peoplepill id: nik-nur-madihah-nik-mohamad-kamal
NNMNMK
Malaysia
1 views today
14 views this week
Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal

Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal

The basics

Quick Facts

Gender
Female
Religion(s):
Place of birth
Kota Bharu, Malaysia
Age
32 years
The details (from wikipedia)

Biography

Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal (lahir 25 September 1991 di Kota Bharu, Kelantan) adalah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008. Beliau mendapat 20 A, iaitu 19 A1 dan satu A2. Beliau juga telah mendapat 10A1 di dalam Sijil Menengah Ugama.

Kehidupan awal

Nik Nur Madihah dilahirkan di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan Nik Mohamad Kamal bin Husin dan Mariyani binti Omar. Ayahnya ialah seorang nelayan yang berasal dari Kampung Pulau Panjang dan ibunya ialah seorang pekerja am di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau menghabiskan masa kanak-kanaknya sehinggalah dewasa sebuah rumah usang yang mempunyai dua bilik kecil di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa.

Kecemerlangan pelajaran

Nik Nur Madihah merupakan pelajar Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu. Beliau mengikut jejak seorang lagi pelajar sekolah yang sama, Siti Fatimah Mukhtar yang merupakan pelajar cemerlang negara 2006 dengan 17 1A.

Beliau telah memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu dan Geografi.

Dia turut mendapat A1 dalam Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology (EST) dan mendapat satu 2A dalam Biologi.

Setakat 2014, beliau sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 24 Mar 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes