peoplepill id: wan-ji-wan-hussin
WJWH
1 views today
1 views this week
Wan Ji Wan Hussin

Wan Ji Wan Hussin

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Wan Ji Wan Hussin (32 tahun) adalah seorang pendakwah Islam , telah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 pada 10 September 2014 oleh polis PDRM. Beliau ditahan di kediamannya di Shah Alam dan dibawa ke Balai Polis Seksyen 9 di Shah Alam.

Wan Ji merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat. Beliau dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja. Beliau mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Kontroversi Hina Sultan

Astro Awani dan Malaysia Insider melaporkan penangkapan beliau. Dalam temubual dengan Malaysia Insider, Wan Ji menjelaskan bahawa Sultan tidak boleh menjadi ketua agama. Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam.

Pejabat Peguam Negara memaklumkan jabatan itu kini sedang meneliti beberapa kes yang membabitkan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 termasuk membabitkan pensyarah undang-undang Prof Azmi Sharom. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa ia adalah satu proses biasa dan memberi jaminan bahawa jabatan itu akan sentiasa berlaku adil.

Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda PKR, Zafril Eusoff menentang penangkapan di bawah Akta Hasutan atas pertuduhan yang masih belum disahkan. Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad turut menggesa semua pertuduhan yang telah di buat di bawah Akta Hasutan digugurkan dan akta tersebut segera dimansuhkan tanpa diganti dengan yang lain.

Kes beliau dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 September 2014.Beliau dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 kerana dituduh menghina sultan ekoran penulisannya mempersoal kelayakan sultan sebagai ketua agama. Jika disabit salah, Wan Ji boleh dijatuhi hukuman denda lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim Slamat Yahya bagaimanapun membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Pasport antarabangsa hendaklah diserahkan kepada mahkamah. 10 Oktober 2014 ditetapkan untuk tarikh perbicaraan. Pendakwaan dilakukan Mohd Azari Harun manakala Wan Ji diwakili peguam Mohd Razlan Jalal.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Wan Ji Wan Hussin is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Wan Ji Wan Hussin
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes