peoplepill id: rafidah-ibrahim
RI
Malaysia
1 views today
1 views this week
Rafidah Ibrahim
Acteur

Rafidah Ibrahim

The basics

Quick Facts

Intro
Acteur
Gender
Female
Religion(s):
Star sign
GeminiGemini
Birth
4 June 1986, Kuala Lumpur, Malaysia
Age
37 years
The details (from wikipedia)

Biography

Rafidah binti Ibrahim (lahir 4 Jun 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 dan sepupu kepada penyanyi wanita Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Kehidupan dan kerjaya

Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1986 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak bongsu daripada 12 beradik. Beliau mula melibatkan diri dalam dunia hiburan tanah air pada 2007 selepas bakatnya dicungkil oleh sepupunya, penyanyi legenda Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi rancangan realiti TV, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene yang bersiaran di TV3. Sebagai pengacara TV, beliau pernah mengacarakan rancangan Riwayat Kamil untuk siaran di Astro Oasis. Pada 2009, beliau membuat penampilan drama pertamanya menerusi drama seram komedi E-Toyol.com yang mana beliau memegang watak sebagai Ustazah Sarah dan seterusnya bergandingan bersama Farid Kamil menerusi drama Epilog Syurga Cinta.

Rafidah membuat penampilan filem cetera sulungnya menerusi filem Kongsi arahan Farid Kamil lakonan Shaheizy Sam. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang muzik apabila beliau berduet bersama AC Mizal dan kumpulan Stellar menerusi lagu "Apo Kono Eh Jang" yang asalnya dipopularkan oleh Ally Noor dan Mastura pada 1980an dan diberikan nafas baharu oleh Sheikh Qalam.

Kehidupan peribadi

Rafidah merupakan sepupu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Beliau pernah menjalin hubungan cinta dengan pelawak, Mamat Sepah dan berpisah kerana pertikaian pendapat. Beliau kemudiannya menjalin hubungan dengan pelakon Zalif Sidek namun tidak berkekalan. Fida menjelaskan beliau sudah tidak lagi berhubung dengan Zalif dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.

Selepas tamat Tingkatan 5 dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menghadiri Kolej Shahputra di Kuantan, Pahang di mana beliau merupakan jurusan Diploma dalam bidang Perniagaan.

Filemografi

Filem
TahunTajukPerananCatatan
2011KongsiPeranan pembantu
2012Man Sewel Datang KLPeranan pembantu
2013Adik Manja ReturnsPeranan pembantu
Televisyen
TahunTajukPerananCatatan
2007Siti Nurhaliza Mencari Bintang PanteneDirinya sendiri, juara
2008Riwayat KamilPengacara
2009Carta NasyidPengacara
E-Toyol.comUstazah Sarah
2010Epilog Syurga Cinta
Cinta Tikar SejadahSiti
2011Kasih AliaAlia
2012Runtun QalbuUstazah Fatihah
2015Setulus Janji
Idris MLMTelefilem
Kelas 5 BintangCikgu NoniTelefilem

Diskografi

  • "Apo Kono Eh Jang" (bersama AC Mizal dan Stellar)

Anugerah

TahunAnugerahKeputusan
2015Anugerah Ikon Usahawan Selangor 2015Menang

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 24 Dec 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Rafidah Ibrahim is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Rafidah Ibrahim
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes