Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Quick Facts
Biography
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah ahli politik UMNO dari Terengganu ,Malaysia. Beliau dilantik sebagai Senator dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri mulai Mac 2008. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Syed Hamid Albar . Jawatan senatornya disambung dan meletak jawatan kerana calon BN/UMNO dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009. Apabila kalah dalam pilihan raya kecil, maka kelayakan beliau menjadi Senator sudah habis. Tidak ada penggal ketiga bagi seseorang Senator. Beliau bersara dari politik pada bulan Mac 2013, dan kemudian meneruskan kareernya sebagai seorang peguamcara di Kuala Lumpur. Sekarang ini beliau ialah seorang pesuruhjaya kehakiman setelah dilantik pada 16.12.2015.
Biodata
- Dilahirkan pada 13 November 1962
- Tempat lahir di Kuala Terengganu
Kalah pilihan raya kecil
Dia kalah dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 pada 17 Januari 2009 kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya mendapat 30,552 undi berbanding Wahid Endut mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon Bebas hanya mendapat 193 undi.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail (UMNO/Barisan Nasional).