peoplepill id: muhammad-adib-mohd-kassim
MAMK
Malaysia
1 views today
1 views this week
Muhammad Adib Mohd Kassim
Malaysian fireman

Muhammad Adib Mohd Kassim

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian fireman
A.K.A.
Muhammad Adib
Gender
Male
Religion(s):
Star sign
GeminiGemini
Birth
28 May 1994, Kedah, Malaysia
Death
17 December 2018, National Heart Institute of Malaysia, Malaysia (aged 24 years)
Age
24 years
The details (from wikipedia)

Biography

Muhammad Adib bin Mohd Kassim (28 Mei 1994 – 17 Disember 2018) merupakan seorang ahli bomba Malaysia yang berkhidmat sebagai pegawai bomba di Balai Bomba Subang Jaya. Beliau berasal dari Kedah, dan disahkan meninggal dunia selepas 21 hari dimasukkan ke hospital di Institut Jantung Negara. Beliau dikenali kerana mendapat liputan akhbar di seluruh Malaysia kerana menjadi mangsa rusuhan kuil pada 26 November 2018.

Latar belakang

Muhammad Adib bin Mohd Kassim dilahirkan pada 28 Mei 1994 di Kedah kepada pasangan Mohd Kassim bin Abd Hamid dan Asma binti Abdul Aziz.

Beliau merupakan seorang ahli bomba yang berpangkalan di Subang Jaya, Selangor. Beliau merancang untuk bertunang dengan tunangnya, Nurul Najihah pada 20 Disember dan akan berkahwin pada 21 Disember 2018.

Beliau ialah salah seorang daripada 9 responden kepada rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada 26 November 2018, dan dilaporkan telah diserang ketika tiba di tempat kejadian rusuhan. Ketika melawat petugas bomba yang cedera, Menteri Perumahan dan Kementerian Daerah Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah mengatakan bahawa Adib telah "dipukul dan dipijak".

Adib pada mulanya dibantu oleh sesetengah penganut yang hadir di kuil dan kemudian dirawat di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby (juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Subang Jaya atau SJMC) dan seterusnya dipindahkan ke Institut Jantung Negara apabila keadaannya bertambah buruk. Pada 29 November, Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad melaporkan bahawa ahli bomba ini telah pulih dengan baik selepas pemindahannya ke IJN dan pulih dengan baik. Beliau juga telah dikunjungi oleh Sultan Kedah kerana beliau ialah orang Melayu Kedah.

Dipukul dan kenyataan saksi

Kecederaan Adib pada mulanya dilaporkan ialah kesan dipukul oleh para perusuh, namun ia dituntut oleh pihak berkuasa kuil bahawa ada video yang disebarkan bahawa ahli bomba yang cedera itu dilanggar oleh lori bomba yang sedang mengundur. Kenyataan ini kemudiannya disangkal oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohamad Hamdan Wahid, yang menyusuli kenyataannya dengan membuat laporan polis mengenai kenyataan yang salah. Seterusnya, seorang lagi anggota bomba, Mohd Hazim Rahimi mendakwa bahawa dia yang berada dalam video mengenai kejadian lori bomba mengundur itu. Siasatan terbaru mencadangkan bahawa kecederaan Adib bukan disebabkan serangan pukulan, dan inkues kes ini masih berlangsung. Prosiding inkues berakhir pada 27 September 2019 apabila Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Adib ialah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Kecederaan dan kerosakan

Muhammad Adib ialah satu-satunya responden yang cedera semasa rusuhan apabila rakannya Hazim secara tidak sengaja meninggalkannya secara terbuka. Selain kecederaannya, lori bomba yang dinaiki beliau dirosakkan oleh para perusuh.

Kematian

Selama 21 hari dimasukkan ke hospital selepas dipukul sehingga kritikal sejak 26 November, bibirnya bergerak dan disahkan dalam keadaan stabil. Pada 3 Disember, beliau tidak lagi menggunakan mesin bantuan dan keadaan paru-parunya mula merosot. Pada 17 Disember 2018, beliau disahkan meninggal dunia oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin di IJN pada jam 9.41 malam. Beliau diterbangkan oleh helikopter ke kampung halamannya di Kedah di mana beliau dikebumikan selepas solat Zohor pada 18 Disember 2018.

Tindak balas

Selepas kematiannya pada 17 Disember, Dr Lee Boon Chye berkata bedah siasat untuk mengetahui apa yang menyebabkan kematian Adib akan mengambil masa sebulan untuk disiapkan. Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan kira-kira 100 pegawai dan ahli JBPM memberi penghormatan terakhir kepada Muhammad Adib.

Pada 18 Disember 2018, Sri Utama Auto Sdn. Bhd., pengedar kereta Honda telah memecat seorang kakitangannya, Caryn Yean yang didapati melanggar dasar syarikat itu dengan memuat naik komen menghina kematian Adib di laman media sosial.

Kronologi

Di bawah ialah kronologi kes kematian Muhammad Adib:

  • 28 November 2018: Muhammad Adib dipindahkan dari HKL ke Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 11.33 malam.
  • 3 Disember 2018: Muhammad Adib memberi tindak balas kepada orang sekeliling walaupun masih tidak dapat bertutur.
  • 5 Disember 2018: Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru.
  • 7 Disember 2018: Muhammad Adib mula tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal dan stabil serta tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.
  • 10 Disember 2018: Muhammad Adib memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.
  • 11 Disember 2018: IJN memaklumkan Muhammad Adib tidak lagi memerlukan mesin ECMO untuk membantunya bernafas.
  • 15 Disember 2018: Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira jam 9 malam selepas paru-parunya didapati mula mengeras.
  • 17 Disember 2018: Muhammad Adib meninggal dunia pada jam 9.41 malam.
  • 18 Disember 2018: Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira jam 1.45 petang.

Inkues

Lihat juga

  • Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 31 Dec 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Muhammad Adib Mohd Kassim is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Muhammad Adib Mohd Kassim
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes