Ting Chew Peh
Quick Facts
Biography
Tan Sri Dr Ting Chew Peh merupakan ahli politik Malaysia dari parti MCA, sebuah komponen parti pemerintah Barisan Nasional. Di peringkat akar umbi, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung MCA.
Politik
Beliau pernah menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1990. Semasa Perhimpunan Agung MCA pada 2005, dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden MCA, Ting Chew Peh (738) ditewaskan oleh Chan Kong Choy (1315)
Dalam sektor perniagaan, Ting Chew Peh pernah menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada 2002 dan pernah disoal siasat pada 3 September 2009 oleh PAC ekoran kerugian PKFZ.Pengerusi LPK hanya mendapat elaun sebanyak RM2,259.95 sebulan. Ahli lembaga setiap seorang mendapat elaun RM500 sebulan. Adalah tidak benar pengerusi LPK mendapat gaji besar.
Pilihan raya
- Pada 1996 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1996 beliau menang di Parlimen P071 Gopeng atas tiket Barisan Nasional/MCA.
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 Dr Ting menang bertanding di Gopeng, Perak dengan majoriti 6406. Beliau menewaskan Said Ahmad Said Abas (MDP) dan Abdul Rahman Said Alli (DAP).
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 beliau mengalahkan Dr Lee Boon Chye dari Keadilan dengan majoriti 14,260 undi. Tahun 2008, Dr Lee Boon Chye menang pula dengan majoriti 7368 undi.
- Dalam Pilihan raya 2008, nama beliau digugurkan .Turut digugurkan ialah Datuk Chua Jui Meng (Bakri), Datuk Loke Yuen Yeow (Tanjung Malim), Datuk Yap Pian Hon (Serdang), Datuk Wong Kam Hoong (Parlimen Bayan Baru) dan Tan Yee Kew (Klang).
Hasil tulisan
- The Chinese in Peninsular Malaysia: a study of race relations in a plural society , 1976