peoplepill id: antonio-vincent
AV
Malaysia
1 views today
1 views this week
Antonio Vincent
Malaysian singer

Antonio Vincent

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian singer
Work field
Gender
Male
Star sign
Place of birth
Bukit Mertajam, Central Seberang Perai, Penang, Malaysia
Age
58 years
Instruments:
The details (from wikipedia)

Biography

Antonio Manickvasagam Surendran Vincent (1 Disember 1952 - 18 Januari 2011), lebih dikenali sebagai Antonio Vincent, ialah seorang penyanyi dan penulis lirik kumpulan Sweet September di Malaysia.Antonio dikenali sebagai penyanyi utama kumpulan Sweet September yang muncul di kaca TV serta merekod sebanyak 4 album pada era 80-an.

Kehidupan awal

Antonio lahir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia.Antonio anak lelaki ketiga daripada 7 adik-beradik.Antonio anak kepada A.C. Vincent (ayah) (telah meninggal dunia) dan Aida Rethnavathy (ibu) (telah meninggal dunia). Antonio membesar di 2 tempat di Pulau Pinang sebelum menetap sepenuhnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Antonio belajar sepenuhnya di Sekolah Menengah Bukit Mertajam dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5.Antonio aktif dalam persembahan bakat serta bidang sukan seperti badminton di sekolahnya. Antonio memang meminati dunia persembahan dari kecil lagi.

Kerjaya muzik

Pada awal 70-an, Antonio telah mula menceburi dunia hiburan dengan bermain di beberapa kelab malam bersama kumpulan lain sebelum menemui rakan kumpulan Sweet September yang lain.

Pada sekitar tahun 80-an, Antonio dan ahli kumpulan Sweet September yang lain telah menerbit sebanyak 4 album.Antonio lebih dikenali dengan lagu "Gaji", "Nak Kahwin Duit Tak Ada", "P. Ramlee Medley" dan banyak lagi.

Kehidupan peribadi

Antonio telah berkahwin dengan Annie Ooi Moke Suang @ Ooi Saw Ean pada 31 Oktober 1979.Pada 9 Oktober 1980, beliau telah menimang seorang anak perempuan yang dinamakan Rina Rishilah Rani.Ini adalah satu-satunya perkahwinan beliau.

Kematian

Pada 18 Januari 2011, jam 3.45 petang, Antonio telah diserang sakit jantung semasa beliau di dalam bilik air.Isteri Antonio, Annie Ooi sempat membuka pintu bilik air sebelum Antonio menghembus nafas terakhir.Malangnya, serangan sakit jantung beliau mengakibatkan peninggalan beliau dari dunia ini.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article on 13 Sep 2020. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Antonio Vincent is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Reference sources
References
Antonio Vincent
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes