J
2004Bintang HatiJellyAziz M. Osman
Cinta Luar BiasaAidaRashid Sibir
2005GangsterDewiBade Hj. Azmi
Qaisy & LailaDr. SuriaRaja Ahmad Alauddin
2006Buli BalikDr. SelinaDato' Afdlin Shauki
Diva PopularErna Teteye Tuminah JongkoErma FatimaSebagai penerbit
Salah BapakInai / SerojaAR Badul
2007Puaka Tebing BiruAyuOsman Ali
2008Kala Malam Bulan MengambangCik PutehMamat Khalid
CuciFarahDatuk Hans Isaac
Apa Kata HatiDatinSaw Teong Hin
2009Pisau CukurNainiBernard Chauly
2011Hikayat Merong MahawangsaLangYusry Abdul Halim
2012Sembunyi: Amukan AzazilIbu YaniKabir Bhatia
2014Dollah SuperstarKekasih Dollah
2015JwanitaDukunOsman AliKemunculan khas
2018DukunDiana DahlanDain Iskandar Said

Telefilem

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
1992Maafkan Mama
1993Air Pasang Dalam
Masih Ada Harapan
1994Pengantin Popular
Hello
Rupawan
1995Hartini
Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 1)
Doa
Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 2)
1996Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 3)
Bukan Itu...Bukan IniProduksi Malaysia-Indonesia
Kompromi
Metamorfosis
Resolusi
Mencari Pertemuan
JodonProduksi Indonesia, arahan Slamet Rahardjo
1997Siti...Terang Bulan Di Kuala
Dominan
JanganDiharamkan tayangan
1998Resolusi II
Metafizik
Isketambola
Cemeti Di Hati
1999Hati Ini
Surah TerakhirAktres Terbaik - Anugerah Skrin
2000Dot.com Sana Dot.my Sini
AyuniAktres Terbaik - Anugerah Skrin
Menjaring Matahari(Pencalonan) Aktres Terbaik - Anugerah Sri Angkasa
Seliuh Anak Seluang
5 Hari RayaDiharamkan tayangan
2001Ma RabbukaDiharamkan tayangan
Kek Lapis Kak Ida
Seruling Kasih
2002Rumah Di Tengah Sawah
Intan Mahsuri
Tarantula I & II
2003Cinta SMS
Nur Fitri
2004Kesetiaan
Feloni Aka Ecstasy
2007Takdir Sedang Berbisik
2008Takdir TerciptaSebagai penerbit
2009Serpihan Laungan Takbir
Bukan Bidadari
Korban Kasih Marlisa
2010Masyitah
Airmata Nur SalinaAktres Terbaik - Anugerah Skrin
Karma SalinaPenampilan khas
2011Mak OK Jer
2012Lobak
Sepatu Merah(Pencalonan) Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
2013Aku Bukan Malaikat(Menang) Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
Aku Tahu
Hajar & Sarah
2015Sawadeeka Mak Cun
2017Ana Anak Ibu
Izinkan Aku

Drama

TahunTajukPerananEpisodSaluran TVCatatan
1996Apa Sebenarnya
1998Istana Kristal
1999Romeo & JulietJulia / Juliet25 EpisodTV3
2000Senario
Puteri Cenderalolok2 EpisodTV3Sitkom 30 minit, 2 episod bersama kumpulan Senario
Salam Taj MahalFatihah28 EpisodTV3Siri Drama TV paling tinggi kos di Malaysia (RM 0.8 juta)
2001Melarik KasihIdah13 EpisodTV1
2002Gerak Khas
Karina2 EpisodTV1Muncul sebagai pelakon undangan untuk 2 episod istimewa.
2003-04HaryatiHaryati52 Episod
TV2Adaptasi novel Hamka - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk
2003-06Dalam Hati Ada CintaAlia150 Episod
Astro Ria
2004Rindu Semakin JauhAzura24 EpisodTV3
AkademiKhalida13 EpisodAstro Ria
2005Aku, Dia & Cape TownZalia24 EpisodTV3
2006Pesona BintangMeera26 EpisodTV2
2007Kerana Cintaku SaerahSaerah24 EpisodTV3
2008Vice VersaJohanna13 EpisodTV3
Kekasihku SeruMas Suri26 EpisodTV3Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009
Abadi Sebuah CintaAyu24 EpisodTV3
2010Spa Qistina13 EpisodTV3
2012WarisMas Suri26 EpisodTV3
Mana Hilangnya Juwita?Inspektor Yuni15 EpisodAstro Ria
2013UmmiUmmi26 EpisodTV3
Ammara BatrisyaAmmara14 EpisodTV9
2015-18Mak CunZeenat Manisah53 Episod
TV3
2018FolkloreEpisod: "Toyol"HBO Asia
2020Ben & BellaPuan Zu24 EpisodTV3

Videografi

Muzik video

TahunTajuk laguArtis undanganPeranan
1990NusantaraSheqalModel
1992SembiluEllaModel
2002EmbunAqashaModel

Dokumentari dan penerbitan khas

TahunTajukSaluran TVTerbitan
2000Dokumentari Disebalik Wajah Umie AidaTV1Box Office Malaysia S/B
2002Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah DibinaTV PendidikanBahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
2009Program Realiti TV Gugu Gaga Erra (Episod 2)Astro RiaBox Lite Film
2010Program Nona Khas RayaTV3Primeworks Studio
2011Program Astana Aidilfitri bersama Anita Sarawak di teratak Umie AidaAstro RiaAstro
2012Program Realiti Pilih Kasih musim ketiga (sebagai penasihat bersama Rosyam Nor & Erra Fazira)TV2Suhan & TM

Teater

TahunTajukCatatan
1991Sampai BilaMATIC
1995Peran
1997Lantai T. Pinkie
Anak Tanjong
1998Mencari Salina
Mencari Juita
Penyerahan Puteri
1999Pelayaran Nur Atma
Dejavu Seorang Perempuan
2000Lantai T. PinkiePementasan Semula
2005Konsert KasihMonolog
2009Suara PalestineLaman Sari, Istana Budaya
NatrahPanggung Sari, Istana Budaya
2010Natrah (Musim Kedua)Panggung Sari, Istana Budaya
2011Badai SemalamPanggung Sari, Istana Budaya
2013I Am... (Akulah)Theater Hall, Esplanade Singapura
Bahayanya WanitaPanggung Sari, Istana Budaya
2014Bahayanya WanitaSTAR, Singapura

Diskografi

Album Solo

Album Studio
TahunTajukSingle
1999Romeo & Juliet

Kuasatek Music / Sony Music

  • Redup Kerinduan
  • Harapan Satu Cinta
  • Kepadamu Kekasih
  • Terima Kasih
  • Redup Kerinduan (feat Azman Abu Hassan)
2002Gema Kasih

EMI Music

  • Salam Taj Mahal
  • Semakin Pasti
  • Cinta Kita
  • Kasih

Single

TahunTajukAlbumKedudukan Terbaik Carta
1999Redup KerinduanRomeo & Juliet# 2 (Era.fm)
Kepadamu Kekasih# 13 (Muzik.fm)
2000Harapan Satu Cinta# 20 (Muzik.fm)
Salam Taj MahalSingle# 1 (Era.fm & Muzik.fm)
2002Semakin PastiGema Kasih# 8 (Era.fm)
Cinta Kita# 17 (Muzik.fm)
Kasih# 19 (Muzik.fm)
2006Diva BermimpiSingle
N/A
2013Hanya KamuSingle
N/A

Endorsmen

  • Sirna Sari (1998-2002)
  • Nature Sunshine (2001)
  • Nivea Visages (2006)
  • Dermalogica (2006 - 2007)
  • Julie's Biscuit (2006 - 2007)
  • Marie France Bodyline (2010- kini)
  • Swiss Phytoscience Stemcell (2013 - kini)

Bidang penulisan

Kolum Salam Umie di dalam akhbar Metro Ahad setiap hari Ahad bermula 4 Februari 2001 hingga 30 Jun 2002. Umie merupakan artis keempat yang diberi peluang menjadi kolumnis di dalam Metro Ahad selepas Ziana Zain dengan Pentas Ziana pada 1996, diikuti Awie (Rentak Awie) & Siti Nurhaliza (Lenggok Siti). Bermula 7 Julai 2002, rakan baik Umie, Erra Fazira pula mengambil alih tugas menerusi kolum Bersama Erra.

Anugerah dan pencapaian

Festival Filem Malaysia
TahunKarya TercalonKategoriKeputusan
2001 (FFM 15)Leftenan AdnanPelakon Wanita TerbaikDicalonkan
Senario LagiPelakon Pembantu Wanita TerbaikDicalonkan
2003 (FFM 16)EmbunPelakon Wanita TerbaikMenang
2005 (FFM 18)Qaisy & LailaPelakon Pembantu Wanita TerbaikDicalonkan
2014 (FFM 26)Sembunyi : Amukan AzazilPelakon Pembantu Wanita TerbaikMenang
2019 (FFM 30)DukunPelakon Wanita TerbaikMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
TahunKategoriKeputusan
1995Pelakon Filem Pembantu Wanita PopularDicalonkan
1996/97Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
1999Pelakon TV Wanita PopularMenang
2000Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
Pelakon Filem Wanita PopularDicalonkan
2001Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
2002Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
Pelakon Filem Wanita PopularDicalonkan
2003Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
2004Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
2006Pelakon Filem Wanita PopularDicalonkan
Anugerah Skrin TV3
TahunKarya TercalonKategoriKeputusan
1996/97Selamat Hari Jadi Su IIIPelakon Wanita Terbaik (Drama)Dicalonkan
1999Surah TerakhirPelakon Wanita Terbaik (Drama)Menang
2001AyuniPelakon Wanita Terbaik (Drama)Menang
Leftenan AdnanPelakon Wanita Terbaik (Filem)Dicalonkan
Senario LagiPelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)Dicalonkan
2003EmbunPelakon Wanita Terbaik (Filem)Menang
2011Airmata Nur SalinaPelakon Wanita Terbaik (Drama)Menang
2012Sepatu MerahPelakon Wanita Terbaik (Drama)Dicalonkan
2013Aku Bukan MalaikatPelakon Wanita Terbaik (Drama)Menang
Sembunyi (Amukan Azazil)Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)Dicalonkan
2018DukunPelakon Wanita Terbaik FilemMenang
Festival Filem Asia Pasifik
TahunLokasiKarya TercalonKategoriKeputusan
2002 (FFAP 47)Seoul, Korea SelatanEmbunPelakon Wanita TerbaikDicalonkan
2005 (FFAP 50)Kuala Lumpur, MalaysiaQaisy & LailaPelakon Pembantu Wanita TerbaikDicalonkan


Anugerah Sri Angkasa, RTM
TahunKarya TercalonKategoriKeputusan
1994RupawanPelakon Wanita Terbaik (Drama)Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
TahunKarya TercalonKategoriKeputusan
2013Sembunyi (Amukan Azazil)Pelakon Pembantu Wanita TerbaikDicalonkan
2018DukunPelakon Wanita TerbaikMenang
Pengiktirafan daripada majalah / media
  1. Dinamakan sebagai salah seorang daripada "20 Wanita Paling Glam 2004" oleh majalah Glam.
  2. Diberi penghargaan khas sebagai salah seorang daripada 4 orang Primadona Filem Melayu era 2000-an oleh majalah Glam pada 2007 dan 2013.

Rujukan

Pautan luar

  • Umie Aida di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)


Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Erra Fazira
menerusi Soal Hati
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik
2003
menerusi Embun
Diikuti oleh:
Nasha Aziz
menerusi Trauma
Didahului oleh
Haliza Misbun
Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Pelakon TV Wanita Popular
1999
Diikuti oleh:
Abby Abadi
Didahului oleh
Azean Irdawaty
menerusi Najiha
Anugerah Skrin TV3 - Aktres Terbaik
1999
menerusi Surah Terakhir
Diikuti oleh:
Umie Aida
menerusi Ayuni
Didahului oleh
Umie Aida
menerusi Surah Terakhir
Anugerah Skrin TV3 - Aktres Terbaik
2001
menerusi Ayuni
Diikuti oleh:
Zizie Ezette
menerusi Aduhai Esah!
The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 25 Jun 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Umie Aida is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Umie Aida
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes