peoplepill id: azhan-rani
AR
Malaysia
11 views today
18 views this week
Azhan Rani
Malaysian actor

Azhan Rani

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actor
Gender
Male
Religion(s):
Birth
Age
48 years
The details (from wikipedia)

Biography

Azhan bin Abdul Rani (lahir 24 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan menerusi teater dan drama radio, beliau terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.

Kehidupan awal

Azhan dilahirkan pada 24 Januari 1976 di Tanjung Karang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Kubu Bharu. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin.

Kerjaya

Azhan memulakan kerjaya awal sebagai pelakon teater pada 1994. Beliau seterusnya bergiat aktif dalam drama radio pada 2004, ketika berusia 28 tahun, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menjayakan sebanyak 100 drama radio. Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie. Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.

Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan. Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Raja Lawak, KL Zombi. Beliau turut membintangi dua lagi filem yang ditayangkan pada tahun sama, Aku Pilih Kamu dan Kolumpo.

Azhan memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.

Beliau muncul bersama Ayda Jebat dan Syafiq Kyle dalam drama Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran di TV3. Azhan memegang watak sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli yang bersiaran di TV3 sepanjang Ramadan. Azhan muncul dalam filem Kalla: Hidup Atau Mati arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang ditayangkan pada Oktober 2018, serta filem Bikin Filem yang akan menunggu tarikh tayangan.

Kehidupan peribadi

Azhan dilahirkan dan dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor. Bapa beliau, Abdul Rani Sabri meninggal dunia pada 21 Ogos 2016 pada usia 71 tahun akibat penyakit sesak nafas. Selain itu, Azhan juga bersahabat baik dengan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, malah beliau beranggapan Farid (yang ketika itu sedang berhadapan dengan tuduhan jenayah di mahkamah) tidak pernah menganiaya sesiapa.

Azhan masih membujang dan belum berkahwin, beliau bagaimanapun tidak tertekan jika ditanya tentang soal berumahtangga. Selepas bapanya meninggal, Azhan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibunya.

Filemografi

Kunci
Filem atau drama yang belum dikeluarkanMenunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2011KotakFilem bebas
2013KL ZombiAzmanWoo Ming JinFilem pertama
Balada PencintaKhir Rahman
Aku Pilih KamuBapa QesyaEyra Rahman
KolumpoAzhanBront Palarae, Sheikh Munasar, Rozi Isma
2014Anak JantanEjen AliFaizul A. Rashid
Lelaki Harapan DuniaCinaLiew Seng Tat
2018Hantu Rumah Sakit JiwaRazakMichael AngFilem televisyen

Astro First

Kalla: Hidup Atau MatiInspektor HarrisWan Hasliza Wan Zainuddin
2019MotifKamalNadiah Hamzah
TBABikin Filem Filem atau drama yang belum dikeluarkanHitler Zami

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2007Sesuci Cinta SoffiyaImranTV3
Dinasti Bilut
Spa QZakiTV3
2008Ku Milikmu
2009Tower 13Detektif Malik
Warkah Terakhir: Rosli DhobyAbang Han Abang AhmadAstro Citra
Lembing dan Layang
Aliff FirdausSuami AthirahTV3
2010Dendam Orang MinyakLamin
2011WasiatAstro Prima
GemilangAliTV3
SupermakInspektor Reez
Iparku DivaHassanAstro Warna
2012Cinta Dalam HatiRio Darwan
Amukan PocongLong HussinTV3
Mana Hilangnya JuwitaAstro Ria
2012Tanah Kubur (Musim 4)HalimAstro OasisEpisod: "Susuk Marabah"
2013Tanah Kubur (Musim 6)KamalEpisod: "Sisih Anak"
2013Derhaka Seorang MaduKamalTV3
2014Tanah Kubur (Musim 11)ManAstro OasisEpisod: "Mayat Terapung"
2015Tanah Kubur (Musim 14)YusofEpisod: "Teraniaya Rusuk Kiri"
BidadariAnjangTV3
Wadi
Kifarah MistikEpisod: "Saka"
2016Tanah Kubur (Musim 15)AzmiAstro OasisEpisod: "Kahwin Paksa"
Samudera RinduZainalTV9
2017Budak IjatRazakTV3
Dekatkan Jarak KitaKamil
Aku Di SisimuFaizal
Waris Kampung Semarah PadiWakTV1
Ops Cinta Din SardinZackTV9
2018Halalkan Hati Yang Ku CuriAbang AliTV3
NurUstaz Syed Hamadi
KL Gangster: UnderworldTaukeIflix
Matahari Cerah LagiJalilTV Okey
Mencari QiblatUstaz MalikTV3Slot Zehra
2019Nur 2Ustaz Syed Hamadi
Aku Tak Raya
Hilang Yang KembaliTuan Ismail
Rumah Siti KhadijahChip
Sembil9nAstro GO

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
20117 LaguAstro Citra
2012EgoTVi
Meriahnya RayaTV1
Neraka AbahTV9
7 Hari Di Neraka
Teratak ShamsiahDato' RausTV3
Mr LabuciMarlique
2013Abah Tak Balik Malam RayaBasri
2014SalomaA. R. TompelAstro First Eksklusif
2015Spaghetti Masak LodehZikri
Rindu Dari PenciptaHaziqAstro Prima
2016Aku Tak Marah
2017Lukisan CintaAstro Ria
Psikopat
Yam MelaramTV9
InayahMuhammadAstro Citra
Kapur Kuning Buat Puteh
SyurgakuTV3
SakitOmar
Hijrah Di Ufuk SenjaSaifulTV2
Jalan SehalaPak AjisTV1
2018Kitab SijjinAstro Citra
Apabila Terbit FajarJohanTV3
2019Dari Jauh
Viral Alam MayaMalik
Restu AyahWahid
Terima Kasih IbuCikgu Malik
Aku Raja LawakAstro Citra
SesekaliTV2
TebusAstro Citra

Teater

TahunTajuk
2004Lantai T. Pinkie

Drama radio

Tajuk
Tuah Si Pandir
Kesetiaan Seorang Pahlawan
Istiqamah Sebuah Cinta
Nilam Satria

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2015Anugerah Tribute P. RamleePelakon Pembantu TerbaikMenang
2019Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019Antagonis PilihanMenang

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 01 Jan 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Azhan Rani is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Azhan Rani
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes