Yasmin Hani
Quick Facts
Biography
Yasmin Hani binti Ismail Richardson atau lebih dikenali sebagai Yasmin Hani dilahirkan pada 11 Jun 1979. Berasal dari di Rawang, Selangor. Merupakan seorang pelakon dan pengacara di Malaysia. Yasmin pernah menjadi penyampai radio Era FM.
Yasmin Hani mula menempa populariti sebagai artis apabila bakatnya mula meraih perhatian menerusi program hiburan, Muzik @ Ria terbitan Astro, beberapa tahun lalu. Yasmin juga pernah mengacarakan program realiti, Keynote.
Yasmin Hani dan rakan-rakannya juga aktif menjalankan kerja kebajikan membantu mereka yang digelar penghuni jalanan melalui penyertaannya dengan Pertubuhan Reach Organisation (Reach Org) yang dikendalikan dengan kerjasama ejen pencari bakat, Kleo & Tony. Dia aktif membantu sebilangan insan yang hidupnya melarat di sebalik bangunan pencakar langit, di celah lorong di kota kosmopolitan seperti Kuala Lumpur ini. Mereka tidur bertemankan embun, pakaian tak berganti malah makan dan minum semuanya mengharapkan belas ihsan.
Filemografi
Drama
- Dilema,
- Astana Idaman,
- Chili Jus Pedas,
- Skuad Elit,
- 3+1,
- Campus Rock,
- Neon,
- Cinta Tak Bertepi,
- Ampang Medikal
- Wasiat
- Keluarga Pontimau
Filem
- Cicak-Man (2006)
- Duyung (2006)
- Bilut (2006)
- 2 Hati 1 Jiwa (2008)
- Ratu The Movie (2011)
- Gentayangan
Telefilem
- Love Nora
Televisyen
- Kelab Disney
- Ria Sentral bersama Sazzy Falak di Astro Ria
- Muzik @ Ria di Astro Ria
- Pakar Kejelitaan di TV3
- Sensasi Batik di Astro Ria
- Pop Sensasi di Astro Prima
- Dua Dunia di Astro Ria
- Carven Ong di website
- Layar Lensa di RTM
- AIM Prelude 2010 di NTV7
- Keynote di Astro Ria