peoplepill id: bob-lokman
BL
Malaysia
1 views today
1 views this week
Bob Lokman
Malaysian actor

Bob Lokman

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actor
Gender
Male
Religion(s):
Birth
Place of birth
Kubang Kerian, Malaysia
Age
60 years
Bob Lokman
The details (from wikipedia)

Biography

Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman (lahir 15 April 1964) merupakan pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik terkenal di Malaysia dan kini penceramah agama dan politik di pentas PAS. Namanya melonjak naik selepas lagu popular Isabella nyanyian Search. Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.

Pendidikan

Beliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang,Selangor. Beliau ialah ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbahas sekolah agama kerajaan negeri Selangor itu. Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, dia dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku 'Aku, Isabella dan Tok Kenali'. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.

Menyertai PAS

Pada 19 Februari 2011, Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Borang keahlian PAS diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah/Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.Tindakannya itu memberi inspirasi baru kepada PAS dan 'dipentaskan' ke seluruh negara termasuk dalam Pilihan raya kecil Merlimau di Melaka.

Ditahan kerana berceramah

Pada 10 Oktober 2011, Bob Lokman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa permit. Larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah ini telah termaktub dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seksyen 14 (1). Kesalahan berceramah tanpa tauliah bukanlah perkara baharu kerana ahli politik seperti Abdul Khalid Samad dari PKR juga tidak disambung permit ceramah dan berhadapan perbicaraan di Kapar. Jais juga pernah menahan bekas Mufti Perlis, Professor Madya Dr. Asri Zainul Abidin. Permohonan tauliah boleh dibuat melalui JAIS,melalui empat kategori.

Ceramah itu disampaikan selepas Solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dengan seramai 70 jemaah masjid ketika itu. Beliau ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan menghadiri siasatan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat pada keesokannya. Pengarah Jais Marzuki Hussin mengesahkan Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Beliau tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS. Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Beliau mempersoalkan mengapa JAIS menahan beliau setelah bertaubat dan mendekati Allah. Sedangkan dahulu dia bergelumang dalam arus keduniaan dalam dunia hiburan.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan dimaklumkan bahawa penganjur majlis ceramah turut diminta memberi keterangan.

Lagu-Lagu ciptaan

  1. Taman Rashidah Utama - Wings
  2. Fotostat - Wings
  3. Purnama - Search
  4. Warisan Wanita Terakhir - Teacher's Pet
  5. Malas - Teacher's Pet
  6. Songsang - Search
  7. Dakapkan Ku Ke Syurga - Teacher's Pet
  8. Inspirasi Taming Sari - Wings
  9. Intan, Ku Kesepian - Wings
  10. Belenggu Irama - Wings
  11. Sekeping Kertas Bermaruah - Wings
  12. Dari Tuhan - Wings
  13. Jerangkap Samar - Wings
  14. Orang Kita - Wings
  15. Isabella - Search
  16. Memandu Nafsu - Search
  17. Teguh - Search
  18. Orait Mama - Search
  19. Kasih - Ella
  20. R 'N' R Lu Punya Suka - Wings
  21. Akhirnya - Search
  22. Ikutkan Saja - Search & Wings
  23. Kuburkan Aku - Wings
  24. Rock 'N' Roll Band - Wings
  25. Tangisan Marhain - Wings
  26. Puisi Merdeka - Wings
  27. Dendam Cinta Seusia Dunia - BPR
  28. Aku Mercedes Rock 'N' Roll - Black Rose
  29. Mawar Hitam - Black Rose
  30. Keindahan Sepi - Lefthanded
  31. Semangat Lamina - Lefthanded
  32. Pusara Di Lebuhraya - Ekamatra
  33. Kerana Cinta - Exist
  34. Di Galeri Ini- Mega
  35. Bila Berlabuh - Mega
  36. Tulisan Mu - Mega
  37. Pada Syurga Di Wajahmu - Nash
  38. Memburu Rindu - Hattan
  39. Rendang Tak Berbuah - Hattan
  40. Falsafah Cinta - Slam

Filemografi

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
Pi Mai Pi Mai Tang TuTV3Episod "Kaki Pau"
2007Teksi TunaiPengacaraAstro PrimaRancangan realiti

Filem

TahunTajukPerananCatatan
1996Yes, Tuan!
2003IskandarEddie Gondol
2009Jin NottiJin Samsu
SantauBomoh
2010ZooEncik Din
MantraHaji Fatah
2011Sekali LagiBapa Sheila

Rujukan

Pautan luar

  • Bob Lokman di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 24 Mar 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Bob Lokman is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Bob Lokman
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes