peoplepill id: elizabeth-tan-1
ET
5 views today
7 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Elizabeth Tan (Bahasa Cina: 伊丽莎白·谭; lahir 18 November 1993) atau Tan Su Mei, juga dikenali sebagai Lizzy ialah seorang penyanyi, model dan pelakon Malaysiaberbangsa Cina. Dia berlakon dalam filem "Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Muzium", arahan Shy8. Selain itu, dia turut menyertai bidang nyanyian dan menghasilkan single Knock Knock (2014), Setia menampilkan Faizal Tahir (2015) dan Tabah (2016).

Kehidupan awal

Elizabeth Tan dilahirkan pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur. Dia ialah anak bongsu daripada 3 adik-beradik. Dia bersekolah di SMK Taman Melawati Kuala Lumpur. Dia telah menamatkan pengajian di Dallas (Texas), Amerika Syarikat.

Kerjaya

Elizabeth Tan menceburi bidang nyanyian dengan memuatkan video pada laman YouTube. Hanya dengan berbekalkan sebuah ukulele, Elizabeth mampu menyampaikan lagu-lagu cover dengan begitu baik dan antara lagu cover yang sudah dihasilkannya ialah lagu Pencuri; nyanyian asal Mark Adam, Kantoi; Zee Avi, Maafkan Aku dan beberapa lagu nyanyian Yuna seperti Terukir Di Bintang, Deeper Conversation dan banyak lagi lagu lain.

Dia mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu cover Havoc, yang juga nyanyian asal Joe Flizzow sekitar akhir tahun 2014. Selepas video tersebut dimuat naik, dia dihubungi oleh banyak syarikat rakaman bagi menjadikannya seorang artis rakaman.

Elizabeth kemudian menjadi artis dengan Faithful Music Malaysia, di bawah pengurusan Paranormal Talents, dan sudah merakamkan EP yang berjudul Maafkan Aku. Antara kelebihan lain yang terdapat pada Elizabeth ialah kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan turut menyanyikan banyak lagu Melayu membuatkan ramai peminat mudah mendekatinya.

Elizabeth juga turut tampil dengan video klip rasmi pertama iaitu lagu Royals nyanyian asal Lorde yang turut menyaksikan Elizabeth berduet bersama No Noise Percussion.

Elizabeth juga pernah tampil di stesen TV di Indonesia dalam beberapa program televisyen seperti Sarah Sechan, Ini Talkshow dan Music Everywhere. Elizabeth juga menyanyikan lagu Selamat Hari Raya dan video tersebut diputar selama bulan Ramadan.

Pada 31 Julai 2017, Elizabeth bakal muncul dalam sebuah drama bertajuk My Darling, Inspektor Daniel terbitan Skop Productions Sdn Bhd. Drama bersiri arahan Aziz M. Osman itu bakal ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria menggantikan drama Mencintaimu Mr. Photographer. Beliau akan bergandingan dengan Aaron Aziz, Siti Elizad, Dazrin Kamarudin dan Erra Fazira.

Diskografi

  • Knock Knock (2014)
  • The World Can Wait (2015)
  • Somewhere New (Goldfish & Blink feat. Elizabeth Tan) (2015)
  • Setia (Elizabeth Tan feat. Faizal Tahir) (2015)
  • Are You Leaving Now (2016)
  • Tabah (2016)
  • Mama (Aziz Harun feat. Elizabeth Tan) (2016)
  • Kini Masaku (2016)
  • Darling (2017)

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2015Transformers: Age of ExtinctionSu YuemingAlih suara (versi Bahasa Melayu)
Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk MuziumTyra Vlad
2018BuskerMel

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2017My Darling, Inspektor DanielMaya AdriannaAstro Ria
Gerak KhasSuzyTV2

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2017The Berlian JobDatin MonaAstro Citra

Program TV

TahunTajukPerananSiaranNota
2016Just DuetJuriNET.bersama Once Mekel, Mey Chan & Mike Mohede
2017Festival Filem Malaysia ke-29PengacaraAstro Riabersama Zizan Razak, Elizad Sharifuddin & Thanuja Ananthan

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2015
YouTube Malaysia
100,000 SubscribersN/AMenang
Anugerah Planet Muzik ke-14
Artis Baru Terbaik – WanitaKnock KnockMenang
Anugerah Influence Asia
Top Malaysian Breakout InfluencerN/ADicalonkan
Top Personaliti YouTube MalaysiaN/AMenang
2016
Anugerah Met10
Artis Wanita TerbaikN/AMenang
Muzik Video Terbaik (feat. Goldfish & Blink)Somewhere NewDicalonkan
Anugerah Juara Lagu ke-30
Anugerah Juara LaguKnock KnockFinalis
Anugerah MeleTOP Era ke-3
Grup / Duo MeleTOP (dengan Faizal Tahir)SetiaDicalonkan
Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night
Top 10 Karaoke Melayu PopularKnock KnockMenang
Anugerah Planet Muzik ke-15
Duo / Kumpulan Terbaik (dengan Faizal Tahir)SetiaDicalonkan
Lagu Terbaik – MalaysiaDicalonkan
Lagu Paling Popular APMDicalonkan
Anugerah Stail EH!
Selebriti Harapan PilihanN/ADicalonkan
Anugerah Industri Muzik ke-22
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik (dengan Faizal Tahir)SetiaDicalonkan
Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil TertinggiMenang
2017
Anugerah Juara Lagu ke-31
Anugerah Juara LaguFinalis
Anugerah Influence Asia ke-2
Top YouTube Channel MalaysiaN/ADicalonkan
Anugerah Stail EH!
Selebriti Wanita Bentuk Badan CantikN/ADicalonkan
Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night
Top 10 Karaoke Melayu PopularSetiaMenang
Anugerah Planet Muzik ke-16
Kolaborasi Terbaik – Artis (dengan Aziz Harun)MamaMenunggu

Rujukan

Pautan luar

Persondata
NamaTan Su Mei
Nama alternatifElizabeth Tan
Pemerihalan ringkasPenyanyi, Pelakon
Tarikh kelahiran18 November 1993
Tempat kelahiranKuala Lumpur, Malaysia
Tarikh kematian
Tempat kematian
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Elizabeth Tan is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Elizabeth Tan
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes