Zack Kool
Quick Facts
Biography
Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zack Kool (lahir 1 Ogos 1966) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan boyband Kool.
Kehidupan awal
Zack dilahirkan pada 1 Ogos 1966 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tangga Batu,Melaka, Sekolah Menengah Seri Tanjung, Melaka. (Tkt 1 - Tkt 5), Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Melaka (Tkt 6 ) dan seterusnya menyambung pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Kerjaya
Sebelum menjadi penyanyi, Zack terlebih dahulu memulakan kerjaya awal sebagai penari sebaik sahaja tamat Tingkatan 6. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Zack telah diminta oleh Jaafar Onn untuk menghadiri ujibakat dan menjadi anak didik di studio milik Jaafar, seterusnya mengikuti kelas tarian di bawah bimbingan Bad Latiff.
Beliau kemudian dipertemukan dengan Jay yang akhirnya membawa kepada menubuhan kumpulan Kool yang turut disertai oleh Hairee dan Riot, seterusnya diterima sebagai artis rakaman di Sony Music. Kool telah menerbitkan 3 album studio dan sejak itu kesemua ahli kumpulan ini terikat dengan komitmen kerjaya masing-masing.Pada tahun 1998 Zack telah menubuhkan kumpulan V3, yang di anggotai oleh Zack, Zaini dan Ariff . Sebuah album berjudul Album V3.Sekian lama mendiamkan diri dalam nyanyian akhirnya kembali dengan Album Single pada tahun 2009 Cinta Tiga Segi, dan yang terbaru beliau telah mengeluarka sebuah Album (2021) di Youtube yang berjudul Bisikan Kalbu di mana terdapat 7 buah lagu , di ataranya Bisikan Kalbu, Makbulkanlah, Dari Tanah ke Tanah, Maafkanlah, Kirimkan Sebuah Salam, Tak Kekal Lama dan Doa Makan . Genre lagu berbagai dan berkonsipkan lagu Ketuhanan.
Zack juga ialah Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sehingga Januari 2019. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi tiga filem dan puluhan drama. Antara kredit lakonannya termasuk GK3 The Movie, Lagenda Budak Setan 2: Katerina dan Roda-Roda Kuala Lumpur.
Apabila Kool menjadi peserta Gegar Vaganza musim ke-6, Zack mengumumkan telah meninggalkan kumpulan itu sambil mengatakan beliau ingin mendalami ilmu agama termasuk menyertai tabligh. Zack turut berkata seorang lagi ahli, Jay juga tidak lagi bersama Kool, meninggalkan dua ahli asal Hairie dan Riot meneruskan perjuangan dalam kumpulan itu.
Kehidupan peribadi
Zack berkahwin dengan Nur Ziyani Mohd Jalani dan dikurniakan 3 anak. Pada 26 Disember 2016, Zack sekeluarga terselamat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Melaka. Kejadian itu berlaku di Air Paabas pada jam 6:30 petang ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Diskografi
Kool
- KOOL (1995)
- Fantasi (1997)
- Satu Arah (1998)
Filemografi
Filem
- Janji Diana (2003)
- GK3 The Movie (2005)
- Tentang Bulan (2006)
- Lagenda Budak Setan 2: Katerina (2012)
- Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (2014)
Drama
- Kisah Benar (Musim 22) - Episod: "Segalanya Sudah Terlewat" (2003) sebagai Zahir
- Roda-Roda Kuala Lumpur (2008–2013) sebagai Sarjan Manan
- Gerak Khas (2009, 2014)
- Kerana Sarah (2013) sebagai Datuk Ishak
- Memori Cinta Suraya (2015) sebagai Ustaz Firman
- Jasmine (2016) sebagai Tuan Iskandar
- Dendam Aurora (2017) sebagai Dr Azam
- Kenyalang I'm In Love (2018) sebagai Tuan Kamal
- Roxy (2022) sebagai Profesor Melon
- Gerak Khas Undercover (Musim 2; 2022) sebagai Mirza Sarbani
- Bukan Puteri Lindungan Bulan (2023)
Telefilem
- Pendekar: The Movie (2002)
- Orang Kasar (2003)
- Tiada Galang Ganti (2020) sebagai Haji Shahril
Rujukan
Pautan luar
- Zack Kool di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)