peoplepill id: ruhil-amani-binti-hussain
RABH
Malaysia
1 views today
1 views this week
Ruhil Amani binti Hussain
Malaysian singer and actress

Ruhil Amani binti Hussain

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian singer and actress
Gender
Female
Age
49 years
The details (from wikipedia)

Biography

Ruhil Amani binti Hussain ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau dilahirkan pada 13 April 1975 di Kuala Lumpur. Berkeluarga seni, beliau adalah anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Mempunyai darah kacukan Melayu, Cina dan India.

Beliau popular dengan lagu yang bertajuk "Kawan".

Perjalanan kerjaya

1978 Bakat beliau mula disedari semasa beliau berumur 3 tahun, apabila beliau cuba mengejar belon sehingga beliau naik ke atas pentas dan akhirnya di wawancara oleh A.R Badul dan Fauziah Nawi yang pada masa itu sedang membuat rakaman hiburan radio ‘Ragam Penghibur’. Untuk rakamantersebut Ruhil telah menyampaikan sebuah lagu cinta yang berjudul “Mimpi Semalam”.

1979-1982 Untuk tahun-tahun yang berikutnya, Ruhil banyak menyertai dan memenangi pertandingan nyanyian dan juga membuat persembahan untuk majlis-majlis makan malam dan perkahwinan yang dianjurkan oleh pasukan polis hutan.

1983 Terlibat dalam rancangan hiburan ‘Christmas Blues’ yangditerbitkan oleh TV3.Rancangan ini diarah oleh Shuhaimi Baba (Selubung,Layar Lara....) yang merupakan seorang pengarah filem yang cukup dikenali di Malaysia.

1984 Terlibat dalam rancangan hiburan terbitan RTM ‘Bayangan Aidiladha’ yang diarah oleh Baharudin Kadir. Dalam rancangan ini Ruhil berpeluang bekerjasama dengan artis-artis ternama seperti Azean Indarwaty, Noor Kumalasasari, Latif Ibrahim, Shah Reza, Umi Khaltum dan ramai lagi.

1985 Terlibat dalam rancangan terbitan RTM sempena memperingati Allahyaraham P.Ramlee. Bekerjasama dengan artis-artis ternama seperti Noraniza Idris, Abdullah Chik dan ramai lagi. Dalam tahun yang sama juga Ruhil diberi peluang menjadi penyanyi jemputan untuk album Dr. Sam Rasputin yang berjudul ‘Semarak Merdeka’. Untuk album ini Ruhil berpeluang berduet bersama Dr. Sam dan juga menyampaikan sebuah lagu secara solo.

1986- 1987 Semasa Ruhil membesar, beliau lebih banyak menghabiskan masanya dikelilingi oleh kawan-kawan bapanya seperti M.Nasir, Ramli Sarip, Nasir Jani, Ito & Blues Gang, Dr Sam Rasputin, Kopratasa, S.Amin Sahab, Search, Lefthanded, Wan Zul, Loloqdan ramai lagi yang selalu berkunjung ke rumah keluarganya pada ketika itu. Apabila beliau berumur 10 tahun beliau terlibat dalam projek album kanak-kanak yang mana album itu akan diterbitkan oleh M.Nasir. Dan Ruhil akan mendendangkan kesepuluh lagu ciptaan M.Nasir. Tetapi projek album kanak-kanak ini tidak dapat dipasarkan kerana faktor umur Ruhil yang masih muda dan tiada syarikat rakaman yang berani untuk mengedarkanalbum tersebut.

1988 Oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan kontrak syarikat rakaman kerana umur beliau yang masih muda, akhirnya bapa Ruhil, Hussin Ali dan M.Nasir menubuhkan syarikat rakaman sendiri yang diberi nama ‘Matahati Production’. Maka muncullah album ‘Di Kamar Sepi’ yang diterbitkan oleh M.Nasir. Ruhil cukup bertuah kerana mendapat bantuan dan sokongan daripada kawan-kawan bapanyayang semuanya terlibatdengan industri muzik Malaysia seperti M.Nasir, Ramli Sarip, Nasir Jani, Kopratasa, Manan Ngah, S. Amin Shahab, Wan Zul dan ramai lagi. Album ‘Di Kamar Sepi’ dari segi konsep muziknya membawakan konsep pop yang dewasa dari usia Ruhil yang pada masa itu hanyalah 13 tahun. Dan melalui album inilah Ruhil mula dikenali di persada seni dengan lagu ‘Kawan’ ciptaan Ramli Sarip yang menurut beliau bukan sahaja membuat dia dikenali tetapi juga erti kawan itu sendiri merupakan lambang perjalanan karier beliau selama ini.

1989 Muncul dengan album kedua berkonsep rock yang berjudul ‘Anak Dunia’. Dalam usia 14 tahun, beliau adalah peserta termuda pertandingan akhir ‘Pesta Kingsway’. Banyak membuat persembahan di seluruh Malaysia dan juga negara jiran seperti Singapura dan Brunei. Antaranya ialah konsert ‘Anak Dunia’ yang mengelilingi 13 bandar di Sabah dan ‘National Kidney Foundation's Concert’ di Singapura.

1990 Bergabung dengan pemuzik yang mengiringi beliau semenjak dari album ‘Di Kamar Sepi’, Ruhil muncul dengan album ‘Ruhil & Metal Child’ yang mana masih lagi mengekalkan konsep rock. Untuk album ini, Ruhil bernaung dibawah syarikat rakaman yang dimiliki oleh beliau dan keluarganya yang diberi nama Gong Production. Aktiviti nyanyiannya berjalan lancar dengan membuat persembahan di seluruh Malaysia dan juga negara jiran. Antaranya ialah ‘Konsert Malam Tahun Baru’ di Pulau Sentosa, Singapura. Pada tahun yang sama juga beliau menyertai pertandingan ‘ABU Golden Kite’ dan merupakan peserta termuda yang terpilih ke peringkat akhir.

1991 Sebagai tanda penghargaan beliau terhadap Ramli Sarip dan M.Nasir, Ruhil muncul dengan album ‘Duo-Duo’ yang membawakan konsep orkestra rock. Lagu-lagu yang dimuatkant di dalam album ini merupakan lagu ciptaan M.Nasir dan Ramli Sarip yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lain tetapi dibawa dengan versinya yang tersendiri. Ruhil juga berkecimpung dalam dunia filem dan memegang watak utama sebagai seorang wartawan di samping Hani Mohsin dalam filem ‘Hanny’. Beliau juga turut memasarkan album ‘Cinta Pertama’ di Indonesia di mana kesemua lagu yang dirakamkan, dicipta oleh pencipta Indonesia dan hanya untuk pasaran Indonesia sahaja. Meneruskan persembahan nyanyiannya di seluruh Malaysia antara konsert terbesarnya pada tahun itu ialah ‘Salem Celebration Concert’di Stadium Negara bersama kumpulan Wings dan Search. Beliau juga mengadakan konsert ‘Duo Duo’ di Life Center. Selain daripada itu, beliau juga menyertai pertandingan ‘Asia Pop Song Festival’ di Shanghai, China dan memenangi anugerah perak. Pada tahun yang sama beliau juga menerima anugerah ‘The Beijing Sino-Foreign Children's TV Film Show’ kerana penglibatan beliau sebagai watak utama dalam rancangan tersebut.

1992 Ruhil muncul dengan album kompilasi yang berjudul ‘The Best Of Ruhil’. Meneruskan aktiviti nyanyian dan antara persembahannya ialah ‘Asean Sixth Song Festival’, Bangkok, Thailand, show malam tahun baru di Tiara Hotel, Medan Indonesia dan ‘Konsert Hari Merdeka’ di Stadium Merdeka.

1993 Berlakon filem kedua beliau ‘Imigran’ sebagai pelakon undangan. Memegang watak adik kepada Imuda yang anti-imigran. Menjadi pengacara jemputan untuk siaran langsung separuh akhir ‘Muzik-Muzik’. Terlibat dalam rancangan ‘Wajah-Wajah’ yang mana penggambarannya dibuat di Jakarta, Indonesia. Masih lagi meneruskan aktiviti nyanyiannya. Antaranya ialah ‘Konsert Serumpun’ di Jogjakarta, Indonesia, ‘Konsert Festival Malaysia’ di Dataran Merdeka dan ‘Konsert Hari Keputeraan Sultan Kedah’.

1994 -1996 Membuat persembahan untuk ‘Konsert Malam Karyawan’ di Stadium Shah Alam. Ruhil juga masih lagi meneruskan aktiviti seninya dalam bidang lakonan. Filem lakonan beliau yang seterusnya ialah filem Amelia, di mana beliau memegang watak sebagai pesakit AIDS danbergandingan denganAzean Irdawaty, Jasmin Hamid, Aziz Singah, Joe (Wings) dan ramai lagi. 'Pulang' merupakan teater pertama Ruhil. Dalam teaterini beliau memegang watak utama dan bekerjasama dengan pelakon-pelakon yangcukup dikenali dalam dunia teater seperti Hani Mohsin dan ramai lagi. Pada pertengahan tahun 1994, Ruhil mengalami masalah kesihatan. Masalah kesihatan yang beliau hadapi tidak mengizinkan untuk Ruhil bergiat cergas dalam bidang nyanyian. Ruhil mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dan memegang diploma dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. Walaupun tidak pulih sepenuhnya, pada tahun 1996 Ruhil berkesempatan untuk membuat persembahan untuk konsert ‘Hari Merdeka’ di Kota Kinabalu, Sabah dan juga ‘Konsert Malam Tahun Baru’ di Dataran Merdeka. Walaupun keadaan kesihatannya tidak menentu Ruhil berkataapa yang berlaku ada hikmahnya kerana dalam masa hampir 3 tahunberehat, beliau berkesempatan untuk mengimbangi hidupnya bukansahaja sebagai seorang penyanyi.

1997 Muncul dengan album‘Percaya’. Selain sibuk dengan promosi album, beliau kembali aktifmengadakan persembahan di seluruh Malaysia antaranya ‘Konsert Hari AIDS’ di Stadium Negara.

1998 Menjadi MTV VJ untuk program ‘MTV Syok’. Berkesempatan menemubual artis-artis antarabangsa seperti ‘911’ dan ‘98 Degrees’.Beliau jugadipilih sebagai pengacara untuk memperkenalkan penyanyi ‘Ricky Martin’ semasa konsert jelajah beliau di Malaysia. Aktiviti nyanyian kembali berjalan lancar antaranya ialah ‘Konsert Hari Keputeraan Sultan Terengganu’.

1999 Masih lagi aktif mengadakan persembahan di sana-sini antaranya ialah ‘International Cooperation Festival’ di Tokyo, Jepun, ‘Konsert Pembukaan Tahun Melawat Negeri Sembilan’ dan ‘Konsert Pembukaan Tahun Melawat Perak’.

2000-2003 Melancarkan album kompilasi yang berjudul ‘Abadi’. Antara persembahan beliau di seluruh Malaysia ialah ‘Konsert Citrawarna’ di Dataran Merdeka dan ‘Konsert F1’ di Dataran Merdeka. Terlibat dalam teater ‘Opera Ayu Chendana’ yang diarah oleh Fauziah Nawi.Beliau juga turut membintangi drama 'Mentari Production' sebanyak 40 episod yang ditayangkan di RTM.

2003-2012 Melangsungkan perkahwinan dengan Jamil Wilson Abdullah atau Jamie Wilson (pemain gitar, pencipta lagu, penerbit album dan pengubah susunan muzik). Semasa 3 bulan mengandungkan anak sulungnya, beliau masih lagi meneruskan karier sebagai penyanyi. Antara persembahan beliau ialah di Esplanade, Singapura. 5 bulan selepas melahirkan anaknya, Ruhil terlibat dalam persembahan ‘Konsert Nur’ di Istana Budaya. Setelah bekerja keras secara profesional semenjak berusia 13 tahun sebagai seorang penghibur, beliau membuat keputusan untuk memberi keutamaan terhadap suami dan anaknya. Selain membesarkan anak perempuan Ruhil Ariana Wilson dan anak lelaki Raayan Alexander Wilson, beliau banyak mengikuti suaminya yang menjelajah ke luar negara. Walau pun tidak aktif seperti dahulu, bila berkesempatan, beliau masih lagi menyanyi kerana cintanya terhadap nyanyian dan muzik tidak dapat dipisahkan. Sepanjang menyepikan diri dari dunia hiburan, Ruhil berkesempatan merakam 12 buah lagu baru dan harapan beliau untuk melancarkan lagu terbar

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 07 Aug 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Ruhil Amani binti Hussain is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Ruhil Amani binti Hussain
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes