peoplepill id: mohamed-nurhakim-zaidon
NH
Malaysia
1 views today
12 views this week
Norman Hakim
Malaysian actor

Norman Hakim

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actor
Gender
Male
Religion(s):
Place of birth
Kuantan, Kuantan District, Pahang, Malaysia
Age
48 years
The details (from wikipedia)

Biography

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim (lahir 8 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas juara Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas (sejak 2003).

Kerjaya

Kerjaya Norman bermula apabila beliau menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 1993/94. Hasilnya, beliau dinobatkan sebagai juara. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 dan hanya pada 1999, beliau berlakon dalam drama Idaman, memegang watak sebagai Ikmal.

Beiiau bersama rakan pelakon Eizlan Yusof dan Sani Salehuddin (kini ahli perniagaan) menubuhkan kumpulan Impression yang mana mereka menerbitkan album pertama, Jatuh Hati pada 1999.

Kerjaya filem Norman bermula dengan menjayakan watak utama bersama Erra Fazira dalam filem Pasrah yang ditayangkan pada 8 Januari 2000, sekaligus menandakan kolaborasi sulungnya bersama Yusof Haslam, orang kuat Skop Productions. Beliau kemudian memegang watak sebagai Rafayel dalam filem Gerak Khas The Movie, juga arahan Yusof. Filem inilah yang menemukan beliau dengan bakal isterinya ketika itu, Abby Abadi yang turut berlakon dalam filem ini.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.

Pada 2012. Norman memegang watak Joe, orang kanan Dino lakonan Aaron Aziz dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.

Kehidupan peribadi

Beliau pernah berumah tangga dengan pelakon Arbaiyah Abdul Manan (Abby Abadi) dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kedua-dua pasangan ini pernah bercerai pada April 2006 akibat tekanan dalam rumah tangga namun demi kebahagiaan anak-anak, mereka berdua bertaut kembali. Penceraian Norman dan Abby ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Farahdhiya, namun kepastiannya tidak dapat disahihkan.

Pada tahun 2009, Norman telah dilanda kemurungan. Beliau beribadat hampir setiap hari di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Pada suatu ketika, beliau didatangi seorang lelaki. Lelaki tersebut yang menyedari tangisan beliau menanyakan sebabnya. Selepas memberi pengakuan mengenai kekecewaan beliau terhadap kehidupannya, lelaki tersebut memberikannya sepotong ayat al-Quran untuk dijadikan amalan. Peristiwa tersebut telah menyebabkan beliau lebih dekat dengan agama Islam. Norman dan Abby bersanding kali kedua pada 25 September 2017.

Pernikahan dengan Memey

Sekali lafaz sahaja, Memey Suhaiza (lahir Suhaiza Suhaimi) sah menjadi isteri kepada Norman. Mereka dinikahkan di rumah Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 Kota Tinggi Johor pada pukul 5.10 petang Sabtu 24 September 2011.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2000PasrahHafshamFilem pertama
2001Gerak Khas The MovieRafael
2002IdolaMukhriz
2003Gila-Gila PengantinDr. Johari
2005GK3 The MovieInspektor Harris
Gila-Gila Pengantin PopularHerman
2009Skrip 7707
2010MagikaAwang Lembing
2011Nur Kasih The MovieIlyas DewasaPelakon undangan
2013Tanda PuteraTun Hanif Omar
2015Suami Aku UstazInspektor PolisPelakon undangan
2016KabaliOrang KananFilem Tamil
2018BadangProf. De BronoPelakon undangan
3: AMAzman

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1999–2001IdamanIkmalAstro Ria
2000Maria Mariana The SeriesSazaliTV3
2002InsurgensiKetua Platun 2, Kompeni 'B', Batalion ke-8

Rejimen Renjer Malaysia sebagai Leftenan Kassim

TV1
2003–2009
2014, 2017–kini
Gerak KhasACP HarrisTV2
2004Rumah Itu Dunia AkuMohsein
2007Airmata MariaFaridTV3
2007–2008Kisah KaisaraHasnor
2009Embun MutiaraHadi
Kamelia KatrinaJehanAstro Ria
Senja PermaiRahmanAstro Prima
2010Gelora Di Hati Sara (Musim 2)IskandarTV1
2011Dia Bukan MaryamAnuarTV9
Iparku DivaHusseinAstro Warna
Keranamu LailaRazifTV3
2012Adam & HawaKapten ZulAstro Mustika HD
Tanah Kubur (Musim 3)Astro OasisEpisod: "Ilmu Tak Berguru"
Esah PajeroSahakTV3
2012–2013Evolusi KL Drift: The SeriesJoeTV2
2013Cinta Adam & HawaAdam HanzalahTV1
Mencari Luqmanul HakimHerman
2014KifarahTV3Episod: "Di Angin Lalu"
Janji JaslinaJohan
Bila Chacha Masuk AsramaEncik Meor
Senafas CintaTV1
2015Kifarah MistikTV3Episod: "Mandi Bunga"
2017Dia BidadarikuRizalAstro Ria
2018Cinta FatamorganaTuan DeramanTV3
2019KL MeroyanRazifTV2
Demi RindumuNasrulAstro Ria
2020ChandelierDato' Emran

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2003NeonFidoVCD
2007WaliFaizalAstro Ria
2009DonutZulkifli
Tunjang SaadahTajuddinTV3
2010SabarIman
Tetamu MalamBobTV1
2012Kau UntukkuAzharAstro Box Office
Calon SuamikuHafizAstro Prima
Aku Belum MatiSuma
20137 Dulang Asam PedasJJTV1
2014Menantu CantikJohanAstro Maya HD
2014Anak Mejar AzlanMejar AzlanTV AlHijrah
IstidrajAmri
2015Bidadari WalidDanial
2016Mimi Amah DivaTaufikAstro Ria
Aku Bukan Orang GajiTVi
2018Datin GlamDatuk KamalTV3
Ayah Bohong LagiHakimTV1
Pengantin Lari Culik ArtisPak AbuAstro Citra
2020Mak... Nak Peluk BolehFikryTV3
Dia KembarkuDatuk Jamal

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2018Profesion EkstremPengacaraTV1
Dapur PanasArtis jemputanTV3
2019Mingguan Wanita (Musim 2)PengacaraAstro Prima

Diskografi

  • Jatuh Hati (album bersama Impression; 1999)

Aktivisme

Pada 3 Jun 2018, Norman bersama-sama pelakon Rosyam Nor, menyertai bersama 1,200 penunggang motosikal bagi menjayakan konvoi Ride for World #QuranHour yang bermula di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum berakhir di Shah Alam, Selangor. Ia merupakan acara simbolik bagi membina momentum ke kemuncak program World #QuranHour yang diraikan pada 7 Jun.

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 22 Aug 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Norman Hakim is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Norman Hakim
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes