Quantcast
RI
190 views this week
Raja Ilya

Raja Ilya

The basics
Quick Facts
Gender female
Birth July 11, 1985
The details
Biography

Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 (2015) dan Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas.

Kehidupan dan kerjaya

Raja Ilya memiliki darah keturunan Melayu, Arab dan Malayalam merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau memiliki Diploma dalam Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka negara.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi pembikinan semula filem Papadom yang bertajuk Appalam arahan Afdlin Shauki yang merupakan versi bahasa Tamil, Ilya memegang watak sebagai Shruti. Beliau kemudiannya memegang watak sampingan dalam filem bertemakan 1Malaysia, Estet arahan Mamat Khalid.

Pada 2015, beliau membintangi bersama Aaron Aziz dan Lisa Surihani menerusi filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abdul Kadir dimana beliau memegang watak Azura Hanim.

Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas.

Beliau menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria dan hanya bertahan sehingga minggu keempat.

Pada 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi sebuah filem Hollywood terbitan Marvel.

Beliau juga menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan kafenya yang diberi nama Richiamo Coffee dengan cawangan pertamanya dibuka di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia.

Gempak Superstar

Persembahan

Raja Ilya merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, Ilya menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Terukir Di Bintang" nyanyian asal Yuna
  2. Minggu 2: "Selamat Malam" nyanyian asal Faizal Tahir
  3. Minggu 3: "Pulangkan" nyanyian asal Misha Omar
  4. Minggu 4: Tiada

Carta penyingkiran

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
7 Ilya Kekal ke-7 ke-9 (3 tercorot) Tersingkir

Filemografi

Drama

  • Kala Hati
  • Cinta Ibadah
  • Seludup
  • Bila Hati Berbicara
  • Dahlia
  • Malam Tujuh Likur
  • Kekasihku Seru
  • Penghujung Rindu
  • Pantai Keramat
  • Biru Cinta Laguna
  • Majal
  • Mana Hilang Juwita
  • Kiah Spy
  • Anjali
  • I Know What You Did Last Deepavali
  • Kalimah Jiwa
  • Tuan Anas Mikael
  • Gerak Khas
  • Cinta Masam Manis
  • Dia Bidadariku

Filem

  • Appalam
  • Estet (tidak dikreditkan)
  • Janin
  • Suamiku, Encik Perfect 10
  • Soulmate Hingga Jannah

Telefilem

  • Jelmaan

Anugerah dan pencalonan

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) - Anugerah Skrin 2015
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (TV) - Anugerah Sri Angkasa 2016
  • (Pencalonan) Pelakon TV Wanita Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014
  • (Pencalonan) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) - Anugerah Skrin 2015
  • (Pencalonan) Pelakon Baru Wanita Terbaik - Festival Filem Malaysia ke-28

Rujukan

Pautan luar

  • Raja Ilya di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
comments so far.
Comments
Kehidupan dan kerjaya Gempak Superstar Filemografi Anugerah dan pencalonan Rujukan Pautan luar
arrow-left arrow-right arrow-up arrow-down instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube stumbleupon comments comments pandora gplay iheart tunein pandora gplay iheart tunein itunes