Quantcast
RRA
40 views this week
Rosli Rahman Adam

Rosli Rahman Adam

The basics
About
Gender male
The details
Biography

Rosli Rahman Adam' atau nama sebenarnya Rosli Abdul Rahman, dilahirkan di Parit Perawas, Sungai Rambai, Melaka. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1960. Seorang dramatis dan juga aktivis teater di Malaysia. Mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak dari tahun 1985.

Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Pesta Drama Kuala Lumpur 1990. Kemudian terus mengorak langkah dengan lebih aktif dengan menceburi dunia televisyen dan seni layar. Antara filem-filem lakonan beliau ialah Jimi Asmara, Suami, Isteri dan ...? , Debu-Debu Kasih & Sate.

Filem Debu-Debu Kasih telah mengangkat Rosli Rahman Adam sebagai finalis kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia.


PENGARAHAN
Rosli juga bukan sahaja dikenali sebagai pak lawak dan dramatis. Tetapi beliau juga seorang pengarah yang berkaliber. Drama arahan pertama beliau berjudul 'Hantaran'. Antara drama yang menaikkan nama beliau ialah Tok Moh, Momok 2, Momok 3, Lubuk Puaka dan banyak lagi.

TEATER

Sehingga kini, walaupun sudah berjaya menempa nama dalam bidang seni layar, Rosli masih lagi meneruskan perjuangan teaternya dengan menubuhkan sebuah kumpulan teater yang diberi nama Dramatis Kuala Lumpur.

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
comments so far.
Comments
arrow-left arrow-right arrow-up arrow-down instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube stumbleupon comments comments pandora gplay iheart tunein pandora gplay iheart tunein itunes