peoplepill id: johan-nawawi
JN
Malaysia
1 views today
1 views this week
Johan Nawawi
Malaysian pop music composer

Johan Nawawi

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian pop music composer
Work field
Gender
Male
Birth
Death
23 March 2017, Subang Jaya (aged 52 years)
Age
52 years
Family
Spouse:
Nora
The details (from wikipedia)

Biography

Johan Nawawi (1965 - 24 Mac 2017) adalah penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Antara lagu popular ciptaannya berjudul Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik sejak tahun 1986.

Beliau berasal dari Ipoh, Perak tetapi kampung halamannya adalah di Pasir Mas, Kelantan. Beliau adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud. Mereka menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memiliki diploma bidang arkitek daripada Federal Institute of Technology (FIT).

Lagu keIslaman

Antara karyanya yang berunsur Islam ialah Erti Al-Fatihah, nyanyian Putri yang merupakan salah seorang dari anaknya. Lagu ini hasil adaptasi daripada pengertian surah dari kitab suci umat Islam (al-Quran). Surah tersebut ialah al-Fatihah. Beliau mendapat persetujuan daripada Tan Sri Prof. Kamal Hassan yang merupakan bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ustaz Aminullah Saliman dan Ustaz Che Bakar Che Mat. Lagu Erti Al-Fatihah ini dimuatkan dalam siri animasi Ummi - Ceritalah Pada Kami terbitan Hud-Hud Media Sdn. Bhd., dan Erama Records Sdn. Bhd.. Lagu yang bertemakan ketuhanan ini pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan pada 1990-an.

Antara penyanyi yang diminatinya ialah Ebiet G. Ade dan M. Nasir yang turut menyelitkan mesej-mesej ketuhanan. Beliau juga rapat dengan aktivis nasyid Farihin Abdul Fatah yang pernah bekerja dengan kumpulan Raihan pada penghujung tahun 1990-an. Baginya lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan.

Kematian

Johan Nawawi meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi, Jumaat, 24 Mac 2017, dipercayai akibat serangan jantung, Allahyarham meninggal dunia pada usia 52 tahun. Berita itu disahkan oleh Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara. Jenazah Allahyarham dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, Subang Jaya dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Johan Nawawi is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Johan Nawawi
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes