Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I
Quick Facts
Biography
Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin ialah seorang putera Kesultanan Kedah. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, pada tahun 1821. Beliau dikatakan terpengaruh dengan cara hidup Eropah dan mendapat pendidikan separuh Eropah. Nenda beliau ialah Sultan Ahmad Tajuddin II dan kekanda beliau ialah Sultan Ahmad Tajuddin III.
Beliau pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III tetapi telah dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan Perang Saudara Selangor.
Keluarga
Tengku Kudin telah beristeri semasa menjadi Raja Muda di Kedah, sebelum diarahkan membantu dalam perang saudara di Selangor. Nama-nama isteri-isteri tersebut serta keturunannya daripada isteri-isteri tersebut masih menjadi rahsia.
Pada tahun 1869, Tengku Kudin telah berkahwin dengan Tengku Arfah, puteri Sultan Abdul Samad.
Lihat juga
- Perang Kelang
Rujukan
- Mohammad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bahasa Pustaka. ISBN 9836215832.
- J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.