Zalif Sidek
Quick Facts
Biography
Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek (lahir 1 Ogos 1985) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal menerusi peranan lakonan di televisyen, filem dan iklan.
Kerjaya
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Zalif terlebih dahulu menceburi lakonan iklan komersial sekitar 2007. Pada tahun 2008, beliau menyertai KRU Studios sebagai Eksekutif Promosi. Sekalipun sudah berkerja di KRU Studios, Zalif masih mencuri masa dan ruang berlakon iklan. Antara iklan pernah dijayakannya seperti Panadol Soluble Actifast dan maskot DiGi dengan kostum kuning serta 'duta' Astro First.
Zalif membuat penampilan filem pertama menerusi watak sampingan dalam filem aksi komedi Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim. Beliau diberi kepercayaan oleh pengarah Hashim Rejab untuk menjayakan peranan utama bersama Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha dalam filem Papa I Love You yang ditayangkan pada 29 Disember 2011, berkisarkan tentang kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal terhadap anaknya selepas kematian isterinya. Pada tahun berikutnya, Zalif digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri komedi Paan dan Paiz arahan Shahrulezad Mohameddin dengan skrip oleh Shamsull Hashim, mengisahkan tentang dua sahabat karib, Paan dan Paiz yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak. Zalif kemudian berlakon dalam filem komedi Islamik arahan Razif Rashid, Aji Noh Motor, yang dityangkan pada 20 September 2012.
Beliau membuat penampilan khas sebagai Gangster Poyo dalam filem Langgar arahan sulung Sein Ruffedge lakonan Ady Putra, Namron, Hans Isaac dan Zul Huzaimy. Zalif meninggalkan Metrowealth Pictures selepas kontraknya tamat dan memutuskan untuk menguruskan sendiri kerjayanya kerana yakin pengalaman akan membantunya berdiri lebih kukuh.
Kehidupan peribadi
Zalif lahir dan membesar di Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim yang juga sepupu kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sekitar 2012, namun hubungan mereka berakhir akibat perbezaan kreatif.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Bini-Biniku Gangster | Mat Saja | Ismail Bob Hasim | |
Papa I Love You | Bahar | Hashim Rejab | ||
2012 | Hantu Dalam Botol Kicap | Azhari Mohd Zain | ||
Aji Noh Motor | Noh | Razif Rashid | ||
Aku Terima Nikahnya | Eyra Rahman | |||
Budak Pailang | Hashim Rejab | |||
2013 | Ajiboy | Ismail Bob Hasim | ||
Pada Suatu Cinta Dahulu | Hashim Rejab | |||
Langgar | Gangster Poyo | Sein Ruffedge | Penampilan khas | |
Bencinta | Eyra Rahman | |||
2014 | Jangan Pandang Belakang Boleh | Ismail Bob Hasim | ||
Lu, Gua, Bro! | Yu | Ismail Bob Hasim | ||
2019 | Tiada Tajuk | Mawi |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Paan & Faiz | Paan | TV3 | |
2013 | Tanah Kubur (Musim 9) | Sulaiman | Astro Oasis | Episod: "Aniaya Yatim" |
2015 | Ema Emyliana 3 | Zizi | TV3 | |
2016 | Love You, Mr. Arang | Fairus | TV3 | |
2018 | Sejuta Rasa Buat Adelia | Zubir | Astro Ria | Slot MegaDrama |
Budak Usin | Hud | TV3 | Slot Iris | |
Destinasi Ukhuwah | Erwan | TV1 | Slot Kejora |
Iklan
Tahun | Iklan |
---|---|
2007 | Digi |
2011 | Astro First |
2017 | Expedia |
KFC | |
Wonda Coffee | |
Panadol Soluble Actifast |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Festival Filem Malaysia ke-24 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Dicalonkan |
Pelakon Harapan Lelaki | Dicalonkan |
Rujukan
Pautan luar
- Zalif Sidek di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Zalif Sidek di Instagram