peoplepill id: tun-abdul-majid-hamzah
TAMH
2 views today
2 views this week
Tun Abdul Majid Hamzah

Tun Abdul Majid Hamzah

The basics

Quick Facts

Gender
Male
The details (from wikipedia)

Biography

Yang Arif Dato' Sri Haji Tun Abdul Majid Bin Dato' Haji Tun Hamzah, P.J.N., S.S.A.P., D.S.A.P., D.P.C.M., D.S.M.Z. merupakan mantan Timbalan Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara (Gred Utama Turus II). Kini, bermula 1 Ogos 2016, beliau berkidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. Beliau terkenal kerana mengetuai barisan pendakwaan Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dengan dibantu oleh Puan Noorin Badaruddin (kini Y.A Puan Noorin Badaruddin, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur), Puan Hanim Rashid dan Tuan Manoj Kurup. Beliau menggantikan Dato' Salehuddin Saidin kerana Dato' Salehuddin pernah bermain badminton dengan hakim bicara, Y.A Dato' Mohd Zaki Md. Yasin dan mungkin menjejaskan kredibiliti kes tersebut.

Selain itu, Y.A Dato' Sri Tun Abdul Majid juga turut terlibat dalam pendakwaan kes rasuah berprofil tinggi lain, seperti kes Tan Sri Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia Eng Hock. Sebelum itu, beliau pernah menjadi barisan pendakwaan kes pembunuhan isteri kedua Raja Di-Hilir Perak, Hasleeza Ishak oleh madunya Datin Seri Raja Noor Mahani Raja Shahar Shah pada 2002.

Namun rekod pencapaian tertinggi Y.A Dato' Sri Tun Abdul Majid diinagati kerana siri kejayaannya bagi pendakwaan kes bunuh wakil rakyat oleh Mona Fandey (2001), militan al-Ma'unah (2000), dan Dato' Seri Anwar Ibrahim (1998-1999).

Darjah Kebesaran Diterima

  • Panglima Jasa Negara (P.J.N): Datuk
  • Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia (S.S.A.P.): Dato' Sri
  • Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M): Dato'
  • Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z): Dato'
  • Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia (D.S.A.P): Dato'

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Tun Abdul Majid Hamzah is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Tun Abdul Majid Hamzah
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes