peoplepill id: eyka-farhana
EF
Malaysia
4 views today
4 views this week
Eyka Farhana
Malaysian actress

Eyka Farhana

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actress
Gender
Female
Religion(s):
Place of birth
Ampang District
Age
29 years
The details (from wikipedia)

Biography

Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi (lahir 3 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011. Selain itu, wajahnya dikatakan agak seiras dengan pelakon Fazura.

Beliau sebelum ini di bawah pengurusan A Klasse Management milik Asyraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza, kini di bawah pengurusan Mind Order Talents.

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan sebagai Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kakak sulungnya, Wan Anis Farhana yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 pada usia 24 tahun. Selain itu, beliau menjadikan pelakon Fazura sebagai idolanya dalam bidang lakonan.

Eyka dikejarkan ke hospital pada 15 Mei 2019, dipercayai mengalami kesakitan di bahagian perut. Beliau menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan baru saja selesai melakukan ujian ultra bunyi. Eyka membuat keputusan untuk menangguhkan pembedahan yang sepatutnya dilakukan bagi mengubati masalah kesihatan dihadapi di bahagian perut. Ia dilakukan atas kebenaran pihak doktor bagi membolehkan beliau menghabiskan penggambaran drama Cinta Itu Fairytale.

Kerjaya

Pada usia 16 tahun, beliau mula menerjah ke bidang lakonan pada 2011 dengan hasrat untuk membantu keluarganya. Bakat beliau mula dikesan sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama TV3, Gemilang. Eyka membintangi drama Juvana yang juga bersiaran di TV3, beliau memegang watak sebagai Nadia, seorang pembantu kantin di Sekolah Juvana Wira Bakti. Beliau juga terkenal dengan watak sebagai Ema dalam siri drama Ema Emyliana, selain itu beliau turut berbakat dalam pengacaraan apabila mengacarakan rancangan travelog Pada Suatu Ketika di TV1. Biarpun seringkali dikecam kerana berpenampilan yang terlalu seksi, namun itu tidak menghalang Eyka untuk terus berjaya dalam bidang lakonan.

Kerjaya muzik Eyka bermula dengan pelancaran single promosi pertama beliau, "Laki-Laki" dikeluarkan pada 28 Jun 2019.

Peranan lain

Pada Jun 2017, Eyka bersama Aiman Hakim Ridza, Maria Farida, dan Anne Abdullah dilantik sebagai Duta Habib Jewel Syawal. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan koleksi barang kemas Habib sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kontroversi

Pada September 2017, satu penyebaran rakaman video lucah yang mengaitkan beliau menjadi tular di media sosial. Rakaman video tersebut mendapat lebih daripada 11 ribu tontonan di YouTube, Eyka membuat laporan polis berhubung kes itu.

Beliau sekali lagi menjadi subjek kemarahan umum apabila gambarnya bercumbu dengan pelakon Janna Nick menerima kecaman warganet yang menyifatkan mereka seolah-olah mempromosikan LGBT.

Filemografi

Kunci
Eyka FarhanaMenunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2015JengkaAqishNyon Othman
Ramdan Che Hassan
Filem pertama
Polis EVOYatiGhaz Abu Bakar
Juvana 2: Terperangkap Dalam KebebasanNadiaFaisal Ishak
2016Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2019Autumn in Wales Eyka FarhanaAiraRahila AliPos-produksi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2011GemilangTV3
JuvanaNadia
Ramadhan TerakhirAnna
2012Naik Lif Turun TanggaSuhaila
Bunga-Bunga SyurgaEmilia
Mencari AtirahTV1
Citra JuwitaJuwitaTV9
2013-15Ema EmylianaEma/EmylianaTV3
2013AyamSaleha
Asmara LunaRania
2014Istikharah CintaAtikah
Papa ChefAinaTV1
2016Uda Dan DaraNijaAstro Prima
BodyguardYasminTV3
Cinta MacaronsAlinTV2
Ketupat Palas Mr. HandsomeUmiTV3
Atok VS Opah Nak RayaMilaTV1
2017Sumpah IbuSurayaTV9
Bahagia KasihmuTasnimTV3
Kisah Yang HilangSuri Bakawali
Red VelvetKilaAstro Ria
2018Halalkan Hati Yang Ku CuriEykaTV3
Air Mata Di Bumi MatadorPalomaTV2
BanterasAstro Ria
GhaibJessicaTonton
2019Sara KiranaEllyTV1
Bukan Cinta AkuNidaTV3
Nota Buat CempakaCempaka ElinaTV1

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2011Sejadah KaabahIzahTV3
Nur AinAin
2012Jatuh CintaTasha
Puteri Pulau TubaAinTV2
Diba Benci AbahDibaAstro Ria
Miang Buluh Keladi BirahFaraTV3
2013Laksam GirlDahliaAstro Ceria
Anak LorongTV3
Akhirnya Kisah PerempuanElinaTV2
Super GameboyRaihanaAstro Ceria
Pengancam PerkahwinanAstro Ria
2014Aising Dan Ceri
Dia AyahkuTV AlHijrah
KakakYantiTV3
Aki BangkuTVi
2015Mahar Cinta AliaNatashaTV3
Aku Mahu Ke New YorkFazuraAstro Ceria
2016Menanti PelangiTV1
Bujang Terlajak SenangMasturaTV9
Minit Terakhir
Ustaz Korea Sebelah RumahNatrahAstro Ria
Qaseh LeylaLeylaTV2
Sepatu Tinggi MedinaMedinaHyppTV
2017Tesis Cinta Untuk BBabyTV2
2018Roni World CupWaniAstro Warna
Romeo vs JulietJulientv7
Kembalikan SinarnyaJuliaTV3
Pengantin Lari Culik ArtisShanieAstro Citra

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2015Pada Suatu KetikaPengacaraTV1
2016Dalang PrankArtis jemputanAstro Warna
2017Jalan-Jalan Bazaar RamadanTV1Episod 1

Diskografi

TahunTajuk
2019
"Laki-Laki"

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 23 Aug 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Eyka Farhana is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Eyka Farhana
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes