peoplepill id: nadiyah-shahab
NS
Singapore
1 views today
1 views this week
Nadiyah Shahab
Singaporean actress and television presenter

Nadiyah Shahab

The basics

Quick Facts

Intro
Singaporean actress and television presenter
Gender
Female
Religion(s):
Place of birth
Jurong, Singapore
Age
32 years
The details (from wikipedia)

Biography

Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab (lahir 29 Mei 1991) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Singapura. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Tengku Natasha dalam Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose.

Kerjaya

Sebelum menjadi pelakon, Nadiyah terlebih dahulu menjadi pengacara rancangan travelog Lost At Sea yang bersiaran di Go Asean yang mana beliau menjelajah bandar-bandar di rantau ASEAN setiap minggu dengan beberapa petunjuk tanpa menggunakan buku panduan.

Beliau juga pernah muncul dalam rencana bertajuk "The Women We Love Of Instagram" yang disiarkan dalam majalah Esquire pada April 2016.

Mengikut jejak langkah ramai artis senegaranya, Nadiyah berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonan. Beliau membuat penampilan drama televisyen pertamanya dalam drama adaptasi novel Encik Suami Mat Salih Celup lakonan Nelydia Senrose dan Daler Yusuf. Nadiyah mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi watak Tengku Natasha lakonannya dalam drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Datuk Farid Kamil dan Nelydia.

Nadiyah muncul bersama Zizan Razak dalam telefilem bertajuk Misteri Maria arahan Rusdi Ramli yang memulakan tayangan perdana di ntv7 pada 25 Mac 2018. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini ialah Mas Khan dan Zila Bakarin. Beliau kembali digandingkan bersama Zizan dalam supertelefilem Saya Jual Ye Bang yang ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 14 Mac 2019, yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose.

Kehidupan peribadi

Nadiyah merupakan anak sulung daripada dua beradik, adiknya ialah Syed Adni. Pada 13 Januari 2018, beliau dan bekas pelakon Ben Ali melangsungkan pertunangan di sebuah majlis di negara kelahirannya, Singapura. Ia turut dihadiri rakan artis, Uqasha Senrose dan dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose. Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti London, Singapura.

Pada 1 April 2018, Nadiyah dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana tidak memiliki permit bekerja, beliau ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Johor, selepas tiba dari Singapura.

Beliau berkahwin dengan Ben Ali pada 11 November 2018.

Filemografi

Televisyen
TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2016Lost At SeaDirinya sendiriGo AseanTravelog
2017Encik Suami Mat Salih CelupKeisha AdrianaTV3
Mr. HijabSaleha
Hikayat Cinta Si Pematah HatiTengku ZarynnAstro Ria
Kelip-Kelip Di Kota LondonJasmineTV3
2018Shah & ZamAmyra
Lafazkan Kalimah CintamuTengku NatashaAstro RiaSlot MegaDrama
Misteri MariaMariantv7
Doa Ku MohonTV3
Kek Untuk KaptenMia SofiaMediaCorp Suria
Mama Tak Akan SamaNasha/Aleeyantv7
2019Asalkan Dia BahagiaAfidaTV3Slot Akasia
Saya Jual Ye BangAstro First Eksklusif

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 28 Dec 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Nadiyah Shahab is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Nadiyah Shahab
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes