peoplepill id: siti-elizad
SE
Malaysia
1 views today
1 views this week
Siti Elizad
Malaysian actress

Siti Elizad

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actress
Gender
Female
Religion(s):
Birth
25 May 1984, Kuala Lumpur
Age
39 years
The details (from wikipedia)

Biography

Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin (dilahirkan pada 25 Mei 1984) atau lebih dikenali sebagai Siti Elizad (beliau juga dikreditkan sebagai Elizad Sharifuddin) merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, model dan bekas pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994.

Kemunculannya pada era 1990an sezaman dengan Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay serta pelakon lain yang mula aktif sejak 1990an.

Kehidupan dan kerjaya

Siti Elizad, lebih mesra dengan panggilan Ejad dilahirkan pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Sharifuddin Baharuddin dan Nazariah Mohd Salleh (1951-2013), beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan juga berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1994 ketika berusia 10 tahun sebagai pelakon kanak-kanak di TV Pendidikan, stesen televisyen pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, beliau meninggalkan bidang lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Pada 1998, ketika berusia 14 tahun, beliau pernah menyertai pertandingan Asia Bagus di Singapura. Tidak terhenti di situ, beliau juga turut mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat rancangan One In A Million musim ketiga yang bersiaran pada 2008.

Siti Elizad kembali ke bidang lakonan pada 2004 apabila beliau membintangi filem sulungnya, Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Hasnul Rahmat, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Zulhijjah. Seterusnya, pada 2005, beliau membintangi dua filem — Gangster arahan Bade Hj. Azmi dan Rock arahan Mamat Khalid.

Beliau kemudian berehat dari bidang hiburan selama tujuh tahun kerana menjaga ibu Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh yang kurang sihat, sehinggalah ibunya meninggal dunia, sebelum kembali aktif.

Beliau bersama Ungku Ismail Aziz muncul dalam supertelefilem Travelling Beruang yang turut mencetuskan kempen kesedaran kanser dengan nama sama, yang mana setiap dana yang dikumpul disalurkan ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Peranan beliau yang paling berjaya dalam bidang lakonan pada 2015 ialah menerusi watak utama lakonannya sebagai Kyra Lydia dalam drama Slot Akasia TV3, Teman Lelaki Upahan yang kembali menggandingkan beliau bersama Ungku Ismail Aziz yang berjaya menjulang namanya sekaligus membuka mata ramai masyarakat, terutama pengulas, pengkritik, peminat dan media yang memuji persembahannya yang begitu meyakinkan. Selepas Teman Lelaki Upahan, beliau muncul dalam dua lagi siri drama lakonannya, Dia Isteri Luar Biasa dan Aku Pilih Kamu serta filem Coverina bersama Pekin Ibrahim. Elizad sekali lagi bergandingan bersama Ungku Ismail dalam telefilem Jubah Untuk Airin yang mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai, jam 9.30 malam di TV1. Dalam telefilem arahan Mohd Al-Bakari Harith terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini berkisarkan tentang konflik dan kekeliruan yang melanda Airin dalam mengharungi kehidupan yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Ammar Titan dan Mubarak Majid.

Beliau juga berbakat dalam bidang muzik apabila menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria. Hasilnya, beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Biarpun dikenali sebagai pelakon, Elizad tidak pernah melupakan hasratnya untuk menjadi penyanyi. Ibunya sendiri, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh, ketika hayatnya masih ada pernah menyatakan impian beliau untuk melihat wanita berusia 32 tahun itu mencipta nama dalam bidang seni suara.

Pada 2016, beliau muncul dalam drama Lambaian Ramadan bersempena bulan Ramadan, seterusnya berlakon bersama Amar Baharin dalam siri drama Si Kolot Suamiku di Astro Ria. Dalam drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Fazlyn Ridz, Elizad memegang watak sebagai Tengku Nur Edrina, seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Bagaimanapun, lakonan mesra antara Elizad dan Amar didalam drama itu telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang. Walau bagaimanapun, Elizad nampaknya tidak mudah melatah dan menerima segala teguran dan kritikan dengan baik. Beliau tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak gemar melihat aksi mesranya bersama Amar.

Gempak Superstar

Persembahan

Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, Siti Elizad menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Tiada Lagi" nyanyian asal Mayang Sari
  2. Minggu 2: "Ku Bahagia" nyanyian asal Melly Goeslaw
  3. Minggu 3: "Pengemis Cinta" nyanyian asal Ella
  4. Minggu 4: "Iris" nyanyian asal Kumpulan Wings dan "Cintaku 100%" nyanyian asal Mas Idayu
  5. Minggu 5: "Gerimis Mengundang" nyanyian asal Slam (duet bersama Ronnie Hussein)
  6. Minggu 6: "Makhluk Tuhan Paling Sexy" nyanyian asal Mulan Jameela dan "Ketulusan Hati" nyanyian asal Anuar Zain

Carta penyingkiran

Minggu:1 (10/Apr)2 (17/Apr)3 (24/Apr)4 (1/Mei)Separuh Akhir (8/Mei)Akhir(15/Mei)
KedudukanPesertaKeputusan
1Siti ElizadKekalPertamake-2ke-2ke-3 (3 Tercorot)Juara

Kehidupan peribadi

Siti Elizad dilaporkan pernah berdepan dengan ketagihan pil ekstasi kerana pengaruh kawan. Menurut Utusan Malaysia, perbuatan beliau hanyalah sekadar lakonan bagi menghidupkan watak Ria dalam filem Gangster.

Ibu bapa Elizad mengalami masalah kesihatan. Bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin menghidap penyakit mata, manakala ibunya, Nazariah Mohd Salleh pula menghidap penyakit Parkinson dan meninggal dunia pada Januari 2013.

Selepas tiga bulan mengunci mulut, beliau tampil membuat pengakuan dirinya sudah pun bernikah dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 43, pada 11 Januari lalu. Majlis pernikahan Siti Elizad dan Shamsul yang bertugas di sebuah syarikat permotoran itu berlangsung secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak saja. Dengan sekali lafaz, Elizad sah bergelar isteri kepada Shamsul pada majlis pernikahan yang disempurnakan bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 4 petang.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan. Selain majlis pernikahan, majlis pertunangan mereka juga berlangsung secara tertutup pada 6 September tahun lalu. Siti Elizad semasa ditemuramah oleh Harian Metro berkata, dia terpaksa merahsiakan majlis pertunangan dan pernikahannya itu atas permintaan keluarga. Hiba mengenangkan arwah ibunya yang meninggal dunia dua tahun lalu, Nazariah Mohd. Salleh yang tidak sempat melihat dia berkahwin, Sit Elizad yang mesra disapa Ejad berkata, andai arwah ibu masih ada pasti dia menjadi insan paling gembira pada majlis pernikahannya.

Beliau tidak begitu fasih bahasa Inggeris.

Filemografi

Filem

TahunFilemWatakPengarahCatatan
2004Berlari Ke LangitZulhijjahBade Hj. AzmiFilem pertama
2005GangsterRiaBade Hj. Azmi
RockMamat Khalid
2006BilutBade Hj. Azmi
Main-Main CintaAbdul Razak Mohaideen
2007Cinta Yang SatuZulkifli M. Osman
2009Lembing Awang Pulang Ke DayangDayangMajed Sallehdi samping Farid Kamil & Uji Rashid
2014TembusAnissaAhmad Idham
2015CoverinaRinaKhalid Nadzri
2016HarmonikaIkaRaja Mukhriz
2017Kolestrol vs CintaEyra RahmanPenampilan khas

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2010Adnan Sempit the SeriesAstro Warna
2011Cinta Antara KitaTV3
Jamilah I Love YouAstro Ria
2013Iman NabilaTV3
Tanah Kubur Musim 8AyyahAstro OasisEpisod: "Zalim Dusta"
Aku IsterinyaLisaTV3
Kerana Lelaki ItuDianaTV3
2014JiwaTV3
Kerana Terpaksa Aku RelakanIlyanaTV3
Masihkah Ada CintaLeenTV3
2015Teman Lelaki UpahanKyra LydiaTV3
Dia Isteri Luar BiasaKak Long ZahraTV3
Aku Pilih KamuNadiyaTV3
2016BodyguardTV3
Lambaian RamadanShilaTV3
Si Kolot SuamikuTengku EdrinaAstro Ria
2017Papa RickyZaraAstro Ria
My Darling, Inspektor DanielInspektor HannahAstro Ria
Syurga Yang KeduaSabrinaAstro Prima
2018Gerak Khas (Musim 18)SofiaTV2
DianDianntv7
2019Cinta Tanpa HentiMayaTV3
Aku Yang Kau TinggalkanNia AthirahTV1
Puteri Yang DitukarAiniAstro Prima

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2012Bersalji Di Kuala Lumpur
2013Korban KasihAmaninaTV AlHijrah
2014Mambo No. 5
2015Mimi Tapau
Isteriku Bukan Tukang Masak
Travelling Beruang
2016Ayah Den Lopeh
Jubah Untuk AirinAirin
Duit Raya
2017Puisi Sedih Al-KitabNadirahTV3
RasukCicakwomanAstro Citra & Astro Mustika HD
Menantu Malam RayaAstro Ria & Astro Ria HD
2018Kampung Kuala LambatAstro Citra & Astro Mustika HD
Setan Dalam PoketYatiAstro Citra

Televisyen

TahunTajukSaluran TVCatatan
2016Gempak SuperstarAstro Ria & Astro Ria HDJuara
Sepahtu Reunion LiveAstro WarnaEpisod 9 sebagai Artis Jemputan

Muzik video

TahunTajuk laguArtis undanganRuj.
2019"Ratu"Faizal Tahir

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKarya tercalonKeputusan
2015Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Dicalonkan
Anugerah Skrin 2018Pelakon Wanita Terbaik DramaTulus CintaDicalonkan

Rujukan

  1. ^ Dunia baharu Siti Elizad Kosmo!. 7 Mei 2016.
  2. ^ Impak pesona Siti Elizad Kosmo!. 5 Oktober 2016.
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid, "Elizad semakin selesa di lokasi", Berita Harian, 28 Disember 2003.
  4. ^ Siti Elizad cuba tunai hasrat ibu Zaidi Mohamad. BH Online. 31 Mac 2016.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 Julai 2004). Berlari Ke Langit naikkan Elizad Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  6. ^ Siti Elizad rindu rendang arwah ibu.
  7. ^ Telefilem Travelling Beruang jadi kempen kanser Berita Harian. 14 Jun 2015.
  8. ^ Telemovie JUBAH UNTUK AIRIN Satukan Siti Elizad & Ungku Ismail Budiey. Sensasi Selebriti. 4 Julai 2016.
  9. ^ Elizad Juara Gempak Superstar Astro Gempak. 16 Mei 2016.
  10. ^ Tidak harap trofi Amirah Amali Syafaat. Utusan Malaysia. 2 Oktober 2016.
  11. ^ Siti Elizad mohon maaf lakonan mesra bersama Amar Baharin Feride Hikmet Atak. BH Online. 7 September 2016.
  12. ^ Khadijah Ibrahim (7 Disember 2004). Siti Elizad - Ketagih ekstasi kerana kawan Utusan Malaysia.Diperoleh pada 26 Februari 2015.
  13. ^ Siti Elizad guna wang kemenangan ubati penyakit mata bapa mStar. 16 Mei 2016.
  14. ^ Elizad dah bergelar isteri Harian Metro. 7 April 2015.
  15. ^ Shamsul penyelamat Elizad Kosmo!. 14 April 2015.
  16. ^ Nor Fadzilah Baharudin (9 Februari 2007). Siti Elizad harap tuah Cinta Yang Satu Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Februari 2015.
  17. ^ Siti Elizad Juara Gempak Superstar, Bawa Pulang RM100,000 mStar. 16 Mei 2016.
  18. ^ RM 100, 000 milik Siti Elizad Sudirman Mohd Tahir. Harian Metro. 16 Mei 2016.

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 23 Aug 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Siti Elizad is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Siti Elizad
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes