Udo Umar
Quick Facts
Biography
Udo Omar atau nama sebenarnya Omar Hitam merupakan seorang pelakon filem Melayu Malaysia sekitar 1950-an. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.
Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar Hitam.
Penglibatan dan kerjaya seni
Udo Umar dikatakan rapat dengan seniman P. Ramlee dan sering berlakon dalam filem terbitan Malay Film Productions Ltd. (MFP) arahan P. Ramlee seperti filem Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.
Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee. Udo Umar bekas pelakun MFP meninggal dunia pada Februari 1980.
Dia paling dikenali dengan watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu Labi. Walaupun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti filem Penarek Becha, filem Hang Tuah, filem Nujum Pak Belalang dan filem Tiga Abdul.
Filem
Antara filem-filem yang dilakonkannya adalah:-
- Filem Penarek Becha
- Filem Hang Tuah
- Filem Nujum Pak Belalang
- Filem Tiga Abdul
- Filem Labu Labi
- Filem Nasib Si Labu Labi
- Filem Musang Berjanggut