Wan Sharifuddin bin Wan Hassan
Quick Facts
Biography
Wan Sharifuddin bin Wan Hassan yang dikenali sebagai Wan Shah, dilahirkan pada (1984-05-28) 28 Mei 1984dan berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau merupakan bekas anggota kumpulan UNIC (2002-2004) yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid. Sebelum beliau mengundur diri dari kumpulan UNIC pada tahun 2004, beliau telah memegang watak pengawas sekolah bersama Fitri Haris dalam telemovie See You Di IPT pada tahun 2004 sebagai kemunculan terakhirnya bersama UNIC.
Setelah hampir sedekad menyepikan diri, beliau telah membuat comeback bukan sebagai anggota UNIC lagi, tetapi secara solo dengan sebuah lagu single bertajuk ISTERI dan secara berkumpulan nasyid baru yang ditubuhkan oleh beliau sendiri iaitu kumpulan U-NICE bersama Afendi yang juga bekas anggota kumpulan UNIC yang mengundurkan diri pada tahun 2003.
Tidak lama selepas itu beliau juga telah bersama menjayakan sebuah program Cahaya Kasih kerjasama Group Inspirasi Unik dan sebuah sekolah PPDK Nusajaya pada tahun 2010 dengan sebuah lagu bertajuk Cahaya Kasih ciptaan sepenuhnya oleh Wan Shah sendiri, tujuan program ini adalah untuk mengutip dana bagi membantu golongan kurang upaya dengan mengadakan sebuah pementasan teater yang bertajuk Primadona (Perahu Mimpi) yang berlangsung di UTM Skudai, UiTM Segamat, dan Dewan MaTiC Jalan Ampang yang mana Zamri Pangat sebagai Pengarah untuk pementasan Teater tersebut, selain itu perlakon yang terlibat untuk menjayakan pementasan itu adalah seperti Bell Ngasri , Anne Ngasri, Maulana Af, Linda Jamine dan Que Haidar.
Pautan luar
- http://www.hijjaz.com.my/unic/wanshah.html
- https://www.facebook.com/wanshah.wanshahrecords
- https://www.youtube.com/watch?v=g_JYMy-Pesw
- https://www.youtube.com/watch?v=9YiIQcP59Nk
- https://www.youtube.com/watch?v=YzKUGADvJNM
- https://www.youtube.com/watch?v=yvMS4Zsf7UI
- https://www.youtube.com/watch?v=vA-aOpeTc1I