Zamaera
Quick Facts
Biography
Sharifah Zamaera Syed Zafilen Al Edros (lahir 14 Mei 1995) merupakan seorang rapper, penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau mula meraih perhatian meluas dengan melancarkan dua single serentak, iaitu "Helly Kelly" dan "Wanita" pada 2017. EP sulungnya, Z, dikeluarkan pada Mac 2019.
Kerjaya
Sewaktu menduduki Tingkatan 5, Zamaera mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia 17 tahun. Beliau menjadi salah seorang daripada 50 peserta pertandingan Red Bull Blend 2016, menjadikan beliau satu-satunya peserta wanita sekaligus memenangi tempat kedua.
Zamaera mula mendapat tempat di arena muzik hip hop tanah air dengan melancarkan single sulungnya, "Helly Kelly", yang berjaya mendominasi carta Malaysian English Tghhghghgop 10 (MET10) di hitz selama enam minggu. Ia menjadi salah satu daripada dua singlenya yang dikeluarkan serentak pada 2017. Beliau seterusnya melancarkan lagu "Wanita", single bahasa Melayu pertamanya yang mengangkat tema pemberdayaan wanita.
Beliau kemudian melancarkan single ketiganya, "Still Callin'" pada awal Februari 2018. Beliau kemudian muncul di MTV Asia apabila diundang menjayakan rancangan Yo! MTV Raps pada Jun 2018.
Pada 29 Mac 2019, Zamaera melancarkan EP sulungnya, Z yang memuatkan sebanyak lima lagu. Beliau turut mengadakan konsert jelajah seluruh negara bagi mempromosikan Z di pawagam TGV terpilih.
Beliau melancarkan lagu terbaharunya, "Get Munni" menampilkan kolaborasi bersama Lil Asian Thiccie. Dikeluarkan pada 28 Jun 2019 dan diterbitkan oleh SonaOne, muzik videonya telah mencatat 160,000 jumlah tontonan di YouTube. Beliau seterusnya melancarkan single terbaharunya, "Jangan Salah Sangka" pada 11 Oktober 2019.
Zamaera turut menyumbangkan lagu ciptaannya bersama Luca Sickta, Shou Raion dan Bryan B yang bertajuk "Dolla Make You Wanna" yang dipersembahkan oleh kumpulan Dolla.
Pada tahun 2020, beliau merakamkan lagu jingle untuk OldTown White Coffee bertajuk "Kopi Dulu, Makan Dulu" yang dirakamkan dalam empat bahasa. Video promosi lagu itu bermula dengan segmen berkaitan garis panduan COVID-19 untuk keluar makan.
Beliau terpilih mewakili Malaysia di Asean-Korean Music Festival Round 2020 yang berlangsung pada 6 Disember 2020. Zamaera juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi drama Sitik Tok sebagai Maru.
Imej dan bakat
Selain muzik, Zamaera juga memiliki bakat menulis puisi dan mengarang cerpen sejak berusia 8 tahun. Minat mendalam terhadap muzik hip hop dan R&B serta kesusasteraan Inggeris menjadi pendorong hala tuju dalam kerjaya beliau. Zamaera juga menambah SonaOne banyak membantu dan membimbingnya dalam penghasilan melodi dan aktiviti belakang tabir, baginya apa yang penting ialah dapat berkarya. Selain itu, beliau menjadikan penyanyi A.S., Nicki Minaj sebagai inspirasi.
Beliau juga memetik Tupac, Beyoncé, Lauryn Hill dan Erykah Badu sebagai pengaruhnya. Zamaera berkata kepada South China Morning Post bahawa beliau menggunakan muziknya bagi memulakan perbualan mengenai isu sensitif dan mengakui masyarakat tidak membincangkannya secara terbuka.
Kehidupan peribadi
Zamaera dilahirkan di Subang Jaya, Selangor. Beliau pernah menetap selama lima tahun di Brunei kerana urusan kerja bapanya. Beliau menghadiri Universiti Taylor bagi melanjutkan Matrikulasi Australia Selatan (SAM) di mana beliau mempelajari undang-undang, ekonomi dan psikologi. Beliau juga ialah sepupu kepada penyanyi rap Altimet.
Diskografi
EP
Tajuk | Buitran album |
---|---|
Z |
|
Single
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2017 | "Helly Kelly" | |
"Wanita" | ||
2018 | "Still Callin'" | |
"Truth" | ||
2019 | "Get Munni" | Lil Asian Thiccie |
"Jangan Salah Sangka" |
Filemografi
Tahun | Tajuk | Peranan | Stesen TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Sitik Tok | Maru | TV3 | Lakonan pertama |
Rujukan
Pautan luar
- Tapak web rasmi
- Zamaera di Facebook
- Zamaera di Twitter
- Zamaera di Instagram