peoplepill id: dahlia-shazwan
DS
Malaysia
1 views today
27 views this week
Dahlia Shazwan
Malaysian television host

Dahlia Shazwan

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian television host
Religion(s):
Birth
Place of birth
Kuala Lumpur
Age
36 years
The details (from wikipedia)

Biography

Dahlia Shazwan binti Mohd Amin atau Dahlia Shazwan (lahir 1 Jun 1988) ialah seorang pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan pengacara rancangan Hlive di saluran Astro Ria. Beliau juga merupakan bekas peserta program realiti TV On Air musim pertama yang hanya sekadar ke separuh akhir.

Kehidupan peribadi

Dahlia Shazwan dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau berkahwin dengan pegawai pemasaran, Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016. Beliau dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 22 Februari 2018.

Kerjaya

Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Hafizul Kamal, Syakirin Husnal, Hefny Sahad dan CK Faizal, di mana beliau hanya sekadar masuk ke separuh akhir. Dahlia merupakan salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan pelapis Astro di bawah bimbingan Aznil Nawawi.

Walaupun tersingkir lebih awal, Dahlia tidak menoleh ke belakang apabila menerima tawaran daripada personaliti televisyen berpengalaman, Suhaimi Sulaiman, yang ketika itu berkhdmat sebagai Ketua Pengarang Rangkaian Berita di Astro Awani. Selepas menamatkan latihan, beliau diambil bertugas sebagai wartawan penyiaran dan kemudiannya diletakkan di bawah program infotainmen, Gala TV.

Sejak 2016, beliau menjadi jurucakap Trivago yang mana Shazwan muncul dalam setiap versi iklan ini.

Filemografi

Televisyen

  • Gala TV
  • Hlive

Iklan

  • Trivago (sejak 2016)

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 23 Aug 2019. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Dahlia Shazwan is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Dahlia Shazwan
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes