peoplepill id: octovia-manrose
OM
Malaysia
1 views today
7 views this week
Octovia Manrose
Malaysian actress

Octovia Manrose

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actress
Gender
Female
Religion(s):
Birth
Age
33 years
The details (from wikipedia)

Biography

Wan Syamira Putri Oktovia Binti Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Octovia Manrose (juga disebut Oktovia Manrose; lahir 29 Oktober 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Adiknya, Aprena Manrose juga merupakan seorang pelakon.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada Selasa 29 Oktober 1991 Masihi bersamaan 20 Rabitul Akhir 1412 Hijrah di Kuala Lumpur kepada ibu bapanya, Iwan Syahman yang merupakan penyanyi dangdut terkenal era 90-an dan Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor, pelakon terkenal era 80-an. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada Manrose dan adiknya ialah Aprena Manrose, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kerjaya

Mengikut jejak langkah sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang lakonan, Octovia menerima pendedahan awal dalam bidang lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah.

Beliau berlakon di samping Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz dalam drama Dendam Aurora; Octovia memegang watak sebagai Hanna. Beliau juga pernah muncul dalam beberapa episod drama Gerak Khas. Beliau berlakon di samping sepupunya, Nelydia Senrose yang bergandingan dengan Addy Ashraf dalam drama Cinta Tiada Ganti, yang diadaptasi dari telenovela Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas. Octovia memegang watak sebagai Fatin.

Octovia membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Minah Moto (2017) arahan Ahmad Idham lakonan Dayana Roza; beliau memegang watak Aju.

Kehidupan peribadi

Octovia berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain (lahir 23 Disember 2011). Octovia dan Mohd Izat memfailkan perceraian mereka pada 2015. Pada 27 Februari 2019, Octovia dikaitkan mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz. Kisah tersebut menyebabkan spekulasi yang hangat antara Octovia dan isteri Aliff, Bella Astilah.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2017Minah MotoAjuAhmad IdhamFilem pertama

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2015Cinta Si Wedding PlannerTV3
Dhia SofeaLorena muda
2016Biar Aku Jadi PenungguHayati
Hajah Heathrow Kembali
Umairah
2017Encik Suami Mat Salih Celup
Dendam AuroraHannaAstro Prima
Gerak Khas (Musim 17)TV2Episod: "Misteri Black Maria"
2018Cinta Tiada GantiFatinAstro Prima
2019Setelah Cinta Itu PergiAsra JihanTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVTarikh Tayangan
2016Tercipta UntukkuAstro First Eksklusif6 Julai 2016
2017Tangisan KuburAstro Citra1 April 2017
2018Adakah Aku BersalahLeyaTV310 Februari 2018
Abang Kandung9 Mac 2018
2019Dosa Itu Bukan MiliknyaMunirahTV21 Nov 2019

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 01 Jan 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Octovia Manrose is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Octovia Manrose
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes