Quick Facts
Intro | Malaysian chef |
Is | Chef Television presenter |
From | Malaysia |
Field | Film, TV, Stage & Radio Food and Drinks |
Gender | female |
Birth | 18 November 1986, Kuala Lumpur, Malaysia |
Age | 35 years |
Star sign | Scorpio |
Biography
Anis Nabilah binti Umaruddin (lahir 18 November 1986) merupakan seorang cef selebriti, pengacara dan personaliti media Malaysia, terkenal dengan rancangan televisyen masakannya. Beliau merupakan kakak kepada pelakon dan penyanyi, Aisya Hasnaa.
Kehidupan awal
Anis Nabilah dilahirkan pada 18 November 1986 di Kuala Lumpur, Malaysia dan berdarah kacukan Melayu dan Pakistan. Beliau mempunyai adik-beradik seramai lapan orang (tujuh perempuan dan seorang lelaki) dan merupakan anak keempat. Adiknya, Aisya Hasnaa merupakan pelakon dan penyanyi. Beliau telah menghadiri Institut Makanan Malaysia dan lulus dengan diploma dalam seni masakan pada tahun 2007. Abang sulungnya ialah Adam Emir yang meninggal dunia pada 2016.
Kerjaya
Setelah belajar untuk memasak sejak berusia 10 tahun, Anis Nabilah yakin beliau mempunyai kemahiran dan bukan hanya mencari pekerjaannya sekarang. Cita-cita beliau ialah untuk mendapatkan khidmat yang lebih berpengalaman untuk mempelajari seni memasak. Anis sendiri belajar memasak ketika masih muda, katanya, menjelaskan bahawa beliau selalu memerhatikan ibunya di dapur. "Suatu hari, saya cuba membuat telur dadar sendiri. Ia ternyata menjadi kejayaan dan saya mula belajar memasak dari sudut itu."
Pada usia 21 tahun, Anis telah menghadiri uji bakat dan mendapat bahagian untuk mengendalikan rancangan masakan sendiri, Icip Icip yang bersiaran di TV3. Dalam rancangan Kuali Bujang, Anis memasak untuk individu yang berstatus bujang, termasuk selebriti, dan menunjukkan kepada mereka cara mudah memasak hidangan yang hebat.
Anis bersama tiga adik-beradik perempuannya, termasuk adiknya, Aisya Hasnaa muncul dalam rancangan drama realiti The Dream Sisters yang mengisahkan perjalanan 4 gadis jelita dalam menggapai cita-cita dan impian yang mereka hajati melalui perspekstif diri dan inspirasi yang diperolehi dari ibu bapa mereka. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV9 pada 28 Januari 2013. Menerusi siri ini, Anis berdepan dengan kesukaran yang dihadapinya untuk membuka sebuah restoran.
Anis menjadi satu-satunya cef selebriti Malaysia yang muncul dalam program travelog makan-makan My Taste of Hong Kong (TLC Asia) dan Eating Wild (Asian Food Channel). Bermula 22 Mei 2016, Anis mengacarakan rancangan masakan berkonsepkan santai, Eat Clean with Anis yang bersiaran serentak di Astro Bella dan Astro Mustika HD, yang mana beliau berkongsi hampir 39 resepi baru kepada selebriti jemputan termasuk Diana Danielle, Miera Leyana, Afiq Muiz, Faizal Hussein dan lain-lain.
Kehidupan peribadi
Anis masih membujang dan belum berkahwin, kesibukannya mengendali rancangan masakan di televisyen membuatkan beliau lupa kepada soal kahwin.
Biarpun sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang kulinari, Anis mengakui belum cukup meyakinkan keluarganya untuk menyediakan rendang di Hari Raya. Beliau berkata dalam temuramah bersama The Malay Mail: "Rendang disediakan mak saya. Saya tak pernah masak rendang di rumah untuk raya. Saya masak rendang masa lain bukan masa Raya. Raya tugas mak saya."
Anugerah
Beliau memenangi pingat dalam pertandingan Culinaire 2007. Beliau juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen 50 Restoran Terbaik Asia 2015 oleh Singapore Tourism Board. Anis juga dipilih antara 80 cef selebriti paling berpengaruh dalam kempen ‘Restaurant Australia’ anjuran Tourism Australia. Anis juga pernah dicalonkan bagi kategori Chef Selebriti Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013.
Televisyen
- Icip-Icip (TV3)
- Selera (TV3)
- Enak Tradisi (TV1)
- Sesedap Rasa (TV2)
- Cerita Rasa Anis Nabilah (TV2)
- 1, 2, Bakar (TV3)
- My Taste of Hong Kong (TLC Asia)
- Eating Wild (Asian Food Channel)
- Eat Clean with Anis (Astro Ria)
- Mencari Resipi Turun Temurun (TV9)
- The Dream Sisters (TV9)
- Kuali Bujang (HyppTV)
- Ramuan Rahsia (TV1)
- I Can see Your Voice Malaysia Musim 2 Episod 13' (TV3)
Rujukan
Pautan luar
- Anis Nabilah di Facebook
- Anis Nabilah di Twitter
- Anis Nabilah di Instagram
