peoplepill id: suhaimi-mohd-zain
SMZ
Malaysia
1 views today
4 views this week
Suhaimi Mohd Zain
Malaysian composer and record producer

Suhaimi Mohd Zain

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian composer and record producer
Work field
Gender
Male
Religion(s):
Star sign
LibraLibra
Birth
26 September 1958, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
Death
25 September 2018, Tanjung Pinang, Indonesia (aged 60 years)
Age
60 years
The details (from wikipedia)

Biography

Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah (26 September 1958 – 25 September 2018) merupakan seorang penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal dengan memperjuangkan muzik Irama Malaysia, selain itu karya beliau banyak dipersembahkan oleh penyanyi terkenal termasuk Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.

Beliau telah meninggal dunia di Kota Batam, Indonesia pada 25 September 2018 akibat serangan jantung, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-60.

Kehidupan awal

Pak Ngah dilahirkan pada 26 September 1958 di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua dan anak lelaki tunggal dalam keluarga dari lima adik-beradik. Setelah tamat peperiksaan MCE ketika itu, Pak Ngah telah ditawarkan sebagai pemuzik sepenuh masa di Kompleks Budaya Negara (KBN) sekitar tahun 1977 iaitu ketika berumur 19 tahun. Semasa di KBN, beliau mengambil peluang untuk mempelajari seni muzik dengan lebih mendalam. Ketika inilah beliau berpeluang menyertai pelbagai kelas muzik tradisional.

Kerjaya muzik

Pak Ngah memulakan kerjaya awal sebagai pereka bunyi pada 1987. Beliau menubuhkan syarikat rakaman sendiri Pak Ngah Production Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 1995. Pak Ngah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia apabila tiga lagunya—"Hati Kama", "Samrah Mentari" dan "Dondang Dendang" dipertandingkan menerusi Anugerah Juara Lagu 1999 yang melayakkan beliau memenangi kategori itu.

Beliau juga menerbitkan album Ala Dondang nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997. Pak Ngah kemudian menerbitkan album ketiga Siti Nurhaliza, Cindai yang dikeluarkan pada 17 November 1997. Album itu mendapat mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit.

Allahyarham juga pencipta lagu patriotik "Jalur Gemilang". Pak Ngah juga merupakan penerbit album Seri Balas oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza. Beliau kembali bekerjasama dengan Siti menerusi lagu "Hari Kemenangan" yang dikeluarkan pada Jun 2016, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun 2017, Pak merupakan juri yang mewakili Malaysia dalam D'Academy Asia musim ketiga.

Kematian dan legasi

Pada 21 September 2018, beliau bersama keluarganya telah pergi ke Batam, Indonesia untuk bercuti. Pada 25 September, beliau telah menghadapi serangan jantung lalu meninggal dunia pada pukul 3:02 petang di Tanjung Pinang, Batam, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-60 pada 26 September 2018. Jenazah beliau selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Pasir Gudang, pada 10.18 pagi 26 September sebelum tiba di Masjid Jamek Kampung Baru kira kira jam 3.10 petang untuk disembahyangi. Kemudian, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Asar. Turut hadir ketika pengebumian jenazah Pak Ngah ialah Dato' Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Syura, Nassier Wahab, Datuk Jalaluddin Hassan dan beberapa rakan artis.

Pak Ngah merupakan individu yang amat dikenali dalam industri hiburan Malaysia terutamanya bagi penggiat Irama Malaysia. Pada 29 September 2018, Harian Metro menyenaraikan 10 karya unggul ciptaan beliau yang dinyanyikan oleh 10 penyanyi terkenal bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang muzik.

Diskografi

Album terbitan

  • Ala Dondang - Noraniza Idris (1997)
  • Masyhur - Noraniza Idris (1998)
  • Cindai - Siti Nurhaliza (1998)
  • Seri Balas - Siti Nurhaliza & Noraniza Idris (1999)
  • Bekaba - Noraniza Idris (1999)
  • Iktiraf - Noraniza Idris (2000)
  • Sahmura - Siti Nurhaliza (2000)
  • Sanggar Mustika - Siti Nurhaliza (2002)
  • Anugerah Aidilfitri - Siti Nurhaliza (2003)
  • Balaghah - Syura (2004)
  • Syahda Berdendang - Syura (2007)
  • Permata Irama - Dato’ Siti Nurhaliza (2007)
  • Zapin Suri - Haziq Rosebi (2008)
  • Lentera Timur - Dato' Siti Nurhaliza (2008)
  • Pewaris Lagu-Lagu Tradisional - Dato’ Siti Nurhaliza (2012)

Lagu ciptaan

  • "Cindai" - Siti Nurhaliza (1997)

Filemografi

Dokumentari

  • Siti Nurhaliza (2012)

Televisyen

  • D'Academy Asia musim pertama (2015) sebagai juri
  • D'Academy Asia musim kedua (2016)
  • D'Academy Asia musim ketiga (2017)

Anugerah

TahunAnugerahPenerimaKarya tercalonAnugerahKeputusan
1998Anugerah Juara Lagu ke-13Pak Ngah"Cindai"Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif TerbaikMenang
Pemenang KeseluruhanMenang

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 03 Jan 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Suhaimi Mohd Zain is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Suhaimi Mohd Zain
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes