
Quick Facts
Biography
Datuk Patinggi Tan Sri Wong Soon Kai (lahir 10 Februari 1927 - 22 Mac 2017) merupakan bekas ahli politik Barisan Nasional di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Sibu, negeri Sarawak. Beliau bertanding di kampung halamannya atas tiket parti Barisan Nasional / SUPP. Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud telah setuju melantik beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Presiden SUPP. Beliau tidak pernah berkata 'tidak' kepada sesiapa jua yang ingin berjumpanya ketika menjadi presiden parti dan timbalan ketua menteri. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 Wong Soon Kai ditewaskan secara mengejut oleh calon DAP Ling Sie Ming dengan majoriti tipis 1412 undi. Oleh itu Ling dikenang sebagai 'giant killer'.
Pada pilihan raya tahun 1996, Wong Soon Kai kalah di ADUN Bukit Assek kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti 226 undi walaupun kawasan pilihan raya tersebut kubu kuat kepada parti SUPP. Beliau kemudian bersara dari politik akibat kekalahan pada pilihan raya. Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dilantik sebagai presiden SUPP. Kekalahan Wong Soon Kai ini menyamai kekalahan Tun Dr Lim Chong Eu di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1992. Sejak itu DAP bertapak di Kuching, Sibu dan Miri. Apabila kawasan Lanang diwujudkan pada 1990, kawasan ini juga dirampas oleh DAP melalui pemimpin mudanya Jason Wong Sing Nang mengalahkan calon SUPP Tieu Sung Seng dengan majoriti 3,973 undi.
Meninggal dunia
Wong Soon Kai menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya pada pukul 4 pagi. Wong Soon Kai meninggal dunia akibat sakit tua. Beliau akan dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana pada 25 Mac 2017. Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg juga dijangka akan memberi penghormatan terakhir petang Jumaat pada 24 Mac 2017.
Lihat juga
- Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978