peoplepill id: puteri-balqis
PB
1 views today
14 views this week
The basics

Quick Facts

Gender
Female
The details (from wikipedia)

Biography

Puteri Balqis binti Azizi (lahir 12 April 2007) atau lebih dikenali sebagai Puteri Balqis merupakan seorang pelakon dan model komersial kanak-kanak Malaysia. Antara drama lakonannya ialah Gemilang, Bicara Hati, Pelarian dan Aduh Sayang. Melalui drama Pelarian, Aqish telah dicalonkan di Anugerah Skrin 2012 menerusi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene dan Aqish telah memenangi anugerah tersebut. Ia merupakan satu penghormatan buat beliau apabila hampir keseluruhan drama tersebut telah diadaptasi Dari kisah hidup beliau sendiri.

Kehidupan peribadi

Puteri Balqis dilahirkan pada 12 April 2007 di Kuala Lumpur, Malaysia kepada ibu bapanya, Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz. Balqis merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Beliau lebih mesra dengan panggilan Aqish di kalangan keluarganya.

Kerjaya

2009–2010: Permulaan kerjaya dan penglibatan awal

Bakat seni Puteri Balqis dikesan selepas beliau menjalani uji bakat ketika berusia dua tahun. Semuanya bermula ketika ibubapanya dihampiri ejen uji bakat di Uptown Shah Alam di mana ibu bapanya berniaga di situ. Selepas berjaya dalam uji bakat, Balqis terus ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama. Bakat beliau diwarisi daripada arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin yang lebih dikenali sebagai Ken Arifin yang seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.

Balqis juga memasang angan-angan untuk mencipta nama di Hollywood dan menjadikan bintang Hollywood terkenal iaitu Dakota Fanning dan Natalie Portman sebagai idolanya dalam bidang lakonan. Tidak ketinggalan, Tan Sri P. Ramlee. Pada masa sama, Balqis banyak berguru ilmu lakonan dengan barisan pelakon senior di lokasi seperti Erma Fatima dan Ellie Suriati.

2011–2014: Kejayaan awal dan kemenangan anugerah

Balqis membuat kemunculan pertamanya di layar kaca pada 2011, dengan memegang peranan kecil dalam siri televisyen Gemilang lakonan Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle.

Selepas drama itu berakhir, pada 2012, beliau melakonkan peranan kecil sebagai Tengku Murni dalam drama Bicara Hati bersama pelakon utamanya, Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne Stockstill. Seterusnya, beliau melakonkan watak Zara dalam drama romantik TV3, Cinta Itu Milikku lakonan Fazren Rafi dan Emma Maembong.

Pada November 2012, menerusi watak Bobok lakonannya dalam telefilem Pelarian, Balqis memenangi Anugerah Skrin ke-16 menerusi Anugerah Bintang Harapan Pantene. Lakonannya sebagai Amira dalam telefilem penghargaan khas kepada P. Ramlee, Di Mana Kan Ku Cari Ganti di TV1 telah melayakkan Balqis menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah P. Ramlee yang julung kalinya diadakan pada tahun berikutnya.

Penampilan sulung Balqis di layar lebar hadir pada 2013 apabila beliau berlakon dalam filem aksi seni mempertahankan diri 1 Lawan Satu arahan pelakon dan pengarah berkaliber Pierre Andre yang mana beliau memegang watak sebagai adik kepada Radhi lakonan Mikail Andre yang bernama Sara, yang sakit tenat akibat penyakit leukemia. Filem yang turut dibintangi oleh Azlan Komeng, Along Eyzendy dan Fyza Kadir ini ditayangkan pada 27 Jun 2013dan mendapat sambutan meskipun berdepan dengan kegagalan komersial.

Pada Januari 2014, Balqis melakonkan watak dirinya sendiri dalam telefilem yang menggunakan namanya sebagai judul arahan pelakon veteran Erma Fatima, lakonan Nabila Huda dan Pekin Ibrahim yang bersiaran pada 19 Januari di TV3, telefilem ini melayakkan Balqis meraih kemenangan besar di Anugerah Skrin ke-18 bagi Pelakon Wanita Terbaik Drama. Kemenangannya sekali gus memperlihatkan Balqis menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori berkenaan dan menewaskan nama besar dalam kategori tersebut iaitu Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin. Di Anugerah Televisyen Asia 2014 yang diadakan di Singapura, Balqis memenangi Pelakon Wanita Terbaik sekaligus turut mengalahkan finalis lain terutama aktres Joan Chen yang sudah lama mencipta nama dalam filem Hollywood seperti The Last Emperor dan Judge Dredd. Malah, kemenangannya turut membuka mata banyak pihak.

2015–kini: Halfworlds dan perkembangan terkini

Pada 2015, Balqis menjadi pelakon kanak-kanak pertama yang menghiasi Slot Akasia TV3 menerusi drama Akulah Balqis arahan Pali Yahya.

Selepas memenangi Anugerah Televisyen Asia 2014 di Singapura, Balqis menerima tawaran dari HBO Asia untuk membintangi drama fantasi Halfworlds bersama beberapa pelakon yang terlibat termasuk Bront Palarae, dua pelakon Indonesia, Reza Rahadian dan Adinia Wirasti yang mana penggambarannya dijalankan di Thailand dan Indonesia, Balqis melakonkan watak kanak-kanak perempuan buta yang bernama Tari, drama ini juga memerlukan beliau berkebolehan berbahasa Inggeris.

Pada 2016, filem kedua lakonannya, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! menemui penonton di pawagam, dalam filem terbitan bersama Les' Copaque Production dan KRU Studios, beliau melakonkan watak Aqish, seorang anak yatim piatu yang meminati Upin & Ipin. Filem yang ditayangkan pada 24 November 2016 turut dibintangi oleh Awie, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin.

Beliau diberikan peranan sebagai Aleya dalam siri televisyen Andainya Takdir lakonan bersama Shukri Yahaya dan Nina Iskandar arahan Along Kamaluddin yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 dari 29 Mei hingga 22 Jun 2017.

Di dalam media

Pelakon Siti Elizad semasa ditemuramah oleh majalah Jelita, mengulas mengenai Balqis: "Saya senang bekerja dengan Balqis. Dia mempunyai bakat yang istimewa. Saya kagum dengan pelakon yang sangat muda seperti dia. Dia rajin bertanya dan pandai menjiwai watak. Dia bukan seperti kanak-kanak biasa. Dia komited dan serius ketika bekerja dan saya sendiri belajar sesuatu daripada Balqis."

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakTerbitan
20131 Lawan SatuMIG Production
2016Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!AqishLes' Copaque Production & KRU Studios
2017Makrifat CintaAyeshaDhananwoodd Films Sdn. Bhd

Drama

TahunTajukWatakSiaran TV
2011GemilangMiaTV3
2012Bicara HatiTengku MurniAstro Prima
Berlari Ke BintangNur FaizaTV AlHijrah
Takdir QismahAnisTV3
Cinta Itu MilikkuZara
Mencari AthirahAthirah (Kecil)TV1
Hanya Dengan BismillahKhalishaTV2
Kambingku Yaggy
2013Dia SuamikuAqishAstro Prima
2015Dee The SeriesAstro Ceria
Akulah BalqisBalqisTV3
HalfworldsTariHBO Asia
2017Andainya TakdirAleeyaTV3

Telemovie

TahunTajukWatakSiaran TV
2011Di Sebalik Tirai KasihTV9
Zuriat Yang Tercalar
Aduh SayangFatehahTV3
2012Persona GrataAin
Mr. LabuciMimi
PelarianBobok
Mencari NurfitriNurfitriTV9
Tiada Raya Tahun IniBalqisTV AlHijrah
Fajar SyawalFatehaTV2
Nur RamadanNurTV3
Kalut RayaTV AlHijrah
Anak LorongFaraTV3
Dimana Kanku Cari GantiAmiraTV1
Aku Bukan MashitahTV2
2013Bintang Hati UmiTV9
Janji BidadariTV3
Jangan Ganggu Aku
Jangan Lupa Tuhan
Poskad Dari SwitzerlandTV AlHijrah
Seringgit KasorgaJamilahTV3
2014BalqisBalqisTV3
Qish Qish QishQishAstro Ceria
2015Tanah Kubur Ummah JahiliahAisyahAstro Oasis
Menuju Taubatan NasuhaAnumAstro Ria
2016KulitFarhanaAstro Citra

Dokumentari

TahunTajukWatakSiaran TV
Tribute to SalomaSalomaAstro

Endorsmen

  • Nestle Susu Everyday
  • Courts Mammoth
  • Maxis MerdekaRaya

Anugerah dan pencalonan

Senarai anugerah dan penghargaan yang diterima oleh Puteri Balqis
TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2012
Anugerah Skrin ke-16
Anugerah Artis Harapan PantenePelarianMenang
2013
Anugerah P. Ramlee
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikDimana Kanku Cari GantiDicalonkan
2014
Festival Filem Malaysia ke-26
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik1 Lawan SatuDicalonkan
Anugerah Skrin ke-18
Pelakon Wanita Terbaik DramaBalqisMenang
Anugerah Televisyen Asia ke-19
Pelakon Wanita TerbaikMenang
Anugerah Melodi Galaksi Rap
Artis DinamikN/ADicalonkan
2015
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Artis Baru Wanita PopularN/ADicalonkan
Anugerah Melodi
Artis DinamikN/ADicalonkan
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016
Aktres PilihanAkulah BalqisDicalonkan
Anugerah Seri Angkasa
Pelakon Kanak Kanak TV TerbaikHidupku Solatku MatikuDicalonkan

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Puteri Balqis is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Puteri Balqis
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes