peoplepill id: nazrief-nazri
NN
Malaysia
1 views today
2 views this week
Nazrief Nazri
Malaysian actor

Nazrief Nazri

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actor
Gender
Male
Religion(s):
Birth
1991, Seremban
Age
33 years
The details (from wikipedia)

Biography

Mohamad Nazrief bin Mohamad Nazri (Jawi: نازريف نازري; lahir 19 Oktober 1991) merupakan pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali melalui program realiti Hero Remaja di mana beliau merupakan antara 23 Finalis Hero Remaja 2011/12.

Kehidupan awal

Nazrief dilahirkan pada 19 Oktober 1991 di Seremban, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Seri Menanti. Beliau memiliki ijazah berkembar Sarjana Muda Operasi Maritim dari Malaysian Institute Of Maritime Engineering Technology (UniKL Mimet) dan Chartered Institute Of Logistics And Transport (CILT). Ketika zaman kanak-kanaknya, Nazrief pernah menggalas tanggungjawabnya sebagai bilal kanak-kanak di sebuah masjid di kampung halamannya ketika membantu ibu berniaga di bazar Ramadan. Ibu bapanya bercerai pada 2016 ketika Nazrief mencapai usia 25 tahun.

Kerjaya

Nazrief memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir. Seterusnya beliau menyertai pertandingan pencarian bakat Hero Remaja 2011/12 yang turut disertai oleh Hafreez Adam, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Fendy Bakry, Ben Amir dan Fattah Amin, sejak itu, bakat beliau terus digilap dan berjaya menghiasi beberapa drama dan telefilem, antaranya Maskara, Tanah Kubur dan Pengancam Perkahwinan.

Nazrief memulakan kerjaya muzik dengan melancarkan single sulungnya, "Cinta Semalam" yang dikeluarkan pada Julai 2017.

Kehidupan peribadi

Dalam temu ramah bersama Harian Metro pada Ogos 2017, Nazrief mendedahkan beliau amat obses dengan Dato' Rosyam Nor dan mengakui telah menonton hampir kesemua filem lakonannya, beliau berkata: "Banyak perkara yang ada pada Rosyam boleh saya jadikan contoh. Selain lakonan, dia juga pandai menjaga keterampilan. Selain berjaya sebagai pelakon, Rosyam juga sangat sukses sebagai ahli perniagaan. Saya sendiri berharap satu hari nanti mampu mengikut jejak langkahnya,".

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2012Tanah Kubur (Musim 5)AminAstro OasisEpisod: "Sepandai-pandai Tupai"
2013MaskaraAlif AzrilTV1
Pengancam PerkahwinanAstro Ria
2014Cinta IlahiKojekTV3
Misiku KuzaIsmailAstro Ria
2015Tanah Kubur (Musim 10)Astro OasisEpisod: "Langkah Mayatku"
Suami Sebelah RumahAzlanTV3
Lari MiraYusof
Oh My EnglishCikgu AriffAstro TVIQ
HidayahMu RamadanNazirTV3
2016Demi Cinta AinAdam
Lara TerindahRazlan
Nasi Minyak Kuah CintaIzka / Putra
2017Urusan Hati Cik Drama QueenEddieAstro Ria
Cerita Dari MastikaAstro PrimaEpisod: "Aku Sudah Mati"
Bilo Nogori Jupo KelateNoahTV3
2018Air Mata Di Bumi MatadorAdibTV2
Makmum Yang Paling Aku CintaSyed AmruHyppSensasi
Cinta Bukan KristalFaizTV3
2019Plan CintaIsmadi
Leftenan ZanaZaidi
Utusan Cinta Buat AdamTengku Aidit
Suamiku Mr. BlindAidil ZafranHyppSensasi

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2012Anak IkanAstro Prima
2014Al KazzabUstaz AshrafAstro Oasis
20155 Kali CintaAndyTV3
M.A.I.D Pun Nak BerayaRezaAstro Ria
2017Suami Aku JurumekapHyppTV
Malam Tanpa YasinImranTV3
2018Doa Untuk DijualUnifi TV
Permaisuri SyurgaAimanTV1

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2016Sembang TerapiPengacaraTV9bersama Akhmal Nazri dan Dayah Bakar
Lari: Misi Mencari Mr. XPeserta
Lari: Kita Kejar DiaIstimewa Hari Raya
2017Nasi Lemak Kopi OArtis Jemputanbersama Johan As'ari dan Sabhi Saddi (9 Julai)

Diskografi

TahunTajuk
2017
"Cinta Semalam"

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2016
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–28
Artis Baru Lelaki PopularDicalonkan

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 06 Sep 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Nazrief Nazri is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Nazrief Nazri
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes