peoplepill id: nina-iskandar
NI
Brunei
1 views today
1 views this week
Nina Iskandar
Bruneian actress

Nina Iskandar

The basics

Quick Facts

Intro
Bruneian actress
From
Gender
Female
Religion(s):
Place of birth
Bandar Seri Begawan
Age
32 years
The details (from wikipedia)

Biography

Nur Akmalina "Nina" Iskandar (Jawi: نين إسكندر; lahir 4 Ogos 1991) ialah seorang pelakon wanita Brunei Darussalam. Beliau mula mencipta nama sebagai pelakon di Malaysia menerusi filem Muka Surat Cinta (2014) arahan Pierre Andre dan sejak dari itu, beliau muncul dalam beberapa drama dan telefilem tempatan.

Kerjaya

Nina Iskandar memulakan kerjaya lakonannya sejak 2011, sebelum berhijrah ke Malaysia, Nina terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya menerusi drama Erna Suraya yang menggabungkan kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).

Beliau kemudiannya membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Ada Apa Dengan Rina arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani yang menggunakan loghat Melayu Brunei. Filem ini dibintangi oleh Dayangku Moniri Pengiran Mohiddin sebagai Rina terbitan Regalblue Productions dan ditayangkan pada 23 Februari 2013.

Pada 16 Januari 2014, beliau membintangi bersama Mikail Andre dalam filem drama romantik Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre, yang menjadi filem pertamanya dalam kerjaya lakonannya di Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Luna.

Nina juga paling dikenali menerusi watak Fatihah dalam drama rantaian Andainya Takdir dan kesinambungannya yang disiarkan di TV3, lakonan bersama Shukri Yahaya dan Puteri Balqis. Beliau juga berlakon sebagai watak utama bersama Fahrin Ahmad dalam drama Setelah Cinta Itu Pergi yang disiarkan di TV3, melakonkan watak sebagai Marina.

Beliau memegang watak sebagai Hana dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Hafreez Adam dan Puteri Aishah yang bersiaran di TV2.

Kehidupan peribadi

Nina merupakan anak kedua dari empat beradik, kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau sebelum ini pernah memakai tudung, namun membuat keputusan untuk menanggalkannya.

Beliau merupakan pelajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan di kolej International Graduate Study (IGS) di Bandar Seri Begawan, namun beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya lakonan.

Nina terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan bibirnya koyak dan hidungnya patah semasa kemalangan melibatkan kereta miliknya dan dua kereta lain pada 27 November 2018 di Kuala Lumpur. Beliau berkata dalam satu temubual bersama Harian Metro: "Kejadian itu berlaku sangat pantas. Saya sedang memandu di laluan tengah dan tiba-tiba kereta saya dilanggar,". Insiden itu juga mengakibatkan Nina mengalami trauma.

Pada 23 Mac 2019, Nina mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal hiburan yang telah mencalarkan imejnya dengan menerbitkan sebuah rencana yang berbaur fitnah. Portal tersebut memuat naik rencana itu dan menuduh beliau menjalinkan hubungan sulit dengan seorang penolong pengarah drama sehingga menyebabkan pengarah itu bercerai dengan isterinya.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2013Ada Apa Dengan Rina?RinaHarlif Haji Mohamad
Farid Azlan Ghani
Filem Brunei, watak pembantu
2014Muka Surat CintaLunaPierre Andre
SniperHarlina
Lu, Gua Bro!HawaIsmail Bob Hasim
Pengantin MalamLailaEyra Rahman
2017HospitalDahliaAzaromi Ghazali

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2011RintihankuRTB
2012Balkish
2013Erna SurayaTV2
2014Jika Itu TakdirkuQistinaTV3
Raya Ni Mesti KahwinNana
2015Dendam SemalamLinda
Padamu Aku BersujudZeta
Raya Ni Dah KahwinNana
Lari MiraMira
2016Sha & ShahMariatieAstro Ria
Mr Tanda SoalVeeTV3
Terlarang Sudah RindukuErinTV9
2017Papa RickyLolaAstro Prima
Andainya TakdirFatihahTV3
2018Bicara Cinta TertangguhSuriya HanumSalam HD
Solat: Maafkan Aku TuhanTV3
Andainya Takdir 2Fatihah
Cinta Bukan KristalSofea Darlyna
Isteri Dalam SangkarSiti AisyahHypp Sensasi
2019Setelah Cinta Itu PergiMarinaTV3
Kereta Sewa
Diari TularRTM
Tolong Aku Doktor CintaHana

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2016Serambi MamaYaniTV3
Pondok Itu Rumahku
Sha, Shah & SyawalMariatieAstro Ria
Kalau Aku KayaLiaTV3
201713 Tiang CintaUzmaTVi
Siapa Dia SebenarnyaHaziqahTV3
JasmineJasmineTV9
Bini MudaRyani
2018Ratu Kebaya Masuk UTV2
Syahadah TerakhirRafidahTV3
Lakaran CintaMaliqaUnifi TV
Gerabak CintaLunaTV3
Senarai Raya PapaLaila
2019Sinar Ramadan Untuk AmandaSofea

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2017Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017Aktres PilihanTerlarang Sudah RindukuDicalonkan
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Pelakon TV Wanita PopularDicalonkan
Pasangan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya)Dicalonkan

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 06 Sep 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Nina Iskandar is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Nina Iskandar
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes